Kerana Sehelai Rambut Dalam Hidangan Di Kedai Makan, Akhirnya Wanita Ini Masak & Kongsi Resepi Shell Out Buat Sendiri

Share

Pernah tak kita tengah sedap-sedap makan ke minum, tiba-tiba ada rambutlah, semutlah dalam order kita waktu menikmatinya di kedai makan. Lebih tak best, bila maklum pada pemilik, sebagai pelanggan kita tak disantuni dengan baik.

Frustkan rasa hati. Tentu-tentu kita takkan datang lagi ke kedai berkenaan. Dah hilang satu pelanggan. Inilah yang jadi ketika Amylia Aalan keluar makan-makan shell out dengan anak-anak di sebuah restoran.

Disebabkan, mereka tidak disantuni dengan hemah oleh pemilik kedai itulah akhirnya dia buat sendiri hidangan seumpama. Lebih berbaloi, dinikmati seisi keluarga dengan harga yang jauh lebih murah.

 

Resepi Shell Out Jimat & Puas Hati

Kelmarin saya makan shell out di restoran. Katanya untuk satu kepala RM10. Tiga kepala makan RM39. So saya ambil yang untuk 3 orang makan. Bill RM51.10. Malangnya tengah makan ada sehelai rambut. Jadi saya beritahu tuan punya kedai.

Dia ganti yang baru. Yang tak bestnya shell out yang baru tak serupa yang ada rambut. Yang ada rambut udangnya sampai 10 ekor. Yang baru 3 ekor saja. Bila tanya.. muka tuan kedai dah mula mencuka

.

Bila bayar tak pandang dah muka kita. Terima kasih pun tidak. First and last lah saya ke kedainya. Ni saya buat sendiri. Sangatlah berbaloi berbekalkan RM52.50, dekat 6 orang boleh makan. Anak-anak dan suami semua suka. Alhamdulillah.”

Kalau kat luar ni, hidangan yang saya masak mungkin RM150++.”

 

Resepi Untuk Sos Shell Out Buat Sendiri

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili kering ikut suka pedas
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam ikut suka
3 sudu besar serbuk kari ikan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Kalau nak sos tu hitam sikit tambah kicap manis sedikit

Caranya Macam Ni

1. Semua bahan saya kisar terus. Kemudian, tumis dan kuah rebus tadi boleh tambah bagi da berkuah sikit.

2. Tumis dengan butter.

 

Bahan-bahan Seafood

1. Rebus satu persatu

2. Lepas tu bolehlah campur dekat sos yang dah masak tadi.

Sumber/Foto : Amylia Aalan

Published by
Netty Ah Hiyer