Uncategorized

Kerjasama Strategik Astro dan RichWorks Bawa Misi Tingkatkan Kualiti Hidup

Share

Syarikat pembangunan potensi diri dan keusahawanan terkemuka negara, RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks Academy), hari ini memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama syarikat penyiaran utama negara, Astro bagi memperluas impak program-program pembangunan diri dan keusahawanan ke seluruh negara.

Perjanjian tersebut menyatukan kepakaran RichWorks dalam melatih lebih 2 juta individu dan usahawan sejak 2008, dengan kekuatan platform penyiaran dan digital Astro, yang mempunyai capaian luas merentasi pelbagai saluran termasuk TV, radio dan digital.

Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, kolaborasi tersebut merupakan satu langkah besar dalam mencapai misi membantu lebih ramai rakyat Malaysia, terutama yang masih mencari jalan keluar dari tekanan hidup dan cabaran kewangan yang berpanjangan.

“Kami percaya bahawa setiap insan mampu berubah, asalkan mereka diberikan peluang dan bimbingan yang betul. Dengan sokongan Astro, kami yakin mesej perubahan ini dapat sampai kepada lebih ramai orang, bukan hanya di bandar, tetapi juga ke kawasan luar bandar.

“Melalui gabungan kekuatan kandungan, komuniti dan penyiaran, lebih ramai individu dapat bangkit dan keluar dari zon selesa untuk membina kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail, Pengarah Astro Audio, Priya Prabakaran, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Dr Grace Lee, Ketua Perniagaan Digital & Pembangunan Komersial, Datin Norashikin Habibur Rahman, Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, Pengarah Eksekutif Richworks, Hasnita Ahmad dan Ketua Pegawai Peniagaan Richworks, Radz Mohd. – Foto: Astro

Pendekatan AI

Tambah Azizan lagi, perjanjian selama dua tahun ini bakal membuka ruang untuk pelbagai program pembangunan kendiri dan ekonomi rakyat diperkenalkan kepada jutaan rakyat Malaysia melalui pendekatan pendidikan yang lebih segar, relevan dan mudah diakses.

“Sebagai langkah pertama di bawah kolaborasi ini, program pembangunan diri, Transformasi360 yang turut menggunakan pendekatan AI (Artificial Intelligence) untuk membantu peserta mengenal pasti potensi dan kekuatan diri, akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 Mei depan.

“Transformasi360 bukan sekadar seminar motivasi, sebaliknya ia adalah satu pengalaman mendalam untuk peserta menyusun semula kehidupan mereka dari segi emosi, kewangan, serta matlamat hidup,” jelasnya.

Selain Transformasi360, kerjasama ini juga akan merangkumi penglibatan dalam program Jelajah Jiwa SME, bertujuan untuk memperkasa usahawan kecil dan sederhana (PKS) dalam menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang dalam era digital.

Siri Jelajah

Melalui siri ketiga Jelajah JIWA SME tahun ini, para peserta akan mendapat pendedahan kepada strategi, latihan, dan rangkaian sokongan yang lebih meluas.

Gabungan kepakaran dan kekuatan ini dijangka dapat menyebarkan mesej positif dan program pembangunan diri ke seluruh pelosok negara, dari bandar hingga ke kawasan luar bandar.

Pengasas dan Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata kolaborasi ini adalah langkah besar dalam misi membantu rakyat Malaysia keluar dari tekanan hidup dan cabaran kewangan.

“Kami percaya bahawa setiap insan mampu berubah, asalkan mereka diberikan peluang dan bimbingan yang betul. Dengan sokongan Astro, kami yakin mesej perubahan ini dapat sampai kepada lebih ramai orang, bukan hanya di bandar, tetapi juga ke kawasan luar bandar.

“Melalui gabungan kekuatan kandungan, komuniti dan penyiaran, lebih ramai individu dapat bangkit dan keluar dari zon selesa untuk membina kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya,” tambahnya lagi.

Sebagai permulaan kolaborasi ini, program Transformasi360 akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 Mei. Program ini menggunakan pendekatan AI (Artificial Intelligence) yang inovatif untuk membantu peserta mengenal pasti potensi dan kekuatan diri.

Bukan sekadar seminar motivasi biasa, Transformasi360 menawarkan pengalaman mendalam untuk peserta menyusun semula kehidupan dari segi emosi, kewangan, dan matlamat hidup.

Ini adalah peluang keemasan untuk setiap lelaki yang ingin memulakan perjalanan transformasi diri ke arah yang lebih baik.

Selain Transformasi360, kerjasama ini turut merangkumi penglibatan dalam program Jelajah Jiwa SME.

Program ini bertujuan untuk memperkasa usahawan kecil dan sederhana (PKS) dalam menghadapi cabaran dan merebut peluang dalam era digital yang pantas berubah.

Melalui siri ketiga Jelajah JIWA SME tahun ini, para peserta akan didedahkan dengan strategi, latihan, dan rangkaian sokongan yang lebih luas, membantu mereka untuk terus maju dan berjaya dalam dunia perniagaan.

Komitmen Astro Memperkasa Masyarakat

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Dr Grace Lee, turut menyatakan komitmen syarikat dalam memperkukuh impak sosial melalui kerjasama bermakna ini.

“Astro komited untuk menjadi platform yang bukan hanya menghibur, tetapi juga memperkasa. Kolaborasi dengan RichWorks adalah sejajar dengan usaha kami untuk menyokong pembangunan masyarakat melalui pendidikan, inspirasi dan peluang keusahawanan.

“Kami akan memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej dan kandungan program melalui platform penyiaran dan digital kami. Ini termasuk promosi, liputan media, serta kolaborasi aktivasi bersama saluran radio dan televisyen kami,” ujar beliau.

Kolaborasi antara RichWorks dan Astro ini adalah bukti nyata bahawa perubahan positif adalah mungkin.

Ini adalah seruan kepada rakyat Malaysia untuk merebut peluang, bangkit dan membina kehidupan yang lebih berjaya dan bermakna.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Published by
Rosmah Idayu