Kerana Layang-Layang Gergasi, Kanak-Kanak Diterbangkan Berbelas Meter Dari Tanah

Share

Siapa sangka, dalam keseronokan bermain atas tanah lapang sekumpulan kanak-kanak berdepan situasi panik apabila salah seorang daripada mereka “terbang”.

Dikatakan anak-anak ini sedang bermain, kerana layang-layang gergasi, kanak-kanak diterbangkan berbelas meter dari tanah.

Bermain Layang-layang Gergasi

Akibat bermain dengan layang-layang gergasi, seorang kanak-kanak di Sumatera, Indonesia patah tulang tangan selepas diterbangkan alat permainan itu.

Dalam kejadian tengah hari 1 Disember lalu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu diterbangkan layang-layang ketika bermain di padang sekolah berdekatan wilayah Pringsewu, Lampung.

Menurut Ketua daerah Ambarawa, kanak-kanak itu tersangkut pada tali layang-layang itu sebelum diterbangkan berbelas meter dari tanah.

Baca Juga Di sini:

Bila Ada Anak Perempuan, Waktu Dia Kecillah Kita Bagi Bermain Sepuasnya

Doktor Jelaskan Perlu Atau Elak Bawa Anak Bermain Di Kolam Bola

Kanak-Kanak Diterbangkan Berbelas Meter Dari Tanah

Abang sulungnya, Acil, 28, berkata, sebelum kejadian, layang-layang itu diterbangkan seorang adiknya yang lain manakala mangsa memegang talinya.
“Dia memegang terus tali layang-layang itu menyebabkan insiden itu berlaku,”

katanya dalam portal Coconuts.co.

Katanya, dia menemani adik-beradiknya itu ke padang berkenaan namun hanya menunggu dalam kenderaan.

Jatuh Atas Tanah Lepas Terbang

Agensi Perlindungan Kanak-kanak (LPA) Pringsewu mengesahkan mangsa mengalami enam keretakan di kedua-dua tangannya.

Ia selepas kanak-kanak itu terjatuh ke atas tanah dan kini dilaporkan semakin sembuh selepas menjalani dua prosedur pembedahan.

Susulan kejadian itu, LPA memberi amaran kanak-kanak harus bermain layang-layang yang sesuai dengan saiz badan mereka

Menurut agensi berkenaan, kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku.

Sebelum ini, remaja berusia 14 tahun di wilayah Bantul, Yogyakarta turut diterbangkan layang-layang setinggi 3.35 meter dari tanah, mengakibatkan pahanya patah.

MW: Mak, ayah sebaiknya memantau anak-anak yang bermain, bimbang sekiranya kejadian sebigini berlaku tanpa kita sedar. Maklumlah anak-anak hanya tahu mengejar keseronokan tanpa memikirkan kesan ke atas diri mereka.

Sumber: myMetro

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nur Syazwani Mehat