Kerusi ditarik. Mesti akan ingat semasa belajar dulu cara inilah selalu dikenakan oleh kawan-kawan dengan niat untuk bergurau. Nak tak nak, badan pasti jatuh ke bawah. Bimbangnya kalau nasib tak menyebelahi boleh beri kecederaan dan tak kurang pula dah tentu rasa sakit.
Ini lain pula yang berlaku pada pelakon cilik yang viral di media sosial mengalami masalah saraf kesan daripada kerusi ditarik dan badannya menghempap kaki besi tripod. Kejadian berlaku semasa pelakon cilik ini berada di set penggambaran.
Kemalangan yang menimpa pelakon cilik, Puteri Rafasya, 12 tahun, ketika di lokasi penggambaran drama Jaga Aku Selamanya bertambah serius apabila terpaksa dimasukkan ke wad pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA).
.
Perkongsian daripada ibunya, Fatin Aliza Salmi, 33 tahun memberitahu Puteri terlebih dahulu dikejarkan dengan ambulans dan ditempatkan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 3 pagi selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar.
“Sekarang, Puteri ada masalah dengan pundi kencing dan kakinya kebas. Bila kaki kebas memang situasi agak merisaukan sebenarnya.
“Disebabkan itu, Puteri perlu dikejarkan ke zon kuning pada awalnya. Ia juga berkait rapat dengan saraf.
Ads
“Selepas doktor menjalankan pemeriksaan, Puteri akhirnya perlu ditahan di wad pediatrik HTA sehingga keadaannya beransur pulih.
“Keadaan Puteri agak teruk juga sebab masih perlu memakai lampin pakai buang,” katanya.
Tidak Boleh Berdiri & Berjalan
Melihatkan keadaan anaknya yang semakin membimbangkan, Fatin berkata, dia sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa disebabkan pihak terbabit dilihat mengambil sikap lepas tangan berhubung kemalangan itu.
“Kalau diikutkan laporan perubatan dikeluarkan, Puteri dianggarkan sudah boleh berjalan ketika ini.
“Tapi, jangankan berjalan, berdiri pun Puteri tidak boleh. Jadi, bila keadaan dilihat semakin memburuk, saya rasa sangat tertekan dan kecewa.
Ads
“Sehingga hari ini, kami masih tidak menerima sebarang bantuan atau kata putus daripada pihak terbabit.
Saya tertanya-tanya adakah mereka perlu lepas tangan seperti ini.
“Bagaimanapun, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) ada menghubungi saya untuk mengadakan pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku untuk membincangkan mengenai perkara ini” katanya.
Dalam masa sama, Fatin berkata, sekiranya masih tiada tindakan susulan, dia akan melancarkan tabung bantuan bagi memudahkan urusan perubatan anaknya.
“Sekiranya perkara ini masih berlanjutan dan pihak terbabit juga terus dengan keputusan berdiam diri, saya rasa mungkin perlu lancarkan tabung bantuan.
“Ia bertujuan untuk menampung kos perubatan Puteri,” katanya.
Ads
Terdahulu, Puteri terpaksa menanggung derita apabila tidak mampu duduk dan berjalan tanpa bantuan keluarga akibat tulang pinggul retak selepas dilaporkan terjatuh ketika penggambaran di Beranang, Selangor pada penghujung bulan lalu.
Kata ibunya, kemalangan itu berlaku ketika Puteri dan elakon lain sedang membuat sesi latihan sebelum seorang kanak-kanak (ahli keluarga pelakon lain) menarik kerusi yang diduduki Puteri. Akibatnya, tubuh Puteri menghempap kaki kerusi tripod.
Mingguan Wanita : Kita tak tahu perkara ini nak jadi dan boleh samai tahap yang serius. Moga dipermudahkan segalanya dan cepat sembuh dan tabah hadapi dugaan ini.
Warga Malaysia Syabira Yusoff dinobat juara the great british bake off uk, tuah kek orang utan. Kejayaan seorang anak Malaysia memenangi pertandingan rancangan realiti memasak terkenal The Great British Bake Off musim 2022 di United Kingdom semalam cukup membanggakan bagi warga Malaysia.
Dalam perlawanan akhir yang mendebarkan itu, anak kelahiran Malaysia Syabira Yusof berjaya memenangi pertandingan rancangan realiti memasak The Great British Bake Off musim 2022 di United Kingdom.
Dirinya yang juga seorang penyelidik kardiovaskular di London berentap dengan jurutera elektronik Abdul Rahman Sharif, 29 dan pengasuh Nelsandro ‘Sandro’ Farmhouse, 30 dan rezeki berpihak kepadanya apabila dinobatkan sebagai juara The Great British Bake Off Champion 2022.
Menerusi episod final yang disiarkan semalam, ketiga-tiga peserta akhir itu ditugaskan menghasilkan makanan berkelah pada musim panas menggunakan bahan bermusim dari seluruh UK.
Peserta perlu membakar kek mini, pai sayuran dan sandwic menggunakan roti putih yang mereka hasilkan sendiri. Bagi tema ini, Syabira telah menghasilkan pai tanpa daging babi menggunakan cendawan.
Syabira menyatakan kemenangan tersebut merupakan pencapaian terbesar dalam hidupnya.
Katanya, inilah “pencapaian paling hebat dalam hidup saya” selepas mendengar namanya diumumkan oleh pengacara Matt Lucas sebagai pemenang The Great British Bake Off.
Penyelidik kardiovaskular itu berkata, dirinya mula terlibat dalam pembuatan kek dan roti kira-kira lima tahun lalu, sejak tiba di London pada 2013. Bahkan dengan kemenangan itu, Syabira merupakan wanita pertama yang memenangi gelaran itu dalam tempoh lima tahun lalu.
Dalam pada itu, juri rancangan Paul Hollywood dan Prue Leith tertarik dengan kemahiran dan cita rasa kek buatan Syabira.
Kata juri, kek bersumberkan ilham haiwan terancam Orang Utan itu rasa sangat sedap.
Sebelum perlawanan akhir berlangsung, penyelidik kardiovaskular ini telah merangkul gelaran “Star Baker” (pemenang keseluruhan minggu) sebanyak tiga kali.
Pemenang Great British Bake Off sebelum ini seperti Nadiya Hussain dan John Whaite dari UK telah menjadi hos rancangan masakan mereka sendiri. Juara lain, seperti Frances Quinn, Nancy Birtwhistle dan pemenang tahun lepas, Guiseppe Dell’Anno juga meraih pengikut yang ramai di media sosial.
Tahniah diucapkan buat Haziq Hot FM atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 31, yang baru saja menceburi bidang perniagaan dengan membuka sebuah restoran yang diberi nama Jom Kono!
Restoran yang terletak di SS15, Subang Jaya itu, merupakan perniagaan yang diusahakan bersama dengan adiknya, Raziq Hussni.
Haziq Dedikasikan Restoran Buat Ibu Bapa
Haziq dan adiknya mendedikasikan restoran Jom Kono! Khas buat ibu bapanya. Malah akui Haziq sokongan padu daripada kedua ibu bapa kesayangan merealisasikan pembukaan restoran ini.
“Bapa saya akan pencen tidak lama lagi dan saya rasa inilah masa terbaik untuk kami dedikasikan sesuatu untuknya.
“Selepas ini dia tak perlu lagi penat bekerja, sebaliknya boleh jadi ‘boss’ dan jaga restoran ini bersama ibu.
“Segala keuntungan memang kami nak bagi pada ibu dan ayah. Setiap hari saya akan hubungi mereka minta doa agar perniagaan kami ini sentiasa diberkati dan dipermudahkan,” terang Haziq.
Usakan Bersama Adik Yang Juga Seorang Chef
Haziq juga menerangkan dia dan adiknya memberanikan diri mengeluarkan duit simpanan masing-masing sebagai modal.
“Saya dan adik saya sangat rapat sejak kecil dan kami selalu merancang untuk melakukan sesuatu bersama-sama.
“Kebetulan beberapa bulan lalu ada orang nak jual kedai di sini, jadi saya dan Raziq terus ambil peluang itu untuk buka restoran, sementelah dia juga merupakan seorang cef berpengalaman.
“Kami berdua beranikan diri keluarkan duit simpanan masing-masing untuk buat modal, selain bersedia hadapi cabaran mendatang,” ungkapnya yang juga mengendalikan segmen Jam Hot, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 4 petang di Hot FM.
Akui walaupun dirinya sibuk namun dia tetap luangkan masa untuk menjenguk restorannya.
“Setakat ini saya memang datang restoran setiap hari, biarpun kadang-kadang hanya sempat satu jam sahaja.
“Kalau kebetulan saya ada, insyaAllah saya juga akan layan sendiri pelanggan yang datang, termasuk para peminat.
“Ketika awal beroperasi, memang sambutannya agak perlahan kerana masih dalam PKP dan ramai yang belum tahu tentang kewujudan Jom Kono!
“Jadi kami adakan majlis pelancaran untuk bagi tahu semua orang, biarpun ia telah pun beroperasi lebih dua bulan lalu,” akhirnya.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Haa.. first time kan dengar resepi Cracker Telur Dadar Sedap ni. Samalah dengan hakak. Cara nak membuatnya pun senang saja. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati dan ringkas ya amat, asalkan wajib ada 3 bahan asas; biskut cracker, telur dan bawang. Yang penting, resepi ni memang ‘rare’.
Lain-lain tu optional. Bila agak-agak poket kering, terutama tengah ke hujung bulan.. nilah makanan paling syok nak dibedal. Resepi ini daripada perkongsian Cik Puan Fai Zah Sabi atau senang membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Faie.
Resepi cracker telur dadar sedap ini asalnya dikongsikan temannya dalam grup MAHN. Memandangkan cara membuatnya yang tak terlalu renyah, amat sesuailah untuk mak-mak yang dikejar waktu tapi dalam masa yang sama nak kena sediakan makanan yang mengenyangkan untuk anak-anak.
“Hidangan ini untuk sarapan pagi dan minum petang. Resepi ini daripada Mak Kak Faie. Lama dah resepi ni mak kak Faie buat untuk kami adik beradik makan. Kali ni kak Faie buat untuk famili kak faie pula. Selamat mencuba.”
Bahan-bahan Resepi Cracker Telur Dadar Sedap
15 – 20 keping biskut 4 segi (cracker)
2 biji telur
1 ulas bawang merah
2 biji cili padi (optional)
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Telur yang dah digaul bawang ini nanti akan disatukan dengan biskut cracker yang dibasuh dan digoreng. Isk! memang rare..
Cara Membuat
1. Patahkan biskut dan basahkan dengan air biasa.
2. Kacau telur dengan bawang, garam dan serbuk kunyit macam nak buat telur dadar.
3. Goreng biskut sehingga kering/garing.
4. Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam biskut dan goreng hingga masak/ garing.
5. Siap. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Yummy..
Selamat mencuba!
Tonton Video, Akan Ditunjukkan Satu Persatu Step By Step CrackerTelur Dadar Sedap
Sumber/Foto/Video : Facebook Fai Zah Sabi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...