Benarlah orang kata sakit bersalin ni tak boleh dibayangkan. Bukan sebab sakit yang amat tetapi sebab setiap ibu akan lalui pengalaman dan rasa sakit yang berbeza.
Jadi tak payahlah tanya pengalaman orang lain bab nak bersalin tetapi bab apa yang suami patut buat mungkin sangat berguna sebab waktu nak bersalin pastinya suami yang akan setia di sisi.
Kalau masuk hospital terus bersalin tak apa, ini yang risau takut macam pengalaman saudara Mohd Fhais. Lama tu tunggu, haaa… agaknya apa yang kaum suami boleh bantu untuk kurangkan sakit isteri?
Pernah tak kita berfikir? apa lagi yang suami boleh sumbangkan ketika menemani isteri bersalin selain dari membaca surah Yasin & Kursi.
Ini kisah saya sendiri.
Pada 9 Febuari 2014 annur rania dilahirkan tepat jam 10.25 pagi setelah ibunya menahan kesakitan lebih dari 24 jam.
Setiap hari saya berulang ke hospital untuk melihat keadaan isteri. Nasib baik masa tu dah minta cuti awal. Selang sehari isteri di masukkan ke bilik bersalin sebab bukaan dah 2 cm. Saya menunggu di ruang depan bilik bersalin dari pagi sampai petang tapi setelah lama menunggu isteri menyuruh saya dan keluarga balik ke rumah untuk berehat kerana belum ada tanda-tanda bukaan nak naik lagi dan berjanji kalau dah nak bersalin nanti dia call.
Pada hari ketiga tepat jam 2 pagi saya bergegas ke hospital dari rumah setelah terima panggilan dari isteri yang katanya dah nak bersalin. Saya bergegas ke hospital dan tepat 3 pagi saya sampai.
Masuk je bilik dia suruh saya pergi ambik wuduk dan di suruh baca yassin dan ayat kursi mohon dipermudahkan proses bersalin. Berapa kali ulang pun saya tak ingat dah sebab tu je yang dia suruh saya buat. Saya pun tak tahu nak buat apa lagi.
“Kerap juga dia cakap kat saya sakit..sakit..sakit tapi saya tak tahu nak buat apa. Saya tanya doktor dan nurse kat situ diorg cakap tu biasa. Apa saya boleh buat suruh isteri bersabar.”
Dah terlalu lama menahan sakit isteri suruh minta operation. Saya pun kesian tengok dia menahan kesakitan jadi saya cuba minta pendapat doktor yang isteri saya nak operation tapi doktor tak setuju. Kata doktor isteri tiada masalah tak perlu operation.
Saya tanya lagi pada doktor, boleh beri sesuatu tak untuk kurangkan sakit isteri saya ni. Selepas itu doktor beri gas “entonox” untuk kurangkan rasa sakit tapi isteri saya cakap masa sedut tu kurang sekejap rasa sakit cabut je mask sakit datang balik.
Masa pun berlalu dari jam 3 pagi hingga 10 pagi isteri saya menahan kesakitan. Jam 10.25 isteri cakap nak bersalin betul ni tak tahan dah. Belum sempat doktor ambil posisi bayi dah keluar, nasib baik ada jururawat sambut bayi yang keluar macam turun gelongsor.
Sepanjang tempoh 7 jam tu dari 3 pagi hingga 10 pagi isteri menghadapi kontraksi selang 5 minit dan saya hanya melihat sahaja. Sepatutnya saya boleh lebih membantu.
Selain dari membaca yassin dan ayat kursi ada banyak lagi bantuan yang suami boleh berikan semasa teman isteri bersalin. Antaranya ialah :
1. Bersedia untuk jadi “Punching Bag” sebab di saat isteri menahan kesakitan pasti suami jadi mangsa lepas geram tapi tak lah sesakit mereka nak bersalin. Selalunya tangan lah mangsa pertama digengam, dicubit dan dipulas. Pakailah baju lengan panjang yg tebal nanti. Kurang sikit kesan kat tangan nanti.
2. Tebalkan telinga bila isteri marah atau cakap kasar dengan kita sebab masa tu isteri anda bukan lagi orang yang sama anda kahwin dulu. Nak dengar suara jantan isteri masa ni lah dia keluar. Jangan terkejut pula.
3. Pastikan isteri menjamah sedikit makanan atau minuman supaya ada tenaga sebab nak meneran nanti perlukan tenaga yang banyak. Suami pun kena makan juga sebab nanti banyak urusan selepas isteri bersalin. Tak boleh jangka kadang-kadang proses menunggu kelahiran ni ambik tempoh yang lama.
4. Bimbing isteri bernafas dengan betul sebab pada masa ni isteri bernafas dalam keadaan stress. Salah satu teknik yang senang dan mudah ialah tarik nafas guna hidung, berhenti seketika dan hembus guna mulut. Tempoh tarik nafas mesti sama dengan tempoh hembus. Boleh praktis awal sebelum ke due. Ada banyak teknik pernafasan yang sesuai boleh lihat di babycenter.com.my
5. Bimbing isteri meneran dengan cara yang betul jika isteri terlupa. Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Columbia Asia Bukit Rimau cara meneran yang betul ialah seperti meneran ketika membuang air besar. Elakkan meneran pada muka kerana ia cara yang salah dan boleh menyebabkan anda berasa cepat penat.
6. Bantu relaks kan badan isteri. Bukan pernafasan sahaja akan stress badan pun boleh turut stress. Banyak urat-urat dalam badan isteri sedang tegang sekarang ni. Bantu redakan stress dengan sentuhan tangan di belakang dada, urut bahu dia sambil ulang perkataan relaks. Kalau dia suruh urut mana-mana pun ikutkan je.
7. Beri sokongan moral naikkan semangat isteri untuk bertahan dan sabar. Kita tak tahu apa yang bermain di fikiran mereka waktu tu. Beri kata-kata semangat yang mereka akan dengar. Contoh bayangkan anak kita yang lahir nanti panggil mama-mama, meriah rumah kita nanti.
8. Last sekali. Jangan panik depan isteri. Kalau nak panik masuk toilet atau keluar kejap lepaskan panik kat luar. Kalau isteri nampak kita panik dia pun akan terikut panik. Bahaya untuk anak bila dia panik. Dikuatiri proses meneran tu terganggu nanti.
Bila isteri dah mula rasa sakit pinggang suruh isteri mengiring sebelah kiri dan tarik nafas, ajar isteri baca ayat ni untuk cepatkan bukaan bersalin “La ila hailla anta Subha naka inni kuntum minall zolimin”
Insyaallah dengan 8 tips ni saya dapat turut serta bertarung bersama isteri untuk kelahiran anak ke 2 kami. Tolong doakan proses bersalin isteri saya nanti dipermudahkan ye.
Saya percaya tiada suami atau isteri nak berlaku masalah masa menyambut kelahiran anak sendiri tapi tak salah jika kita bersedia segala yang termampu supaya perkara yang tidak baik dapat dielakkan.
Bantu saya sebarkan pada suami-suami lain supaya mereka tak ‘blur’ masa teman isteri bersalin. Bakal suami pun wajib tahu tips ni, mana tahu lepas kahwin nanti terus bunting pelamin dah senang ilmu dah sedia.