
Isi Kandungan
ToggleSekali terjebak, tidak mungkin boleh berpatah balik. Hanya mereka yang kuat dan mampu untuk berubah dapat mengatasi segalanya, selain daripada sokongan ahli keluarga.
Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi mengupas topik ‘Mati Hidup Semua’ dengan menjemput Ezad Lazim dan isterinya, Nor Azeana tentang bagaimana Ezad mampu berubah dan penerimaan kembali Nor Azeana terhadap suaminya.
Bagi Ezad:
“Sebenarnya, mengambil dadah banyak negatifnya dan tiada langsung yang baik. Apa yang boleh membuatkan saya berhenti dari mengambil benda ini atas kemahuan dan kekuatan diri sendiri. Keadaan inilah menjadikan saya dalam fasa yang cukup menyakitkan. Inilah ujian untuk diri saya.
Nor Azeana:
“B, I love U! itulah yang mampu saya katakan sebaik Ezad ditangkap. Semua ini saya lakukan untuk memberi semangat dan sokongan kepada dia. Semasa di lokap, anak kami tidak dapat tidur, hinggakan saya bawa anak ke balai dan dia tertidur di pangkuan dengan tangan bergari.
Ikuti kupasan selanjutnya berkenaan topik ‘Mati Hidup Semua’ dalam siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow, jam 8 malam nanti, bersama hos Siti Elizad dan Sherry Al-Hadad. Tetamu lain ialah YDH Komisioner Polis (LP) Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Ameng dan isteri, Sabariah Zakariah.
#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow

#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diserang Angin Ahmar Belum Mampu Bercakap, Ayda Jebat Tahu Ayah Miliki Semangat Juang Kuat

Isi Kandungan
ToggleDiserang angin ahmar belum mampu bercakap. Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi kisah ayahnya yang kini sudah dibenarkan pulang selepas diserang angin ahmar baru-baru ini.
Sebelum ini, Ayda juga telah memuat naik perkongsian memaklumkan bapanya diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital.
Diserang Angin Ahmar Belum Mampu Bercakap
Terbaru, seperti mana dilaporkan, Ayda turut memberitahu ayahnya juga sudah menunjukkan perkembangan positif.
Paling menggembirakan jika sebelum ini ayahnya hanya boleh minum dan kini menunjukkan perkembangan positif apabila sudah boleh makan.
“Syukur alhamdulillah, ayah sudah pulang ke rumah dan menunjukkan perkembangan positif.
“Kami juga sudah menyusun jadual untuk sesi fisioterapi dan akupuntur,” kongsi Ayda yang juga turut menerangkan bagi memulihkan kembali keadaan kesihatan ayahnya mengambil masa dan memerlukan kesabaran dan disiplin.
Sedaya Upaya Bantu Ayah
Ayda turut memberitahu mereka sekeluarga sedaya upaya cuba membantu ayahnya agar cepat sembuh.
“Saya dan keluarga sedaya-upaya untuk membantu ayah.
“Buat masa ini dia tidak mampu untuk bercakap pun, tapi saya tahu semangatnya kuat.
“Malah, saya mendapat semangat untuk berjuang ini pun daripada ayah saya juga,” ungkap Ayda yang berulang alik ke Melaka apabila dirinya mengetahui keadaan ayahnya.
Baca Disini : Tip Tambah Sayang Suami Isteri, Ayda Jebat & Nabil Berborak Sebelum Tidur
Sumber : Berita Harian
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Kongsi 6 Jenis Makanan Mampu Memberi Tenaga & Mempercepatkan Proses Bersalin

Isi Kandungan
ToggleKandungan nutrisi makanan yang tepat sebenarnya mampu memberi tenaga dan membantu mempercepatkan proses bersalin bagi mak-mak yang sedang dalam tempoh contraction. Selain melakukan senaman dan banyakkan berjalan untuk memudahkan kelahiran 6 jenis makanan ini juga disarankan diamalkan.
Berikut merupakan perkongsian yang dedahkan oleh Dr Hafiz Sulaiman sendiri sebagai rujukan.
6 MAKANAN MUNGKIN MENCEPATKAN PROSES KELAHIRAN
Risau sakit lama sewaktu bersalin? Memang seksa..Ia boleh jadi pengalaman paling sakit dalam hidup sesetengah wanita. Masa praktikal di labour room dulu, saya pernah jaga seorang pesakit ni.Separuh hari dia sakit contraction kuat.Lebih-lebih lagi lepas dapat ubat cepatkan bersalin lah. Sampai berdiri, duduk atas katil bersalin pun ada, tak senang baring punya pasal. Kesian sangat.
Saya kongsi beberapa petua pemakanan untuk lancarkan proses bersalin. Ambil sewaktu sudah term dan atas nasihat doktor ya 🙂
1. MINYAK KELAPA
Minyak kelapa dara (VCO) kaya dengan lemak MCT dan LCT.
Lemak MCT memberi tenaga segera kerana tidak perlu diproses di hati.
Lemak LCT pula memberi tenaga berpanjangan.
Settle..insha Allah tak perlu minum manis untuk tenaga 🙂
2. KURMA
Di dalam Al quran mengisahkan Maryam A.S ibu kepada nabi Isa A.S ketika sakit kuat dalam peringkat akhir kandungannya diperintahkan Allah menggoncangkan pokok kurma.
Kajian Al- Kuran O et al pada 2011 menunjukkan bahawa pesakit yang makan kurma 4 minggu sebelum tarikh kelahiran:
96% mengalami kelahiran spontan
( tanpa induce atau pembedahan)
berbanding 79% yang tak makan kurma.
Hanya 28% memerlukan “penggalak kelahiran” (oxytocin/pitocin) berbanding 47% yang tak makan kurma.
Purata fasa pertama kelahiran lebih singkat (510minit) berbanding mereka yang tak makan kurma (906minit).
Kajian oleh Razali N et al pada tahun 2017 di Dept Obgyn Universiti Malaya juga menunjukkan kurma mengurangkan keperluan “induction of labour” menggunakan oxytocin.
Tenaga pun dapat..pahala pun dapat insha Allah.
3. EVENING PRIMEROSE OIL (EPO)
EPO tinggi omega 6 yang meningkatkan keradangan maka dikatakan boleh “melembutkan” bukaan serviks.Kajian saintifik walaubagaimanapun menunjukkan tiada kesan ketara.
Alaa..cuba je lah. Confirm tak bahaya macam trans fat.Sebaiknya ambil bila dah mula contraction. Saya tak galakkan amal lama-lama sebab minyak EPO ini pro-keradangan.
4. EMPULUR NANAS
Bahagian tengah nanas ini mengandungi bromelain yang dikatakan boleh juga menyebabkan cervical ripening. Namun tiada bukti saintifik yang membuktikannya.
Mungkin sebab nanas tinggi histamin juga..histamin tinggi menyebabkan pergerakan rahim juga bagi mereka yang alah.

5. PARSLEY
Daun ni tak mahal dan senang dapat. Berlebihan pengambilan mempunyai kesan uterotonik (menyebabkan pergerakan otot rahim).Low risk pregnancy boleh lah cuba ya.
6. DAUN TEH RED RASPBERRY
Walaupun membunyai banyak bukti anekdot mengatakan , kajian saintifik menunjukkan ia tidak berkesan. Boleh je cuba sebab kajian juga mengatakan tiada kesan sampingan pengambilannya.
Kebanyakan bahan makanan diatas tidak terbukti secara saintifik berkesan mencepatkan kelahiran.Namun tak salah mencuba atas nasihat doktor.Pilihan keluarga kami ialah kurma dan VCO.Alhamdulillah anak kedua lahir sangat mudah. Kurang sakit, tau-tau dah 8cm. Bersalin tak sampai 2 minit.saya pun kagum ma sha Allah.
Semoga tips di atas membantu melancarkan proses kelahiran dan memberi tenaga ketika bersalin. Jangan lupa berdoa kerana kita hanya berusaha dan makanan di atas hanya asbab mudahnya bersalin. Barakallah.
Kongsikan juga pada mak-mak yang dah nak bersalin. Moga memudahkan proses bersalin mereka.
Sumber: Dr Hafiz Sulaiman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Merajuk Dengan Suami, Merajuklah! Tapi Jangan Lebih 3 Hari

Isi Kandungan
ToggleSuami tak ‘wish birthday’, isteri merajuk. Suami tersalah beli barang dapur, isteri dah tarik muka masam berhari-hari. Tak nak bercakap dengan suami, tengok muka lagilah menyampah. Rasa apa saja perlakuan suami serba menyakitkan hati.
Kalau ikut puncanya bukan besar mana pun. Tapi kan sifat isteri memang macam itu. Ada ketikanya dia mudah merajuk. Tapi orang perempuan ni sebenarnya mudah juga reda hatinya. Asalkan suami tahu macam mana nak pujuk, belai, manjakan malah sayangi mereka. Biarlah dah berpuluh tahun kahwin pun, memang itulah sifatnya.
Suami yang faham.. fahamlah. Yang tak mengerti atau buat-buat tak nak mengerti akan berkesudahan membawa konflik dalam rumahtangga. Isteri ini kalau dia merajuk bukanlah nak minta suami belikan intan berlian baru dia reda hati panasnya itu. Dia cuma mahukan perhatian suaminya saja. Tapi.. rupanya ada juga yang makan pujuk dengan ‘intan berlian’.. Tengok video kalau tak percaya.
Sebab itu, merajuk isteri jenis manja-manja selagi boleh pujuk. Pujuklah segera. Peluk ke, cium pipi dia ke, buatkan air untuk dia ke, masakkan makanan kegemarannya ke atau apa sajalah. Sebab suami lagi tahukan macam mana nak pujuk isterinya yang merajuk.
Tapi kalau moodnya nampak lain. Jangan pula buat semua itu. Sia-sia je nanti. Biarkan dia merajuk. Tengok saja reaksi dia dalam dua tiga hari itu. Kalau dah masuk hari ketiga, masih tak bertegur sapa. Haaa.. itu dah masuk kategori ‘DANGER’.
Kena cepat-cepat pujuk. Bila suami mula ada perasaan MALAS MEMUJUK ISTERI. Danger itu makin berganda-ganda. Bimbang jadi konflik dan boleh menuju jalan perpisahan. Nauzubillah..
Kenapa Merajuk Lebih 3 Hari Itu Bahaya?
Rasulullah Pun Pesan…
Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda, ertinya “Tidak halal seorang Muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama Muslim) lebih dari tiga hari, barang siapa memutuskan lebih dari tiga hari dan meninggal maka ia masuk neraka” (HR: Abu Dawud 5/215, Shahihul Jami’: 7635)
Sebab itu isteri yang sedang merajuk kena cepat-cepat sedarkan diri. Setiap manusia itu bukanlah bersifat maksum (terpelihara dari dosa).Suami kita juga begitu. Tak sempurna mana pun. Samalah dengan kita wahai isteri. Ada masanya pun isteri tanpa sengaja melukakan hati suami. SEDARLAH SEGERA yang pasangan kita itu adalah hadiah terbaik yang Allah beri.
Baik atau buruknya dia, tentu bersebab. Bukan saja-saja pemberian itu. Walaupun ada ketikanya kita rasa “kenapa aku stuck’ dengan dia ni?” ‘Ya Allah.. mana kau nak lari’ Tapi percayalah, ujian Allah itu sangat hebat untuk mereka yang dapat berfikir. Bukankah hidup kita ini memang satu UJIAN ALLAH? Andai jodoh itu sangat kuat anda akan percaya. Dialah cinta terbaik yang tuhan berikan untuk anda.
Tiga Hari Tempoh Bertenang
Kalau dalam mana-mana perundangan pun ada istilah tempoh bertenang. Dalam konsep merajuk dengan suami pun ada istilah yang sama. Suami pula jangan terlalu memaksa isteri untuk segera sembuh hatinya. Sebab apa, orang perempuan bila tengah panas. Siramlah dengan air terjun sekalipun. Dia takkan jadi sejuk.
Bagi masa untuk isteri fikir kembali apa yang patut, apa yang tidak. Isteri ini kadangkala lambat sedikit enjinnya. Nanti bila dia dah mula sibuk dengan anak-anak, kerja rumah bagai lupalah dia yang dia sedang merajuk dengan suaminya. Kadang tu bukanlah lupa sepenuhnya. Tapi isteri yang baik takkan memanjangkan cerita.

IKut Kata Ustaz, Bila Isteri Merajuk Apa Cara Terbaik Memujuk
Kalaulah dah habis cara memujuk, isteri tak juga mahu hilang merajuk. Jangan putus asa. Sebabnya ada 1001 cara nak memujuk isteri yang merajuk ini. Ikut panduan yang dikongsikan oleh ustaz untuk mendamaikan hati pasangan yang sedang makan hati.
Ustaz Kazim Elias
Gunakan Kuasa Pujukan Anak-anak
Ustaz Azhar Idrus
Kalau Dah Habis Cara Sangat… Beri Saja ‘Pitih’
Dah fahamkan, merajuk tu boleh tapi kenapa tak boleh lebih 3 hari? Haa.. buat suami, kalau isteri dah muncung sedepa tu cepat-cepatlah pujuk. Bagi tenang sikit emosi sensitifnya itu.
Video : Youtube
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI