Walaupun berbeza agama dan bangsa, ianya tak membataskan hubungan Linda dengan ayah dan ibu angkatnya sejak enam bulan lalu. ‘Jangan ambil ‘ayah’ saya,’ pintanya.
Berjumpa tanpa sengaja atas urusan jual beli peti ais dan akhirnya membuatkan hubungan mereka bertambah rapat. Malah kerana kasihan, Linda telah jadikan pasangan ini sebagai keluarga angkat.
Jadi orang lain boleh bantu tapi jangan ambil ayah dan ibu kerana Linda melayan mereka berdua ibarat keluarga sendiri.
Boleh Bantu, Jangan Ambil Ayah
“Saya hargai beberapa pihak yang datang membantu tetapi saya minta mereka jangan ambil ‘ayah’ saya,” kata Linda@G Kasturi, 40, ketika ditemui di rumahnya di Taman Sungai Ujung, Rasah, Negeri Sembilan.
Menurut Linda, dia menjaga sepasang suami isteri Melayu, Mohd Fakrulzaman Abd Malek, 44, dan isterinya, Rohayati Salleh, 46, sejak enam bulan lalu kerana mereka tiada tempat kediaman ketika itu.
Katanya, mereka berjumpa selepas Fakrulzaman yang dipanggil ‘ayah’ dan Rohayati dipanggil ‘ibu’ mahu menjual sebuah peti ais kepadanya dan ketika itu Fakrulzaman dalam keadaan sakit angin ahmar.
“Mereka sudah menjual hampir semua perabot rumah dan kenderaan kerana tidak lagi mampu bekerja selepas perniagaan (katering) mereka tidak dapat berjalan selepas hampir setahun ‘ayah’ diserang angin ahmar.
“Saya yang kasihan dengan nasib mereka, terus membawa pulang ke rumah dan menjadikan mereka keluarga angkat.
“Baru pagi tadi (semalam) saya didatangi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal yang meminta ‘ayah’ isi borang,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan mangsa banjir daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (Perkasih N9) di rumahnya semalam.
Jangan Bimbang, Dijaga Seperti Keluarga
Katanya, pihak berkenaan jangan bimbang kerana keluarganya tetap melayan Fakrulzaman dan isterinya seperti keluarga sendiri walaupun mereka keturunan India.
Ads
“Suami, R Kharthien, 30, dan dua anak perempuan, K Sadhana,1, dan K Launia, 11, menerima ‘ayah’ saya dengan baik termasuk ibu saya turut tinggal bersama kami sekeluarga.
“Anak bongsu saya, Sandhana amat manja dengan ‘ayah’, mereka bergurau, bermain dan kerap tidur di bilik ‘ayah’.
“Mereka boleh bagi bantuan kepada ‘ayah’ tetapi saya rayu jangan ambil mereka kerana saya sudah anggap mereka keluarga saya biarpun kami berlainan agama dan bangsa,” katanya.
Menjual Harta Benda Untuk Teruskan Hidup
Sementara itu, Fakrulzaman berkata, dia ditimpa penyakit angin ahmar sejak setahun lalu dan tidak lagi mampu bekerja.
“Habis semua harta benda saya jual bagi meneruskan kelangsungan hidup kami suami isteri sebelum bertemu dengan Linda yang ketika itu membeli peti ais daripada saya.
“Bukan peti ais saja dia bawa balik, dengan saya sendiri dia bawa pulang kerana simpati dengan nasib saya yang tidak berumah dan tidur di merata tempat,” katanya.
Ads
Katanya, keluarga Linda menjaga dia dengan baik dan tidak menghalang dia dan isterinya solat di dalam biliknya.
“Banjir besar seminggu lalu menenggelamkan hampir semua perabot dan peralatan di dalam rumah habis semua pakaian rosak termasuk telekung milik isteri.
“Isteri saya solat menggunakan kain sari yang diberikan Linda. Dia sangat baik menjaga saya, tak tahulah macam mana saya nak balas budi baik keluarga ini,” katanya.
Mahu Kembali Berniaga Setelah Pulih
Sementara itu, Pengerusi Perkasih N9, Norfadilah Mansor berkata, Fakrulzaman ada memberitahu mahu kembali berniaga dengan menggunakan motosikal roda tiga jika sudah pulih sepenuhnya dari penyakit itu.
“Ini satu kelainan dan menunjukkan mereka walaupun berlainan bangsa, budaya dan agama tetapi mampu duduk dalam satu rumah atas rasa tanggungjawab sesama manusia.
“Mungkin jika ada mana-mana pihak yang boleh menyumbang dana atau sebuah motosikal roda tiga untuk kegunaan Fakrulzaman bagi memulakan perniagaan bolehlah menghubunginya di talian 012-9805312 (Norfadilah),” katanya.
MW: Bagi yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Puan Norfadilah. Kisah ini dapat dijadikan inspirasi buat kita semua. Walaupun berbeza agama dan bangsa, mereka tetap menghormati satu sama lain dan mampu tinggal sebumbung seperti sebuah keluarga.
Seperti diketahui umum, sebelum ini Nad punyai masalah paru-paru berdarah hingga dia dimasukkan di ICU.
Selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor Nad kembali pulih.
Baharu Pulih Sakit, Nad Zainal Selamat Menikahi Ungku Ismail
Syukur kini pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail sudah bergelar suami isteri.
Sebelum ini Nad mula menjalinkan hubungan rapat dengan Ungku Ismail selepas sama-sama terlibat menerusi drama Cina Buta, kemudian berlanjutan sebagai rakan kongsi menjayakan program berbentuk travelog dalam saluran YouTube milik pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.
Terbaru menerusi akaun Instagram Nad Zainal memuat naik beberapa keping foto.
Malah turut sama dimuatkan sekeping gambar dahinya dicium Ungku selepas disatukan dalam sebuah majlis pernikahan.
“Alhamdulillah,” tulis Nad ringkas.
Pemilik atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin itu turut berkongsi jumlah mas kahwin yang diterimanya iaitu sebanyak RM1,000 berserta gelang tangan emas daripada pengantin lelaki.
Turut ditulis, tarikh kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.
“Kami sanggup jual buah pinggang.” Supaya dapat membeli makanan untuk anak-anak yang kelaparan.
Ternyata begitu sekali pengorbanan yang dilakukan mak ayah di Afganistan demi meneruskan kelangsungan hidup. Mereka sanggup memperjudikan nyawa sendiri demi keluarga.
Kami Sanggup Jual Buah Pinggang
Krisis kemanusiaan yang berpanjangan di Afghanistan menyebabkan penduduknya mengalami pelbagai masalah sejak Taliban merampas kuasa terutamanya isu kelaparan, lapor laman berita Wion News kelmarin.
Menurut laporan, beberapa penduduk di wilayah Herat terpaksa menjual buah pinggang mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan buat keluarga mereka.
Penduduk di daerah Injil dilaporkan menjual buah pinggang mereka di pasaran gelap demi sedikit wang bagi mengatasi kelaparan yang dialami, demikian menurut laporan agensi berita TOLO News.
Supaya Dapat Membeli Makanan
“Kami menjual buah pinggang sekiranya ada yang sanggup membelinya supaya dapat membeli makanan untuk anak-anak kami,’’ jelas seorang penduduk setempat.
Kanak-kanak dan wanita turut dilaporkan bertindak menjual buah pinggang mereka.
Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan lain demi kelangsungan hidup walaupun tindakan menjual organ adalah dilarang menurut undang-undang negara itu.
Untuk Anak-Anak
“Kami gembira keadaan keselamatan adalah baik tetapi harga agak tinggi di negara ini,’’ jelas seorang penduduk lain kepada TOLO News.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Luar Britain, Liz Trus mengulas mengenai perkara tersebut dan berkata bahawa ia sangat membimbangkan.
“Kami sedang bekerja keras untuk membawa penduduk keluar dari Afghanistan dengan menggunakan pelbagai laluan. Kami turut menjalankan bantuan kemanusiaan tambahan ke Afghanistan,’’ jelas beliau. – Agensi
Pelakon popular Nora Danish menerusi hantaran di akaun Instagramnya telah memaklumkan dirinya disahkan positif virus Covid-19.
Nora memberitahu dia pada awalnya menjalani ujian calitan selepas menjadi kontak rapat dalam kategori C (kontak rapat kepada individu yang menjadi kontak rapat individu positif Covid-19).
Nora Danish Positif Covid-19, Tiada Sebarang Gejala
Ibu kepada dua orang anak ini juga memaklumkan dia berasa dukacita dengan perkhabaran tersebut dan kini sedang kuarantin kendiri di dalam bilik.
“Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positive Covid-19 harini 9 Mei 2021.
“Semalam, Nora ada buat test sebab close contact kategori C.
“Keputusan pagi tadi mendapati Nora positive walaupun langsung tak ade sebarang symptoms. Sekarang Nora self-quarantine di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan PCR test jam 12 tghri tadi dan doakan untuk kami semua ye,” tulis Nora.
Sepatutnya Terima Suntikan Vaksin Pertama
Tambah pelakon ini lagi dia juga sepatutnya menerima suntikan vaksin dos pertama di UKM, Bangi, namun terpaksa menangguhkan perancangan itu terlebih dahulu.
“Nora dinasihatkan untuk kuarantin dahulu. Insya-Allah pasti ada hikmah atas apa yang terjadi.
“Bagi sesiapa yang ada jumpa Nora antara 4hb – 8hb Mei, tolong buat swab test ya. Jaga diri dan jaga SOP. Maafkan saya,” sambungnya.
Syukur Anak-Anak, Suami Negatif
Menerusi entri terbaru, Nora memberitahu anak-anak dan suaminya tidak dijangkiti Covid-19.
“Alhamdullilah, syukur ya Allah kerana melindungi anak anak ku, dan suami ku Ya Rahman Ya Rahim.
“Keputusan Covid-19 suami saya Mohamed Nedim & anak anak saya Putra Rayqal & Mohamed Neqayl adalah negative. Terima kasih pada mereka yg mendoakan,” ujar Nora.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...