Sebenarnya bila kerap alami tangan dan jari kering, gatal-gatal, merah, dan ada bahagian yang merekah. Itu antara simptom mengalami Hand Dermatitis.Terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca penyakit ini. Bila mengalaminya, ramai yang kerap mencuci tangan lebih kerap daripada biasa sebab merasakan ia berpunca daripada tangan kotor.
Sebenarnya ia kurang tepat dan bukan penyelesaiannya, malah penyakit ini boleh jadi lebih teruk. Paling penting gunakan soap substitute dan elakkan produk sabun.
Hari ni saya nak tulis sikit pasal hand dermatitis.Kes Hand dermatitis ni biasa berlaku dan selalu kami jumpa di klinik. Pesakit mengadu tangan dan jari mereka kering, gatal, merah, dan ada bahagian merekah. Ada juga yang nampak gelembung-gelembung air biasanya di bahagian tapak tangan (dipanggil pompholyx).
Bahagian kulit yang terlibat sakit bila kena air atau sapu apa-apa sahaja. Ini kerana lapisan perlindungan kulit tidak normal dan senang mendapat iritasi.
Kebanyakan pesakit ada sejarah eczema, asthma atau hayfever atau sejarah keluarga masalah-masalah ini.Faktor pekerjaan juga menjadi faktor e.g. petugas kesihatan (perlu kerap basuh tangan ketika bekerja), chef, pekebun, dan pekerja-pekerja yang mengendalikan bahan kimia tertentu. Suri rumah juga senang dapat jika tangan banyak terdedah kepada detergent dan chemical semasa kerja-kerja mencuci.
Secara ringkasnya, sebab utama hand dermatitis ni boleh dikategorikan kepada:
1. Irritant contact dermatitis- biasa berlaku di mana tangan terdedah kepada faktor-faktor yang menyebabkan iritasi.
2. Allergic contact dermatitis- ada bahan tertentu penyebab allergy & reaksi pada kulit
Ramai yang dapat hand dermatitis lagi kerap basuh tangan kerana sangkakan tangannya kotor. Ini bukan penyelesaiannya boleh mengeruhkan keadaan! Kebersihan penting tetapi tidak perlu basuh tangan lebih kerap daripada biasa. Gunakan soap substitute dan elakkan produk sabun.
Selain menggunakan soap substitute & mengelakkan sabun, perlu KONSISTEN menggunakan pelembap kulit yang sesuai dengan kulit ekzema sekurang-kurangnya 2-4 kali sehari.Jangan gunakan produk yang ada pewangi.
Bila hand dermatitis menyerang dan skin care tidak memadai, jumpa doktor untuk penilaian jika perlu rawatan ubat sapu steroid untuk mengurangkan keradangan dan memulihkan kembali lapisan perlindungan kulit. Jika ada jangkitan kuman, doktor akan prescribe antibiotik juga.
Bergantung kepada faktor individu e.g. pekerjaan, doktor akan tentukan jika pesakit perlu dirujuk kepada dermatologist untuk patch testing. Patch testing dijalankan untuk kenalpasti jika ada bahan-bahan yang menyebabkan allergy dan menyumbang kepada reaksi kulit.
Apa-apa pun pastikan jumpa doktor untuk dapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang sepatutnya.
Doc, kalau saya rendam dengan air panas boleh tak baikkan hand dermatitis?
Ini mitos. Pesakit ekzema perlu elakkan suhu air yang terlalu panas ketika mandi atau basuh tangan. Mula2 kulit kena air panas memang rasa lega, lepas tu ia lebih kering dan irritated.
Bukan semua ruam di tangan ialah hand dermatitis. Saya tidak membuat diagnosis & cadangan rawatan berdasarkan gambar sahaja. Perlu jumpa doktor untuk dapatkan diagnosis & rawatan yang sepatutnya.
Saya tidak mencadangkan apa-apa pun jenis ubat tanpa berjumpa pesakit. Ubat sapu steroid misalnya, jenis yang sesuai ditentukan berdasarkan banyak faktor e.g. diagnosis, bahagian kulit yang dirawat, tahap penyakit kulit; mild/moderate/severe, dan sebagainya. Perlu penilaian teliti.
Baca Lagi Di Sini: Jangan Main Beli Je Krim Sapu Tanpa Preskripsi, Doktor Jelaskan Jenis Steriod & Kesan Sampingannya!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, memberi penjelasan buat mak-mak yang sering mengalami kulit kering, gatal, merah dan gelembung air pada jari jemari dan tangan. Apa-apa pun sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Sumber: Dr Hafsah Sazali