Ada hikmahnya bermula tahun 2020, setiap kenderaan diwajibkan memasang kerusi keselamatan (carseat) untuk kegunaan anak. Sebagai mak ayah, kita kena usahakan beli dan gunakan car seat untuk anak-anak bagi mengurangkan risiko tercampak mahupun kecederaan teruk sekiranya berlakunya kemalangan.Kita mungkin boleh berhati-hati tetapi bagaimana kiranya orang lain cuai dan anak kita yang menjadi mangsa?
Duit boleh dikumpul tetapi nyawa anak tiada galang gantinya. Usahakanlah beli dan gunakan carseat demi keselamatan anak-anak kita.
Terkini dilaporkan, seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.
Ads
Kereta Bertembung Bayi Tercampak
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.
Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala.Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.
Ads
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.
Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
Ads
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga mak ayah mengambil iktibar daripada kemalangan ini. Duit boleh dicari, nyawa anak tiada galang gantinya. Usahakan beli kerusi keselamatan (carseat) untuk kegunaan anak-anak bagi mengurangkan risiko anak tercampak ketika berlakunya kemalangan.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Ada masalah pendengaran, tak boleh cakap & berjalan.’ Ibu tunggal alami kesukaran jaga tiga anak OKU. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sudahlah berpisah dengan suami, kini dialah ibu dan ayah dalam membesarkan ketiga-tiga anaknya yang OKU. Apatah ketiganya anaknya memerlukan pemerhatian yang khusus disebabkan masalah yang dialami.
Kesukaran hidup seorang ibu tunggal di Bagan Datuk menjaga tiga anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Pihak MAIPk telah mengunjungi wanita itu, Saizana Ermah Hamdan, 35, yang menjaga tiga anaknya iaitu Muhammad Emariz Adam, 10; Aaira Syifaa, 5; Muhammad Afnan, 4.
Tiga beradik itu mengalami masalah pendengaran, masih belum boleh bercakap dan berjalan dan disahkan oleh doktor bahawa mereka mengalami penyakit dikenali global development delay atau perkembangan atau pembesaran lewat.
Jaga Tiga Anak OKU
Menurut MAIPk, wanita itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1,500 sebulan atas nama sendiri bagi perbelanjaan ketiga-tiga anaknya dan bantuan tersebut merangkumi pembelian susu dan lampin pakai buang.
“Wanita itu juga ada menerima bantuan kecemasan segera daripada MAIPk berjumlah RM300 pada tahun 2020 dan dalam senarai nama penerima bantuan Hari Raya Tahun 2022.
“Dicadangkan kelulusan bantuan kewangan bulanan berjumlah RM300 di bawah kelulusan segera Pegawai Baitulmal Daerah,” katanya.
Menurut kenyataan MAIPk, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk, Mohd. Shahmer Mahzuz Mohd. Zin dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Luar Bandar), Ahmad Faiz Sakri menyampaikan bantuan kecemasan segera berjumlah RM300 dan beras.
MAIPk menjelaskan, Saizanah merupakan ibu tunggal yang baru sahaja berpisah dengan suaminya pada Mac lalu.
Menurut MAIPk, wanita itu kini tinggal bersama anak-anaknya di rumah milik sendiri di Kampung Simpang 3, Rungkup Bagan Datuk bersebelahan rumah ibu bapanya.
Tak Boleh Cakap & Berjalan
Katanya, bagi menambah perbelanjaan isi rumah, wanita itu menjalankan perniagaan dalam talian secara kecil kecilan dengan purata pendapatan bersih sebanyak RM150 dan RM200 sahaja.
“Wanita itu memberitahu anak-anaknya memerlukan pendingin hawa kerana tidak selesa dengan keadaan panas dan akan menangis serta keadaan tidak terkawal.
“Berikutan penggunaan kerap penghawa dingin, bil elektrik di rumahnya mencecah RM150 sebulan dan menyebabkan ada beberapa bulan dia tidak mampu menjelaskan bil elektrik.
“Keperluan utama wanita itu dan anak anaknya adalah perbelanjaan isi rumah. Wang bantuan yang diterima daripada JKM hanya mencukupi bagi perubatan anak-anaknya dan kekurangan pendapatan dalam perbelanjaan harian lain termasuk pembayaran bil elektrik,” katanya.
Sementara itu, orang ramai boleh memberi sumbangan kepada tiga beradik ini ke akaun ibu mereka, Saizana Ermah Hamdan di akaun Maybank 158387134942.
Mingguan Wanita: Semoga ibu ini terus kuat untuk menjaga anugerah yang diamanahkan Allah. Memang berat tanggungjawabnya namun insyallah ganjaran pahala besar menanti di sana pabila menguruskan anak-anak syurga ini.
Majlis konvokesyen adalah hari paling bersejarah buat mereka yang bergelar mahasiswa. Ini masanya untuk mereka diraikan selepas beberapa tahun belajar di pusat pengajian.
Malah, hari paling bererti juga sebab dapat berkongsi bersama mak ayah yang turut hadir dalam majlis konvokesyen tersebut. Inilah masanya untuk membanggakan mak ayah atas kejayaan sehingga dapat merangkul scroll yang diimpikan oleh setiap pelajar.
Detik dan debaran sudah pastinya saat melangkah ke atas pentas. Tak kurang juga sorakan dan tepukan daripada mak ayah dan kawan-kawan seperjuangan di dalam dewan.
Sejak kebelakangan ini, bila sebut dewan anugerah apa-apa pasti ada sesuatu yang boleh menarik perhatian terutamanya aksi daripada pelajar itu sendiri. Namun, apa yang menarik perhatian dari perkongsian ini adalah aksi mak ayah pula.
Satu video di TikTok dikongsikan oleh Nurulmohdshah memaparkan aksi comel mak ayah mentuanya ketika menghadiri majlis konvokesyen anak mereka di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia hingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kamera yang sedang merakam suasana di dalam dewan itu sedang memberikan tumpuan pada tetamu yang hadir.
Menyedari kamera sedang fokus kepada mereka, pasangan ini terus mempamerkan peranti yang tertera ‘sedang mencari calon menantu’ sambil ketawa dan memaparkan gambar seorang gadis di dalam peranti lain.
Aksi itu juga membuatkan tetamu yang berada dalam dewan tersebut terhibur dan ketawa dengan gelagat mereka yang dikatakan ‘sporting’.
.
Perkongsian tersebut turut menjadi perhatian ramai kerana terhibur dengan pasangan itu dan menyifatkan mereka adalah ibu bapa yang ‘sporting’.
Mingguan Wanita : Terus yang bujang munculkan diri ni.
Skandal 1MDB ini sinonim sangat dengan beg. Ketika Pengarah Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memaklumkan antara 567 rampasan beg terdiri dari 37 beg jenama terkemuka yang dirampas adalah Bijan, Hermes, Prada dan Channel.
Sampai terpinga-pinga wartawan dan jurukamera yang hadir ke sidang media. Sebab masing-masing tak pernah dengar pun nama beg jenama mewah ‘Bijan’. Jika tidak masakan, ada wartawan yang minta Datuk Seri Amar Singh mengejakan jenama itu. Sebabnya tidak lah nanti salah melapor.
Bukan saja wartawan, netizen pun tertanya-tanya sama macam manalah rupa bentuk beg jenama Bijan itu. Punyalah unik nama ‘Bijan’, tapi itu bukan nama makanan tau.
Beg mewah Bijan ini perlu ditempah khas jika seseorang mahu memiliki beg tangan tersebut. Kerana ianya dari jenis buatan sendiri (custom made) dan takkan jumpa pun dalam pasaran. Ini dimaklumkan sendiri oleh Datuk Seri Amar Singh.
Butik mewah House of Bijan
Beg Bijan Tak Boleh Beli Sesuka Hati, Kena Set Temujanji
Menurut Utusan Online, beg mewah jenama Bijan ini diasaskan oleh seorang ahli perniagaan yang juga pereka terkenal kelahiran Iran bernama Pakzad Bijan yang menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad ini seperti minyak wangi, kasut dan beg tangan yang dijual di butik House of Bijan.
Bukan calang-calang tau pelanggan House of Bijan ini. Koleksinya khusus untuk golongan elit yang mana kalau nak memasuki butik mewah itu pun perlu melalui temujanji sahaja.
Antara pelanggannya adalah bekas Presiden AS, Barack Obama, pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles, pengasas Playboy, Hugh Hefner, pelakon terkenal Pierce Brosnan dan Arnold Schwarzenegger serta Raja Monaco, Putera Rainer.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...