Kerepek Labu Rangup Lemak Manis, Kena Jemur Sekejap Baru Goreng!

Share

Buah labu selalunya dijadikan manisan seperti pengat dan bubur serta dijadikan lauk seperti masak lemak. Rupanya labu juga boleh dijadikan kerepek rangup lemak manis sebagai kudapan.

Caranya cukup mudah, bahan-bahan pun tak banyak tapi kena ikut teknik yang dikongsikan oleh Puan AffNie Shadun ini. Labu yang disagat perlu dijemur sekejap dibawah cahaya matahari untuk dikeringkan sebelum digoreng. Barulah ia jadi rangup! Malah tak perlu letak garam langsung.

Kalau mak-mak nak cuba buat kerepek labu ini sendiri di rumah boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

“Kerepek Labu. First time buat..sedap lemak-lemak manis. Sekadar berkongsi, buat untuk kudapan petang”

Bahan-Bahan:

1 biji labu
Penyagat
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuat:

1. Potong labu kecil-kecil.

2. Buang kulit labu (tinggal yang hijau tu sikit) jangan kupas terlalu tebal. Sagat nipis-nipis (panjang-panjang).

3. Basuh dibawah aliran air tidak perlu rendam dalam air garam .

4. Keringkan atau jemur dibawah cahaya matahari untuk keringkan (agak-agak kering).

Proses untuk keringkan.

5. Goreng dibawah api yang sederhana.

6. Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam balang.

Siap.

Selamat Mencuba!

Info Ekstra:

  • Goreng macam kerepek biasa, tak perlu letak garam.

Baca Di sini: Kentang Goreng Rangup, Kudap-kudap Buat Anak Yang Jenis Suka Makan Kerepek

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Menariknya, boleh buat sendiri je kerepek labu ni di rumah sebagai kudapan berkhasiat untuk anak-anak dan keluarga.

Sumber: AffNie Shadun

Published by
Suhaidah Abd Wahab