Ibu ini, Nur Nina sedang menunggu hari untuk melahirkan anak keenam. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dilaksanakan, kali ini dia terpaksa ke hospital sendirian dan melahirkan anak bongsunya itu tanpa ditemani suami di sisi.
Suaminya yang bertugas sebagai jurutera berada di Sarawak dan tak dapat merentas negeri ke Semenanjung. Sebelum melalui hari penuh debaran itu, ibu ini merakam momen indah di hadapan rumah mereka bersama 5 orang anak-anaknya.
Kongsi ibu,
“Saya ibu anak 5 bakal lahir anak nombor 6 tak lama lagi.
Tengah tunggu hari.. sekarang pun dah sakit-sakit contraction. So kena standby bila-bila masa boleh bersalin.
Hasil saya photoshoot sendiri depan rumah dengan anak-anak.
Photography terjun je, save bajet.
Sebelum saya deliveru ajak anak-anak pakai sedondon.
Tahun ni paling sedih.
Sebab suami tak dapat balik (kami PJJ) suami di Sarawak, saya kat Seremban. Sekarang pulak dah PKPB dan PKP kan.
Jadi famili saya pun jauh kat Kedah. Tak boleh nak datang.
Duduk dengan anak-anak jelah kat Seremban ni.
Sedara mara pun tak ada.
Jadi bersalin pun kena pi sendiri kat hospital.
Anak saya yang sulung 13 tahun dan nombor dua, 11 tahun.
Nanti mereka la yang jaga adik-adik kalau saya admit wad.
No. 3 – 7 tahun
No. 4 – 5 tahun dan no. 5 – tahun
Mom to be no. 6.”
Ketika MW menghubungi ibu ini, akuinya termasuk kelahiran kali ini sudah tiga kali dia PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan suaminya. Cuma bezanya sebelum ini, suami dan dia PJJ di Semenanjung saja.
“Start anak no. 4 saya PJJ dengan suami kat Sarawak sampailah sekarang. Kali ini memang kena semua sendiri. Kalau tak, mak saya akan datang dalam seminggu.”
Kongsi ibu lagi, dalam pantang kali ini anak-anak lah yang akan membantu. “Boleh kata melipat baju, membasuh, kemas rumah.. memang saya minta anak-anak lah bantu.
Saya kena jadi kuat kerana suami tak selalu ada. Lagipun saya dah biasa. Kuat dari segi mental, emosi dan hati. Sebab kita lah mak.. kitalah bapak untuk anak-anak. Alhamdulillah.. suami banyak bagi support dari jauh.
Kadang-kadang menangis juga sebab terlalu penat jaga anak-anak sendiri. Saya pula tengah tunggu hari nak bersalin.. suami tak dapat balik sebab Covid-19.”
Baru ini antara 28hb hingga 31hb Disember 2020 ibu ini diwadkan di hospital. “Memang anak-anak saya tinggal kat rumah. Minta anak sulung dan anak kedua jaga adik-adik. Setiap hari saya call, mesej tanya. Susah hati kalau kena duduk di wad banyak hari. Jadi saya minta jiran tengok-tengokkan anak-anak dan temankan tidur malam.”
Agar anak-anak faham tugasan masing-masing, ibu ini jelaskan tanggungjawab yang anak-anak perlu pikul.
“Biasa saya akan panggil anak-anak semua. Kitaorang akan cakap.. sembang sama-sama. Time ni memang saya akan menangis.
Cuma saya selalu cakap, kena tolong mama. Sebab mama sorang-sorang kat sini. Kalau sakit demam takda orang yang akan bantu.
Abang dan kakak kena tengokkan adik-adik kalau mama sakit. Kebanyakan hal anak saya sulung lelaki yang banyak bantu dan faham saya.” Luah ibu ini yang mohon agar mendoakan dirinya kuat.
MW : Sungguhlah.. bukan semua isteri mampu melalui ujian PJJ dengan suami dan melakukan urusan sendirian. Mereka yang perlu berjauhan dari suami semoga diberikan kemudahan dalam urusan harian kalian.
Sumber/Foto : Nur Nina
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita