Kes liwat di tahfiz, Norsuraya dedah lebih ramai ibu DM anak jadi mangsa ustaz lepas kisah diviralkan. Pendedahan seorang ibu, Nor Suraya Mohamad Nor dua hari lalu yang berani bersuara bagi pihak anaknya, Aidil yang diliwat Ustaz hampir setiap malam tempatnya belajar di tahfiz di utara tanah air rupanya membuka lebih banyak kisah kelam institusi pendidikan agama.
Ini kerana selepas dirinya menuntut keadilan kerana kes anaknya sudah lebih dua tahun berlaku tetapi perbicaraan asyik bertangguh sampai hari ini sedangkan individu bertopengkan manusia ini masih bebas memberi ceramah saban minggu di negeri utara tanpa ada rasa berdosa di atas perbuatannya.
Susulan eksklusif Mingguan Wanita membuat panggilan telefon bersamanya dua hari lalu untuk mengetahui penderitaan dilalui dan keadilan yang mahu dituntutnya di mana dalam video berkenaan Nor Suraya memaklumkan, anaknya hampir tidak percaya pada agama dan mencari ajaran Kristian kerana terlalu tertekan selepas diliwat.
Dirinya mengakui dia ibu yang tegas, sering memujuk anaknya untuk kekal belajar sehinggalah rakan anaknya membongkarkan anaknya itu diliwat hampir setiap malam oleh guru agama tersebut. Kini Suraya memaklumkan anaknya belajar di tingkatan 5 sebuah sekolah biasa dan bakal menduduki SPM tahun ini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz”.
Tidak sama sekali menyangka selepas menviralkan kes keadilan anaknya, pagi ini Nor Suraya memberi mesej kepada MW dan memaklumkan bahawa lebih ramai ibu yang berkongsi anak mereka diliwat ustaz dan sehingga kini kes anak mereka masih didiamkan.
“Sekarang ini rupa-rupanya ramai lagi mangsa. Banyak ibu-ibu yang PM saya. Cerita sebab malu aib. Kalau maca mini sampai bila-bila kes liwat terhadap pelajar tak berhenti”, tulisnya sambil membuat emoji marah.
Dalam pada itu, Nor Suraya memaklumkan ada lebih tiga ibu bercerita anak mereka juga menjadi mangsa liwat di tahfiz.
“Ada lebih tiga kes ibu DM saya lepas kes ini diviralkan. Ia memang sangat menakutkan kerana institusi tahfiz dianggap suci oleh banyak pihak tetapi di dalamnya juga menyimpan cerita hitam begini.
“Ada anak remaja yang diliwat lebih 4 kali, ada kena 9 kali oleh Ustaz-ustaz ini. Jelas menakutkan kerana di tahfiz perbuatan keji ini berlaku tetapi tiada pembelaan terjadi pada anak-anak ini. Ada sudah kena lama tapi anak baru berkongsi selepas kes anak saya didedahkan,” katanya yang menyertakan bukti-bukti ibu-ibu ini DM secara personal selepas dia mendedahkan hal ini.
Kata Nor Suraya, banyak anak-anak yang diliwat mendiamkan diri sebaliknya ia hanya dibongkar oleh kawan mereka sebelum hal ini diketahui oleh ibu bapa.
Mahukan keadilan buat anak-anak teraniaya begini, kata Nor Suraya, pihak berkuasa harus bertindak seadilnya agar masa depan anak-anak yang diliwat ini mendapat pembelaan.
Ternyata dari pendedahannya, sisi kelam dalam pusat tahfiz harus “diterangi” setelusnya oleh pihak berkuasa agar anak-anak ini tidak menjadi mangsa nafsu serakah lelaki bertopengkan agama. Walau bukan semua institusi agama ini terjadi tetapi rasa kepercayaan mak ayah yang mahu anak-anak bergelar hafiz dan hafizah tidak punah seperti sekarang kerana liwat adalah perbuatan menjijikkan dari segi agama dan undang-undang.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Bapa Liwat Anak Ketika Di Tanah Suci Mekah, Lagi Keji Sampai Terkeluar Najis!
Ibu Didakwa Kes Amang Seksual Dua Beradik, Anak Perempuan Tampil Ceritakan Kisah Sebenar…
Hantar Anak Pergi Tahfiz Sebab Nak Jaminan Syurga Je Ke? | MWTV 18 Disember
Tak Semestinya Anak Sekolah Biasa, Bukan Tahfiz, Mak Ayah Tak Masuk Syurga
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.