Ada hikmahnya bermula tahun 2020, setiap kenderaan diwajibkan memasang kerusi keselamatan (carseat) untuk kegunaan anak. Sebagai mak ayah, kita kena usahakan beli dan gunakan car seat untuk anak-anak bagi mengurangkan risiko tercampak mahupun kecederaan teruk sekiranya berlakunya kemalangan.Kita mungkin boleh berhati-hati tetapi bagaimana kiranya orang lain cuai dan anak kita yang menjadi mangsa?
Duit boleh dikumpul tetapi nyawa anak tiada galang gantinya. Usahakanlah beli dan gunakan carseat demi keselamatan anak-anak kita.
Terkini dilaporkan, seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.
IKLAN
Kereta Bertembung Bayi Tercampak
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.
Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala.Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.
IKLAN
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.
Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
IKLAN
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga mak ayah mengambil iktibar daripada kemalangan ini. Duit boleh dicari, nyawa anak tiada galang gantinya. Usahakan beli kerusi keselamatan (carseat) untuk kegunaan anak-anak bagi mengurangkan risiko anak tercampak ketika berlakunya kemalangan.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selamat Pengantin Baru Syifa & Safawi. Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baru, pempangaruh Syifa Melvin, 28 dan juga pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 27.
Dengan sekali lafaz, Safawi selamat bernikah dengan Syifa yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin 8.46 malam tadi.
Selamat Pengantin Baru Syifa & Safawi
Difahamkan pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa Syifa sendiri iaitu Amirol Melvin Abdullah.
Pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin berlian kepada Syifa manakala wang hantaran tidak didedahkan.
Seperti mana gambar-gambar yang tersebar di laman Instagram majlis pernikahan berkonsep dalam taman menyaksikan pasangan mempelai menggayakan persalinan pengantin sedondon berona nude.
Mengharapkan Doa Yang Baik-Baik Dari Orang Ramai
Seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online, Syifa mengharapkan orang ramai tidak terlalu menguar-uarkan tentang majlis pernikahannya dengan Safawi dan hanya mengharapkan doa yang baik-baik.
“Tak payahlah dihebohkan lagi tentang hal ini (perkahwinan dengan Safawi). Saya minta sangat-sangat,”
“Kalau betul dah sampai waktunya nanti, anda semua akan tahu. Saya cuma mohon doa yang baik-baik daripada semua agar perhubungan ini mendapat reda Allah SWT,” ujarnya.
Untuk pengetahuan sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan sudah dihidu lebih awal oleh penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.
Sudah tiba ajalnya. Mungkin berlaku kebocoran gas, seorang petugas kesihatan meninggal dan tida orang lagi pengsan dalam ambulan setelah tiba di hospital.
Kejadian yang berlaku masih dalam siasatan pihak bomba. Semoga keluarga mangsa tabah dengan ujian ini. Meninggal di saat sedang menjalankan tugas, pengakhiran yang baik buat arwah.
Seorang Petugas Kesihatan Meninggal & Tiga Pengsan Dalam Ambulan
Seorang petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan meninggal dunia manakala tiga lagi didapati pengsan di dalam ambulan yang tiba di Hospital Port Dickson, pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar, mangsa yang meninggal dunia merupakan lelaki berusia 29 tahun manakala tiga lagi lelaki yang tidak sedarkan diri berusia 30-an.
Jelasnya, bomba pada awalnya menerima maklumat berlaku kebocoran gas di Klinik Kesihatan berkenaan pada jam 9.30 pagi.
“Seramai 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan HAZMAT telah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan di premis namun mendapati tiada berlaku sebarang kebocoran.
“Pihak Klinik Kesihatan memaklumkan seorang petugas klinik itu rebah tiba-tiba selepas mengadu sakit dada sebelum tiga petugas lain membawa mangsa ke hospital menggunakan sebuah ambulans,” katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Port Dickson di sini, pada Khamis.
Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di hospital mangsa dan tiga petugas yang duduk di belakang ambulans didapati tidak sedarkan diri.
Ujarnya, pihak hospital yang membuat pemeriksaan mengesahkan yang mangsa meninggal dunia manakala tiga lagi diberi rawatan lanjut.
Mungkin Berlaku Kebocoran Gas Dalam Ambulan
Sementara itu Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, punca kejadian masih dalam siasatan, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan berpunca daripada kebocoran gas di dalam ambulans.
“Kejadian sama turut berlaku semalam (Rabu) apabila seorang petugas kesihatan yang menaiki ambulans sama didapati pengsan,”katanya.
Mingguan Wanita : Pihak MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga ahli keluarga tabah menerima kenyataan ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Farah Nabilah Saipuddin, 28 atau lebih mesra dengan pangilan Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor pagi semalam.
Pelakon yang popular dengan drama lakonannya seperti Titian Cinta, Papa Ricky dan Halalkan Hati Yang Ku Curi telah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29, pada 20 Disember 2019.
Menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya, Farah memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi wajah dan nama putera sulungnya itu buat sementara waktu.
“Syukur Alhamdulillah Fawaa (Farah) telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi (semalam), 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442.
“Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya,” kongsinya.
Semoga Allah Merahmati Kita Semua
Pelakon ini juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga selama ini.
“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” luahnya.
Tahniah MW ucapkan buat Farah Nabilah dan suami. Selamat menjalani tempoh berpantang.
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...