Kereta Kemalangan. Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, perkara pertama yang akan dibimbangkan sudah tentulah kos untuk membaiki kereta.
Sememangnya agak merisaukan jika kos yang hendak dibaiki lebih amaunnya daripada tuntutan wang yang diperolehi dari syarikat insurans.
Jadi sebagai pelanggan anda jangan takut untuk mendapatkan hak ya! Paling penting jangan terima bulat-bulat apa yang ejen beritahu. Paling penting anda perlu bijak bertindak.
Menerusi perkongsian Fatiha Ziqra menerusi akaun Facebooknya banyak kebaikan dan informasi yang dikongsikan dari pengalaman dirinya sewaktu berhadapan dengan kemalangan kereta.
Sememangnya apa yang dikongsikan memberikan petunjuk buat kita semua jika berhadapan permasalahan yang serupa.
“Loss of use – Please Know Your Rights
Notakaki
Assalamualaikum semua🥰
Hari ini saya nak kongsikan pengalaman sndiri berkaitan Lost Of use claim kereta saya yang teruk dilanggar tempoh hari. saya ada kongsikan cerita tentang bagaimana saya dilanggar teruk dr belakang oleh pemandu yang tak berhemah…dan bagaimana kereta saya dimasukkan kedalam bengkel selama 98 hari lamanya untuk dibaiki. alhamdulillah kereta dapat balik dalam condition tiptop (so far)…syukur for that
so mungkin ramai yg tidak tahu bile kita dilanggar dr belakang dan dibuktikan tidak bersalah melalui siasatan polis, kita boleh claim Loss of use ( sebab kita tiada kenderaan untuk kegunaan harian)..saya selalu dengar term ini..tp sebab ini first time kene langgar teruk dan kerugian yg saya alami berikutan pelanggaran agak tinggi..jadi saya dapatkan info dr bengkel..memang layak untuk claim dan bengkel boleh tolong uruskan permohonan
basically loss of use ni die akan kira berapa hari telah diperlukan oleh bengkel untuk baiki kereta kita darab dengan cc kereta…mcm kereta saya 2500 cc which equals to rm50 sehari for claim..so out of 98 hari tu kene tolak cuti umum, sabtu ahad dan masa menunggu spare part..so dapatla total dalam 50++ hari..
disinila ketidakadilan bermula…tiba2..dapat surat reply dr insuran claim saya tu diluluskan less than seribu sahaja…mungkin disebabkan faktor penuaan saya malas nak bertekak..saya pon hantar emel reply mengatakan..saya request justification berserta guidelines dr bank negara kenapa seribu shaja diluluskan…
tau dia reply apa?…die cakap “oo sebab kita cek..secara keseluruhan sebenanya masa yg diperlukan untuk baiki kereta tu hanya 76 jam” eh 🤬🤬🤬 apa!!!….aku 3 bulan xde kereta kot…no one in a sane mind would say it will take only 76H after looking at my car condition..da la claim smpi 60k (lebih kurang mcm tula aku cakap dalam phone time tu – sabar tu mmg tinggal tipis je layan diorg ni)…
Bila minta justification for hour based calculation. Insuran ckp adjuster yg quote 72hours. Bila call adjuster. Adjuster reply, boss dia yg suruh buat calculation mcm tu. 😡 so until this second not even one person either from insuran company or adjuster can show me the black & white guideline yang diorang gunakan for hour calculation system 😏
so malas nak gaduh (walaupon dua kali gak call & argue) i wrote a letter..mngatakan i tak puas hati dengan claim yg korg bagi..it is ridiculous..and tidak mengikut guidelines yg ditetapkan oleh bank negara..and i demand guideline mana yg diorg ikot tu for hours calculation for repairing (which till today xdpt)…and i quoted the bank negara punya guidlines dalam surat tu…
few min later diorg pon reply emel tu…tambah la lagi 14 hari dalam claim…
die cakap boleh la die add lagi 14 hari..so total jadi 28 hari.. so ni ketidakadilan yg kedua la…kalau dpt kat customer lain boleh la nak cong..customer lain mungkin akan buat sujud syukur terus dapat claim 28 hari…mungkin diorg akan berpegang dengan ayat “alhamdulillah dapat claim pon da cukup bagus” without knowing the actual amount yg mmg hak diorg…
yang paling sakit hati sebab bile da naek jadi 28 hari tu…agent insuran yg jaga my case tu boleh plak cakap..its not her right to comment la apa la..semua nak lepas tangan…nak close case…time tu i mcm malas nak layan org b***h so i terus proceed with second appeal letter…this time around i cakap dalam surat tu..i mmg x puas hati dengan approval 28 hari tu…i mmg demand full claim..tp kali ni..i cc kan surat tu ke both insurance, Bank Negara, TPPM and my lawyer office..
guess what guys?..i terus dapat mesej dr agent agent as below….
see guys?
beberapa minit lepas tu…terus dapat reply emel..approved claim😏😏😏…full claim as per demand…and after dua hari terus duit masuk dalam bank…wow impressive kan!…
i da lama sabar dengan taktik industri ni…time nak suruh amek insurans…coverage ko tu..konon cover dr luh mahfuz smpi titian sirat…byaran kene on time kalau tak effect nila effect tula…tp bile nak claim..mcm hampehhh…
and waktu i tulis emel tu adela beberapa colleuages yg tgk surat tu..and diorg share pengalaman diorg..hantar surat claim Loss of use seribu dapat 300 je..hantar 2ribu..dapat 500 je..and diorg cakap diorg redha jela..so imagine berapa bnyak da org kene macam tu…berapa keuntungan bodoh je diorg buat…(berapa bnyak hak org kene tipu)…
da lama berbulu dengan industri ni sebenarnya..penuh penipuan…bnyak hidden policies..and blaming game nanti ke customer..and customer plak malas nak gaduh2..so agreed je with whatever…
tu belom aku masuk part medical insurans…berapa kali dah as a doctor..i got requests “dr boleh x tulis mcm ni..kalau x insurans saya tak cover”…”dr boleh tak adjust part ni..kalau x insurans saya tak cover”…
so guys..know your facts right…and jangan pernah takot untuk fight for your own right…as customer always know what you are paying for…and jangan terima bulat2 je ape agent cakap…yg paling penting be smart..xpayah nak terpekik terlolong kat kaunter..no point…tulis surat..supaya ade legal documentations…and cc kan kepada pihak berkenaan..kalau mmg hak u, u akan dpt..dont worry..
sekian bebelan..so i can finally say im free from all the bullshits that happen from my accident…semoga kita semua dijauhkan dan diberikan keselematan always..wallahualam,” kongsinya.
Baca Disini : Tiada Insuran Perlu Jelaskan Bil RM11k, Jemaah Umrah Pengsan Dalam Pesawat Dirawat Hospital Di India
Sumber / Sumber Foto : Facebook Fatiha Ziqra
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.