Di Baitulmaqdis, kes covid-19 yang meningkat secara ketara. Membuatkan pihak anggota Majlis Wakaf Islam Masjid Al-Aqsa mengambil keputusan untuk menutup masjid selama tiga minggu bermula hari Jumaat.
Perkarangan Masjid Al-Aqsa ditutup bermula Jumaat (esok) berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19, kata pihak berkuasa pentadbiran tempat suci itu, Majlis Wakaf Islam (Wakaf).
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar anggota Wakaf dengan pegawai kesihatan, selepas Israel dan Palestin melaporkan peningkatan ketara jangkitan virus itu.
Sehubungan itu, anggota Wakaf memutuskan untuk menghentikan kemasukan jemaah dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa untuk tempoh tiga minggu bermula Jumaat ini.
Anggota Wakaf, Hatem Abdel Qader, memberitahu AFP bahawa pihaknya berharap orang ramai memahami keperluan melaksanakan keputusan itu demi kesihatan dan keselamatan mereka sendiri.
“Bagaimanapun panggilan azan akan terus berkumandang di bandar lama Baitulmaqdis dan kakitangan Wakaf dibenarkan menunaikan solat di dalam masjid,” katanya.
Baca Juga Di Sini:
Hikmah Di Sebalik Covid-19 Hargai PELUANG ALLAH BAGI Untuk Beribadah Bersama Keluarga
‘Lantaklah Orang Lain Sakit, Yang Penting Aku Boleh Solat Di Masjid’
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Penutupan itu juga secara kebetulan bersamaan dengan perintah berkurung dilaksanakan Israel, yang mengawal pintu masuk ke perkarangan masjid itu.
Ini adalah kali kedua pihak Wakaf memutuskan untuk menutup perkarangan Masjid Al-Aqsa sejak Israel menguasai timur Baitulmaqdis selepas Perang Enam Hari pada 1967.
Sebelum ini, pihak Wakaf menutup perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Mac lalu akibat ancaman COVID-19 yang semakin memuncak.
Pihak berkuasa Israel melaporkan hampir 167,000 kes COVID-19 termasuk 1,147 kematian manakala di Tebing Barat, 214 dilaporkan maut akibat virus itu manakala lebih 30,200 kes direkodkan pihak berkuasa Palestin. – AFP
MW: Semoga penutupan Masjid Al-Aqsa dapat mengurangkan kes jangkitan Covid-19 yang berlaku di sana. Sesungguhnya tindakan yang diambil ini demi keselamatan Bersama. Insyallah.
Sumber: BH Online