Kerepek kentang bilis kacang sambal pedas bilis memang sedap dinikmati begitu sahaja. Bila makan memang payah nak berhenti, tak sedar boleh habis sebalang. Namun selalunya bila buat kerepek macam ni, salah teknik dan caranya kentang yang dihiris mudah serap minyak bila digoreng, malah lembik tak rangup.
Puan Missz Amira ada kongsikan resipi dan tip macam mana nak buat kentang kekal rangup, garing tak lembik berminyak.
First time makan masa kenduri bulan lepas, tak tau orang panggil apa ni. Bila makan syok lak tak mau berhenti. Tak puas makan punye pasal balik umah try buat kene pulak kentang RM2.50 sekilo. Alhamdulillah nasib menjadi, sedap dan ranggup krukk krakk. 2 balang ni sekejap dah licin.
Kacang tanah (digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
Kentang (dihiris nipis macam kerepek dan goreng)
* tips, goreng api yang perlahan
1. Kentang yang dihiris nipis rendam cuka @ soda bikabornat @ air kapur dalam sejam dua kemudian cuci buang kanji dan toskan. Kemudian goreng sampai garing. Nak guna bahan mana-mana pun boleh semuanya menjadi. Banyak mana bahan tu tak kisah sebab nanti kentang tu dicuci sekali lagi.
Antara sebab serap minyak ialah dihiris tebal, dan kanji kentang ada lagi. Sebab tu kena rendam nanti air kentang akan keluar yang keruh. Cuci bersih toskan baru goreng.Biasanya lepas rendam dan cuci kentang tu jadi lebih keras dan mudah digoreng.
2. Ketiga-tiga bahan yang dah siap goreng dicampur. Makan gini pon dah sedap.
3. Yang ni dah siap digaul sambal. Bahan agak-agak yea takde sukatan. Caranya macam buat sambal tumis biasa.
Cili kering dikisar halus/cili boh (nak pedas lebihkan)
Bawang putih dikisar
Bawang merah/bawang besar dikisar
Sedikit Sos tiram
Gula (lebihkan untuk dapatkan kerepek ranggup. Tapi jangan manis sangat nanti tak sedap)
Garam
Minyak untuk menumis
1.Panaskan minyak tumis kesemua bawang kisar kemudian masukkan cili boh/cili kisar tumis sampai pecah minyak.Baru perasakan dengan sos tiram, gula garam.
2.Jangan cair sangat dan jangan terlampau pekat sangat. Dah masak sejukkan dahulu sambal ni baru masukan kentang,kacang dan ikan bilis kemudian gaul kesemua sebati.
3.Selepas itu terus masak dalam bekas/botol boleh tahan lama tetap ranggup.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
Cara Buat Kerepek Kentang Homemade Nipis & Rangup, Goreng Cantik Tak Hangit!
Kerepek Labu Rangup Lemak Manis, Kena Jemur Sekejap Baru Goreng!
Buat Sendiri Keropok Nasi Sejuk, Pertama Kali Cuba Terus Jadi!
Mingguan Wanita: Sedapnya kerepek kentang, kacang, bilis pedas manis kruk krak ni. Macam ni rupanya nak buat supaya kentang kekal rangup, tak serap minyak.
Sumber: Missz Amira
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita