kerja isteri tak habis

Percayalah kerja isteri tak akan pernah habis. Tak kiralah suri rumah atau yang bekerjaya, mereka tetap kuatkan semangat uruskan hal anak-anak dan kemas rumah agar teratur dan indah di mata suami.

Namun adakah para suami sudi selami dan belai kaum isteri untuk hilangkan penat lelah kaum mak-mak. Kalau ya, macam mana cara yang anda gunakan?

Haa… untuk pengetahuan bersama demi menjaga hati orang rumah dan kurangkan kerja isteri, jom baca perkongsian manis dari Ustaz Ebit Lew ini…

Hakikat Kerja Isteri Di Rumah

Anak-anak menjerit melompat tengok ayah jadi Chef. Diaorang tak tahu yang ayah dia lagi melompat-lompat dalam hati sebab dapat bagi bidadari tercinta berehat. Paling happy layan yer wahai bidadariku sayang nak makan apa. Wahai bidadariku nak minum apa…

Ads

Berdiri di sebelah dan layan bidadari dan anak-anak. Ada masa bawa berdating berdua dan kita jadi tukang masak. Ada masa bawa ke Paramount dan saya serve bidadari tercinta sendiri..

Bahagia sangat. Senyuman bidadari yang takde masa rehat. Tak tahu masa bila berehat. Masa bila makan. Buatkan coffee paling sedap dalam dunia..kerana dari tangan orang yang kita cintai dan sayangi…senyumannya teramat penting dalam hidup saya. Wajahnya penat atau sedih buat hati saya resah. Ya Allah bahagiakanlah hatinya. Cintai dan sayangilah dirinya..

Ads

Wahai suami berilah isteri yang tercinta berehat. Rasailah tugas mereka. Ada yang puluh tahun memasak melayan keluarga kerana Allah. Kita bahagiakanlah mereka kerana Allah. Cintai dan sayangi mereka kerana Allah.

Ads

Bagilah Cuti

Fahami isteri kita. Tolong beri mereka cuti. Beri juga mereka masa makan. Beri mereka masa tidur. Masa nak mandi. Masa nak berehat. Masa nak belajar. Masa nak solat dan mengaji. Masa nak cari ilmu. Ketua keluarga yang baik akan buat kerja paling berat. Yang senang beri ahli keluarga dulu. Yang berat kita ambil. Barulah cinta dan sayang hari demi hari semakin mekar. Setiap hari jatuh cinta kerana Allah.

Tak penting pandangan orang. Tetapi membuat hati pasangan gembira dan bahagia ialah perintah Allah. Orang gaji pun ada cuti rehat. Isteri ialah Anugerah dan Amanah dari Allah. Ingatlah seorang ketua akan dikat tangan diakhirat. Ikatan itu takkan terlepas jika kita aniaya dan zalimi isteri kita. Isteri saksi paling penting buat seorang suami ketua keluarga untuk masuk syurga..

Nabi saw ialah manusia paling mulia selamanya. Rasullullah saw paling cinta dan sayang pada isteri dan keluarganya. Beliau teramat sayang pada orang yang sayang pada keluarga. Itulah maruah seorang lelaki bimbing pasangan dan anak-anak masuk syurga-ebit lew Paramount Coffee House.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI