Begitulah hebatnya kuasa pujian suami pada seorang isteri. Walaupun cuma beritahu suka tengok penampilan isteri, hati isteri boleh berbunga-bunga sepanjang hari.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh pelakon terkenal Elfira Loy, 27 ini, bila mana suaminya Muhammad Faris Khairul Anuar, 30 teruja lihat solekan isteri yang nampak berbeza daripada biasa.
Sehingga menyangka Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri menggunakan khidmat jurusolek untuk menata rias wajah isterinya itu. Sedangkan Elfira menata rias sendiri wajahnya untuk sesi merakam gambar keluarga.
Kongsi Elfira,
Masa El turun bawah nak tangkap gambar, suami tegur, “wow.. wow.. wow, panggil makeup artist ke?”
Terus senyum tersipu malu sambil jawab, “makeup sendirilah.” Pastu Faris cakap, “aah.. saya suka macam ni.”
So, I pun tanya, “kenapa? Ada beza ke?”
Faris, “Ada, selalu nampak pucat sebab pakai lipstik cair-cair.” Hahahaha.. cair cair. @jujuezainal lepas ni makeup lipstik jangan cair okay.
“But yah because of that comment I was smiling confidently the whole day #pujiharihariokay
“Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.
Haa.. nampak tak betapa hebatnya kuasa pujian suami itu. Sebab itulah, suami ini kalau nak memuji isteri, jangan sekadar simpan dalam hati.
Kenalah luahkan. Barulah isteri tahu apa yang suami rasa. Dan isteri akan rasa bahagia begitu juga suami. Kerana, suami kena faham bahagia seorang isteri akan beri kebahagiaan pada suami juga nanti.
Suami jangan cuma puji isteri dalam hati, luahkan biar bahagia sama-sama rasa.
Sebenarnya, ramai saja suami yang tak lokek pujian pada isterinya. Sebab dia tahu, puji isteri tu percuma saja pun. Tak keluarkan modal.
Kata orang pujian suami pun boleh jadi penawar kurang yakin seorang isteri. Jadi suami, bolehlah puji isteri tu kerap-kerap ya.
Sumber/Foto : Elfira Loy
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW