Kereta Mewah bernilai RM1.6 Juta, Tasbih Emas RM 30 Ribu Hadiah Hari Lahir Haliza Maysuri Curi Tumpuan!
Baharu pulang mengerjakan ibadat Haji, usahawan Bawal Exclusive, Haliza Maysuri diraikan dalam sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahirannya ke 47 bertempat di Hotel St Regis Kuala Lumpur dalam suasana santai tetapi meriah.
Majlis dihadiri oleh rakan-rakan terdekat Haliza Maysuri yang sentiasa mendoakan kejayaannya dalam perniagaan yang diusahakan. Antara tetamu kehormat yang diundang termasuklah YAM Tengku Temenggong Perlis, Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail & YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din serta YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad.
Menyambut ulang tahun ke 47, Haliza mempunyai hajat yang tertunai apabila dijemput menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadat haji bersama suami tersayang baru-baru ini.
Meskipun pada awalnya namanya dan suami tidak berada dalam senarai, namun jemputan di saat-saat akhir memberikan makna yang besar buat dirinya dan suami tersayang.
“Tahun ini bila Abang Haji tanya apa hadiah yang saya mahu sempena hari lahir, saya cakap padanya saya tak mahu apa-apa sebab saya sudah ada semuanya. Tapi saya ingin menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan Haji.
Walaupun pada mulanya terdapat beberapa kekangan, tetapi Alhamdulillah, rezeki saya dan suami untuk menjadi tetamu Allah untuk musim Haji kali ini,”ujar Haliza secara eksklusif ketika ditemubual oleh Mingguan Wanita.
Usai pulang mengerjkan Haji, Haliza diraikan dalam majlis hari lahir secara ekslusif bertempat di Hotel St Regis Kuala Lumpur. Seramai 200 orang tetamu diundang untuk meraikan sambutan hari lahirnya di mana penyanyi Dayang Nurfaizah diundang menghiburkan para tetamu yang hadir.
Kejutan istimewa dari suami, Mohd Rosli Awang untuk isteri tersayang sememangnya memberi kejutan besar buat Haliza apabila dia menerima sebuah kenderaan SUV jnama BMW yang dianggarkan bernilai RM1.6 Juta Ringgit!
Selain itu, penampilan Haliza pada malam tersebut turut mencuri tumpuan apabila dia menggayakan busana kebaya hasil sentuhan pereka fesyen Rizalman yang dianggarkan bernilai mencecah RM50 ribu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim, Faizul Surani, adi busana yang digayakan oleh Haliza Maysuri diinspirasikan dari potongan kebaya Kota Bharu Kelantan.
“Palet warna yang dipilih adalah dari palet rona “Ashblue” dan perincian sulaman, batu kristal dari palet rona emas dan zamrud. Adi busana ini mengambil masa selama dua bulan pembuatannya termasuklah perancangan, pemilihan fabrik serta pemilihan Batu Swarovski khas dari Austria. Manakala fabrik pula menggunakan fabrik dari Eropah iaitu Antique Lamer dan Satin Silk.”.
Adi busana ini sahaja bernilai rm 50,000.00. manakala jumlah harga untuk batuan swarovski bernilai RM84,950.00. ia menjadikan nilai keseluruhan nilai adi busana ini ialah rm134,950.00.
Tidak menyangka menerima hadiah istimewa dari suami tersayang, Haliza memanjatkan kesyukuran di atas rezeki yang diperolehinya sepanjang lebih 20 tahun menjalankan perniagaan Bawal Exclusive.
“Selepas pulang menunaikan haji, saya dah rasa tak mahu sambutan hari lahir dan sebagainya. Saya fikir, balik dari Haji, Allah dorong saya untuk berkongsi rezeki dengan banyak pihak antaranya termasuklah designer, perunding majlis dan sebagainya. Saya raikan rakan-rakan sekembalinya ke tanahair.
Mungkin inilah yang dikatakan Haji Mabrur, doa yang makbul. Kongsi rezeki,”ujarnya mengakhiri perbualan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.