Isi Kandungan
ToggleBuah labu selalunya dijadikan manisan seperti pengat dan bubur serta dijadikan lauk seperti masak lemak. Rupanya labu juga boleh dijadikan kerepek rangup lemak manis sebagai kudapan.
Caranya cukup mudah, bahan-bahan pun tak banyak tapi kena ikut teknik yang dikongsikan oleh Puan AffNie Shadun ini. Labu yang disagat perlu dijemur sekejap dibawah cahaya matahari untuk dikeringkan sebelum digoreng. Barulah ia jadi rangup! Malah tak perlu letak garam langsung.
Kalau mak-mak nak cuba buat kerepek labu ini sendiri di rumah boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
“Kerepek Labu. First time buat..sedap lemak-lemak manis. Sekadar berkongsi, buat untuk kudapan petang”
Bahan-Bahan:
1 biji labu
Penyagat
Minyak untuk mengoreng
Cara Membuat:
1. Potong labu kecil-kecil.
2. Buang kulit labu (tinggal yang hijau tu sikit) jangan kupas terlalu tebal. Sagat nipis-nipis (panjang-panjang).
3. Basuh dibawah aliran air tidak perlu rendam dalam air garam .
4. Keringkan atau jemur dibawah cahaya matahari untuk keringkan (agak-agak kering).
5. Goreng dibawah api yang sederhana.
6. Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam balang.
Siap.
Selamat Mencuba!
Info Ekstra:
- Goreng macam kerepek biasa, tak perlu letak garam.
Baca Di sini: Kentang Goreng Rangup, Kudap-kudap Buat Anak Yang Jenis Suka Makan Kerepek
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Menariknya, boleh buat sendiri je kerepek labu ni di rumah sebagai kudapan berkhasiat untuk anak-anak dan keluarga.
Sumber: AffNie Shadun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seriayu Pandan Lembut Gebu Sukatan Cawan, Rehatkan Adunan 30 Minit Sebelum Kukus!
Isi Kandungan
ToggleBagi mak-mak yang suka makan kuih tradisional Melayu, boleh cuba buat kuih puteri ayu yang sedap, lembut dan gebu ni. Bila buat sendiri memang lebih puas hati makan. Mudahnya ikut resipi ni guna sukatan cawan je, tak perlu nak guna alat penimbang. Kena pastikan adunan direhatkan dalam 30minit hingga satu jam antar tip kuih seriayu ni lebih gebu.
Nak buat makan-makan, ada kenduri, jamuan sekolah anak, atau untuk minum petang boleh buat kuih ni. Sesuai sangat.
Boleh cuba resipi Puan Zurina Kifli ini sebagai rujukan.
“Saya jual 45 sen je sebiji Seriayu ni,tu pun ada yang mintak kurang.Guna santan fresh,jus pandan pun fresh.SERIAYU PANDAN lembut gebu ni memang renyah sikit nak buat,tapi berbaloi bila costomer puas hati. Lemak manis sesedap rasa,harum semerbak bau pandan mengikat selera customer.Alhamdulillah, sentiasa ada permintaan.”
PUTERI AYU@SERIAYU PANDAN GEBU
Sukatan Cawan minum teh & gram
Bahan-Bahan:
4 biji telur gred A@B
300gm tepung naik sendiri@ anggaran 2 setengah cawan (2 dan 1/2 cawan)
1 cawan gula castor
1 sudu makan membukit ovalette
1/2 sudu teh Emulco @ Esen kelapa pandan
1 dan 1/4 cawan campuran santan Kara dan jus pandan pekat@250ml
(200ml santan Kara+50ml jus pandan pekat) kacau dan campurkan 1/2 penutup pewarna hijau epal serta setitis pewarna kuning telur.
**Hiris halus dan blend 6 helai daun pandan bersama sedikit air, tapis dan ambik 50ml jus pandan pekat @ 1/4 cawan.
**Jika guna tepung gandum@superfine tambah 1 sudu teh Baking powder dan ayak bersama.
**Boleh juga guna santan @susu cair sepenuhnya. Jika tak ada daun pandan, letak ja Emulco @Paste pandan ye.Tetap harum semerbak baunya.
**kelapa parut putih digaul sedikit garam dan 1 sudu makan tepung ubi@tepung jagung untuk isi pada dasar acuan.
Cara Membuat:
1.Sebelum mula mengadun panaskan kukusan terlebih dahulu.
2.Isikan sedikit kelapa dan tekan bagi padat-padat dalam acuan puteri ayu yang telah disapu sikit minyak.(Yang ni selalu saya buat lepas adunan siap. Biar adunan rehat sekejap sementara siapkan kerja-kerja mengisi kelapa ke dasar acuan).
3.Mulakan mengadun dengan speed perlahan. Pukul telur dahulu hingga berbuih, masukkan emulco, ovalette dan gula sedikit-sedikit sambil mix sebati.
4.Bila ovalette dah tak kelihatan terus naikkan ke speed paling tinggi. Putar lebih kurang 10-15 minit dengan kelajuan tinggi sampai adunan naik sehabis tinggi, adunan kelihatan bertanduk bila diangkat pengadun…gebu berkrim.
5.Slowkan mixer ke speed 2 dan masukkan pewarna.Terus masukkan santan tadi sedikit-sedikit berselang seli dengan tepung secara bertahap. Dimulai dengan santan akhirkan juga dengan santan.
6.Sambil-sambil tu kacau dan sisip adunan yang melekat pada tepi-tepi mangkuk. Matikan mixer, kacau perlahan adunan hingga sebati.Nak puteri ayu lagi lembut gebu, rehatkan adunan lebih kurang 30 minit hingga 1 jam sebelum kukus.
7.Panaskan atau kukus acuan berisi kelapa sekejap kemudian baru isi adunan separas acuan.Kukus selama 7-10 minit ikut saiz acuan,api sederhana.(Kukus kelapa terlebih dahulu agar kuih tahan lama dan kelapa tidak mudah masam. Dua hari kat luar tanpa simpan dalam peti ais puteri ayu masih ok).
8.Cukup masa mengukus keluarkan acuan puteri Ayu dari pengukus,biar suam sedikit kemudian picit-picit tepi sekeliling acuan supaya puteri ayu lekang dan mudah ditanggalkan. Bolehlah keluarkan puteri ayu dan hidangkan.
Tips Penting!
- Pastikan ovalette masih baik iaitu berwarna kuning gold berkilat-kilat. Kalau warna nampak kusam dan pudar nanti kuih tak naik gebu. Perkakas yang akan digunakan juga pastikan kering.
- Saya suka blend daun pandan dengan kelapa dan perah ambik patinya 250ml.Lagi lemak dan harum semerbak Kuih Seriayu.
- Telur juga masih dalam keadaan baik atau segar iaitu kuning telur tidak cair atau tak pecah berair.
In shaa Allah.Ikut semua tips yang saya berikan tu, pasti menjadi Seriayu@Puteri Ayu yang lembut gebu.
Selamat mencuba semua!
Baca Lagi Di Sini:
Resipi Kuih Lapis Ubi Kayu 3 Warna, Masak Guna Pengukus Sahaja!
Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!
MW: Terima kasih berkongsi resipi kuih yang dibuat jualan. Sedapnya kuih puteri ayu ni, boleh cuba buat sendiri nanti di rumah untuk makan sendiri atau dibuat jualan untuk pendapatan sampingan pun boleh sangat.
Sumber:Zurina Kifli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Duduk Di Jepun, Ibu Kongsi Buat Murtabak Ayam Guna Roti Paratha
Isi Kandungan
ToggleWanita ini, Rosmarlina Binti Abd Gani menetap di Jepun. Walau jauh di negara matahari terbit, beliau dapat menyediakan murtabak ayam roti paratha yang sedap.
Tentunya bila tiba bulan puasa, dan jauh di perantauan. Suasana bazar Ramadan di Malaysia antara yang dirindui perantau-perantau.
Bermacam menu jualan yang menggamit-gamit kenangan. Jadinya, terhasillah resipi murtabak ayam roti paratha untuk keluarganya nikmati ketika berbuka puasa.
“Hari ni Ros buat murtabak ayam guna roti paratha. Nak buat murtabak ni guna kulit popiah pun boleh.
Tapi guna roti Paratha ni lagi sedap dan bolehlah feeling ala-ala murtabak bazar Ramadhan kan.. walaupun jauh di rantauan.”
Akuinya, murtabak inilah makanan kebiasaan bulan Ramadan yang pasti tak dilupakan.
Resipi Murtabak Ayam Roti Paratha Segera
Bahan-bahan
- 5 keping roti Paratha segera – pastikan dibiarkan pada suhu bilik dalam 1 jam, supaya senang dibentuk
- 200 gram daging, ayam – dicincang
- Bawang besar – dicincang
- 2 sudu besar serbuk kari
- 4 biji telur
- Bawang besar – disagat
- Kubis – disagat
Cara Membuat
- Tumis bawang besar dan masukkan daging dan ayam yang sudah dicincang dan serbuk kari.
- Masukkan sedikit air dan sesuaikan rasa.
- Kemudian, masukkan garam, masak hingga inti ayam tadi agak kering.
- Angkat dan sejukkan.
- Ambil inti tadi dan masukkan dalam mangkuk.
- Pecahkan 4 biji telur, masukkan bawang besar sagat dan sedikit kubus sagat. (Ros suka masukkan kubis sebab inti akan jadi tebal dan makin sedap.)
Baca sini : Senangnya Buat Murtabak Maggi, Masa Inilah Nak Ajar Anak Buat
Untuk Membentuk Murtabak Ayam
- Ambil sekeping roti Paratha yang dah lembut tadi, letakkan atas papan pencanai.
- Sebelum itu, papan sapu dengan butter supaya senang nak angkat murtabak bila siap letak intinya nanti.
- Dengan menggunakan jari, tarik-tarikkan roti Paratha tadi. Biar jadi agak nipis dan besar permukaannya.
- Letakkan inti dan lipat empat segi.
- Kemudian, angkat dan masak di dalam frypan. Masak sehingga kedua-dua permukaan murtabak perang.
- Ulang langkah tadi hingga semua roti Paratha habis dilipat.
Cara Membuat Kuah Bawang Merah
- 1/2 biji bawang merah – dihiris
- 1 sudu besar cuka
- 2 sudu besar sos cili
- Garam
- Gula
- Gaulkan semua sekali dan masukkan dalam bekas bertutuo.
- Biar beberapa jam.
- Selepas itu boleh dimakan bersama murtabak.
Tip : Inti murtabak ni boleh ganti dengan isi tuna dalam tin atau daging lembu cincang ya, ikut lah selera masing-masing.
Selamat Mencuba.
Beli ROTI PARATHA FROZEN di sini : https://invol.co/clabfmh
Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Gani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Sosej Cheese Makan Tak Cukup Satu, Bekal Seisi Rumah!
Isi Kandungan
ToggleResipi Roti Sosej Cheese Makan Tak Cukup Satu, Bekal Seisi Rumah! Memang mudah dan sedap resipi Roti Sosej Cheese yang dikongsikan ini. Sesuai sangat idea untuk mak-mak bawa bekal ke tempat kerja atau untuk anak-anak pergi sekolah. Guna 4 bahan je.
Ikut resipi mudah dan cara yang dikongsikan oleh Puan Haya Yahya ini sebagai panduan;
Roti Sosej cara saya, bekal untuk seisi rumah hari ni. Tak cukup satu, kita bagi 2 setiap orang.
Bahan-Bahan:
Sosej (direbus)
Cheese
Sos Spaghetti
Roti Sosej
*Satu lagi lupa letak di gambar. Saya letak daun parsley juga.
Cara Membuat:
1. Potong roti bahagian tengah macam ni. Lepas tu tekan ke bawah bagi ada lubang. Barulah sos tak meleleh keluar.
2. Letak slice cheese. Nak letak banyak mana pun boleh, ikut selera masing-masing.
3. Letak sikit sos spaghetti.
4. Letak sosej yang telah direbus.
5. Letak sos atas sosej, jika nak tambah sos lain pun boleh. Ikut selera yang disukai.
6. Letak slice cheese dan daun parsley. Tak de daun parsley pun tak pe. Kebetulan di rumah ada, jadi saya guna.
7. Bakar dalam oven, suhu 160c api atas sahaja. Bakar dalam masa 8 – 15 minit. Ikut garing macamana yang suka.
Siap!
Saya bungkus macam ni untuk seisi rumah bawa ke sekolah dan tempat kerja.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Resipi ‘ROTI BOY’ Senang Guna Sukatan Cawan, Aroma Kopi Rasa Lemak Manis!
Baca Lagi Di Sini:Resipi ROTI SIRO KELATE Simple, Letak Dalam Peti Sejuk Lagi Sedap!
Artikel Menarik:Buat Korean Garlic Bread Sedap Menusuk Kalbu, Cara Orang Nak Cepat
Mingguan Wanita: Sedapnya roti sosej cheese ni, memang tak cukup kalau makan satu je. Buat sendiri memang puas hati boleh bawa bekal untuk anak sekolah nanti.
Sumber: Haya Yahya
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI