Kerja Bukanlah KEWAJIPAN Tapi Ada Sebab Isteri ‘Tak Berani’ Berhenti Kerja, Demi Keluarga

Share

Berhenti kerja terutamanya bagi isteri yang mempunyai pekerjaan tetap bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin tak berani sebab sayang dengan gaji yang ada sekarang ini dan sekurangnya dapat membantu suami.

Inilah antara alasan kenapa isteri tak berani berhenti kerja. Bayangkan sekarang ini keadaan ekonomi keluarga yang stabil dek kerana suami isteri bekerja. Tapi kalau berhenti, mungkin separuh daripada apa yang ada sekarang ini terpaksa dikurangkan.

Tak dinafikan juga, ada isteri yang masih bekerja, walaupun suami mampu menanggung segalanya. Sayang dengan persekitaran kerja, bos yang baik dan gaji yang lumayan. Tapi, bagaimana pula dengan keluarga? Ada pro dan kontranya.

Perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini, mungkin menjadi alasan untuk isteri di luar sana tak berani berhenti kerja. Fikir-fikirkan!

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Usah Salahkan ISTERI BEKERJA Kalau Abaikan Rumahtangga, Dia Kerja Demi Bantu Suami

Suami Romantik Bukan Bagi Hadiah, Bunga, Tolong Buat Kerja Rumah Pun Isteri Bahagia

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Tak Berani Berhenti, Ada Sebabnya

Walaupun bekerja bukan kewajipan isteri, tapi ramai isteri yang “tak berani” nak berhenti kerja.

Ada 7 sebab kenapa isteri “tak berani” berhenti kerja.

1. Pendapatan Isteri Lebih Dari Suami

Barang dapur isteri beli, keperluan harian isteri beli, duit pengasuh isteri bayar, yuran sekolah isteri bayar, minyak kereta isteri isikan, bil internet, bil air, bil elektrik smua atas isteri. Komitmen dan bebanan bulanan isteri tu lebih banyak disebabkan pendapatan si isteri lebih tinggi dari si suami.

2. Isteri Berbelanja Tak Mengharapkan Duit Suami

Nak beli skincare, barang kemas, beli tudung/baju, nak shopping online, ada duit boleh beli. Tak perlu meminta-minta atau mengemis, teringin nak makan apa-apa, boleh beli sendiri. Kos maintenance diri sendiri dibiayai oleh duit sendiri.

3. Takut Menjadi Beban Kepada Suami

Bila dah berhenti, takut tak dapat menolong suami dengan duit. Nak beli apa pun, tunggu suami yang bagi duit. Kalau terlebih guna duit yang suami bagi, rasa dah menyusahkan suami atau menyebabkan suami kekurangan duit. Bila suami mengeluh tak cukup duit, rasa bersalah sebab tak boleh bantu dia.

4. Takut Suami Lepas Tangan

Walaupun tak patut ada mentaliti macam ni, tapi kebiasaannya setiap isteri akan fikir jugak. Haynya dia yang mengenali suaminya. Nantu kalau suami tak tunai nafkah, tak bagi duit belanja, culas tentang kewajipan dia, maka siapa yang akan tanggung keluarga, akan beli keperluan harian dan sebagainya.

5. Isteri Boleh Menolong Keluarganya Sendiri Tanpa Perlu Menyusahkan Suami

Nak hulur duit kat orang tua pun tak segan, beli apa-apa kat orang tua pun dibolehkan, bawa orang tua berjalan, melancong, bagi duit kat adik belajar, semua guna duit sendiri dan untuk keluarga sendiri.

6. Kerjaya Yang Diminati / Jaminan Masa Depan

Susah nak dapat keje bahagian tu dan bila dah dapat, bukan senang-senang boleh berhenti. Kerja pula bidang yang memang dipelajari dan diminati. Passion tu sentiasa ada setiap hari bila keluar pergi kerja. Nanti dah tua, ada duit simpanan, pencen dan tak perlu nak harap anak-anak tanggung.

7. Suka Berdikari Dan Ada Duit/Harta Sendiri

Memang sejenis yang nak ada duit/harta sendiri dan berdikari dengan kaki sendiri. Tak nak mengharapkan siapa-siapa untuk dia menjalani kehidupan harian, nak bekerja sebab dia ada matlamat dan impian yang ingin dicapainya…

Apa pun alasan dan sebab tak nak berhenti, bila dah jadi suami isteri, dah berumahtangga, ada anak-anak, kadang-kadang kepentingan anak-anak dan keluarga tu bypass semua alasan dan sebab yang kita ada di atas ni.

Duduk berbincang dan rancang kewangan keluarga sebelum buat apa-apa keputusan. Rezeki dari Allah SWT

Mingguan Wanita : Bagi yang dah biasa bekerja, mesti nak ada duit sendiri untuk beli apa-apa keperluan diri.

Sumber: Firdaus Shakirin

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora