Kes pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar lelaki tingkatan lima dalam kemalangan jalan raya pada Disember lalu kini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk perbicaraan.
Memetik portal Mstar, Majistret S. Punitha memutuskan demikian susulan permohonan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz.
Ketika ditemui selepas prosiding, Afzainizam berkata pemindahan kes dibuat mengikut Seksyen 177A (1) Kanun Tatacara Jenayah.
Tertuduh, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 44, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Juga Baca:
https://www.mingguanwanita.my/saya-pangku-kepala-ayah-cuba-ajar-mengucap-tapi-adik-pergi-jua-kakak/
Mohd Nazri didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di dalam daerah Kinta, Perak.
Dalam insiden kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Jalan Taman Jati dekat Meru, Ipoh, insiden dikatakan berpunca dari perahan bunyi bising ekzos motorsikal sebelum arwah dikejar oleh pemandu Ativa berusia 44 tahun.
Difahamkan, berlaku insiden tidak puas hati melibatkan pemandu Perodua Ativa terbabit dengan mangsa kerana membuat bunyi bising ekzos motosikal sebelum pemandu kenderaan itu yang dipercayai seorang pegawai kanan polis mengejar mangsa sejauh lebih kurang satu kilometer dan melanggarnya dari belakang.
Jenazah Muhammad Zaharif Affendi dituntut keluarga selepas selesai proses bedah siasat sekitar pukul 6.30 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.