Kerinduan terlerai, pelukan, air mata sambut kedatangan 3 anak. Tidak ada perkataan yang dapat digambarkan oleh seorang ibu apabila dapat bersatu dengan anak-anak kesayangan. Apatah lagi apabila untuk menyambut kedatangan Aidilfitri.
Sejurus anak-anak berada di depan mata Vicha terus memeluk dan air mata kegembiraan terus mengalir.
Pelawak dan usahawan, Vicha, meluahkan rasa syukur dan gembira kerana dapat meraikan Aidilfitri bersama tiga orang anaknya di Malaysia.
Seperti mana yang diluahkan menerusi perkongsian sebuah video di akaun rasmi Instagramnya, Vicha yang sudah dua tahun tidak bertemu dengan anak-anaknya bersyukur apabila diizinkan Allah bertemu mereka.
“Akhirnya perjalanan yang cukup panjang buat saya setelah beberapa tahun gak ketemu sama anak-anak.
“Alhamdulillah kali ini rezeki dan izin dari Allah akhirnya bisa beraya bersama mereka di Malaysia,” luah Vicha.
Selain itu ibu kepada empat orang anak itu juga menyatakan dia tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya perasaannya.
“Yeaahhh alhamdulillah finally after 2 years plus dapat jumpa lagi dengan anak-anak.
“Ya Allah tak dapat gambarkan macam mana perasaan saya alhamdulillah ya Allah di permudahkan segala urusan, and yaaa kami akan beraya dekat Malaysia.
“Tak sabar nak bawa diaorang jumpa adik dia junior, pasti mereka happy sebab first time jumpa,” kongsi Vicha yang begitu teruja. Untuk pertemukan tiga orang perempuannya dengan seorang lagi anak daripada perkahwinan terbarunya.
Baca Sini : Vicha Mohon Doa “Tiada Kata Terlambat Hambanya Yang Ingin Belajar dan Memperbaiki Diri”
Ramai yang memanjatkan doa kesyukuran. Malah warganet juga tumpang gembira pertemuan antara Vicha dan anak-anaknya.
Baca Sini : Vicha Usaha Keras Kukuhkan Kewangan, Kehidupan Lebih Baik Untuk Anak-Anak
Pesanan Istimewa Vicha Buat Ibu Tunggal
Mingguan Wanita : Syukur alhamdulillah seronoklah anak-anak Vicha dapat beraya bersama ibu tercinta.
Sumber Foto : Instagram Vicha
Anak nak sambung belajar mak-mak dah ready ke?
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita