Kerana Kanser Payudara, Rezeki Guru Langsir Ini Makin Murah, Pelajarnya Saja Satu Malaysia

Share

Kanser survivor, Maria Binti Fathil tak jadikan kanser payudara yang dialami sejak tahun 2015 sebagai halangan untuknya berhenti dari kecintaannya dalam bidang ‘jahit langsir’. Selama 21 tahun, Guru Langsir ini menjadikan jahitan langsir sebagai sumber rezekinya.

Apabila diuji tuhan dengan penyakit yang paling wanita takuti, Maria tidak mengalah. Cerita yang dikongsikan kepada Mingguan Wanita ini seharusnya menyuntik semangat juang yang tinggi untuk mak-mak yang ketika ini juga sedang diuji.

Tanpa Kelas Formal, Saya Teruskan Kerjaya Tukang Jahit Langsir

Saya merupakan bekas tukang jahit langsir. Terkini, guru langsir dan juga merupakan bekas pesakit kanser (breast cancer). Telah 21 tahun berkecimpung dalam dunia jahitan langsir bermula tahun 1997.

Maria memulakan perniagaan jahitan langsir dengan menjahit langsir-langsir jiran sehingga terus maju dan dikenali.

Tidak pernah langsung mengikuti kelas langsir secara formal. Hanya ilmu asas langsir yang diperoleh dari tailor yang menjahit langsir kahwin saya.

Di situlah bermulanya kerjaya saya sebagai tukang jahit langsir.”

Dengan gigih mengutip pengalaman. Berusaha sendiri tanpa mengira penat lelah. Pastinya dugaan juga datang dan pergi. Tetap ujian itu ditempuhi penuh sabar.

Kemahiran saya pandai melukis sejak di bangku sekolah rendah lagi. Rupanya itu membawa tuah dalam dunia langsir ini.”

Saya dapat memenuhi kehendak pelanggan, melukis design palmet yang mereka gemari. Kemahiran melukis yang ada ditambah dengan pengalaman berharga sepanjang bergelumang dalam bidang ini, membuatkan saya beralih daripada seorang tukang jahit kepada Guru Langsir.”

 

Dari Rumah Ke Kedai & Disahkan Kanser Payudara

Dari seorang tukang jahit biasa yang kemudiannya menjadi Guru Langsir, Maria cuma menjalankan operasinya di rumah saja. Letaknya di Kampung Makan, Kota Tinggi, Johor. Sebuah bandar bersejarah.

Walaupun hanya beroperasi dari rumah, saya didatangi pelajar dari seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar saya datangnya dari Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Penang, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.”

Sambutan luar biasa yang sangat-sangat saya syukuri.” Tuturnya yang dikenali sebagai D’Aya Curtains di kalangan para peminat langsir di seluruh tanah air.

Di samping menjalankan kelas dari rumah, saya juga membuat kelas bergerak di seluruh Malaysia. Setakat ini, kelas anjuran saya sendiri untuk luar Johor sentiasa mendapat sambutan.”

Awal tahun 2015, Maria yang beroperasi dari rumah berpindah pula ke kedai. “Kali pertama dalam hidup merasa berkedai walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang ini

.”

Kegembiraannya tidak lama, apabila tahun 2015, Maria disahkan kanser payudara. “Saya diselubungi kesedihan yang amat sangat. Saya merasa down sesangat. Dan merasakan yang hidup saya sudah tidak lama lagi.

Sebaik jalani pembedahan membuang sebelah payudara pada 5 Oktober 2015, Alhamdulillah saya merasakan ketenangan yang luar biasa.

Semuanya berkat doa, sokongan suami tercinta Mohd Jafri Sumadi, keluarga, anak-anak dan juga sahabat handai. Saya sepatutnya jalani rawatan kimoterapi (kimo) pada bulan November 2015. Tapi saya minta doktor tangguhkan rawatan pada bulan Januari 2016.

Sebabnya pada bulan Disember 2015, saya ada kelas langsir bergerak luar Johor di Selangor, Perak dan Penang. Yang mana perancangan ini saya buat sebelum saya disahkan kanser.”

Alhamdulillah, doktor bersetuju dengan permintaan saya. Dan saya akhirnya jalani rawatan kimo pada bulan Januari 2016. Sesuatu yang sangat-sangat saya syukuri sewaktu dalam rawatan kimo, kelas saya berjalan seperti biasa.

 

Walau Dalam Kimo Rezeki Guru Langsir Sentiasa Mencurah-curah

Rawatan kimoterapi yang dilalui Maria sebanyak 6 cycle bagi setiap 3 minggu. Yang mana untuk minggu pertama dan kedua, dia alami rasa sakit kesan dari ubat kimo.

Saya mengajar pada minggi ke-3 setiap lepas kimo. Walau dalam kimo rezeki sentiasa mencurah-curah. Walau bagaimana pun saya hanya mengambil pelahar dari Johor sahaja.”

Waktu ini pelajar luar Johor saya tak berani ambil memandangkan kesihatan saya yang ta stabil. Apa pun kelas-kelas yang berlangsung dalam kimo semuanya berjalan dengan lancar dan baik

.

Sebaik sahaja disahkan kanser kerja saya sebagai tukang jahit saya tamatkan terus. Tumpuannya hanya pada kelas saja.”

Sebaik saja selesai rawatan kimo, Maria jalani pula rawatan radioterapi sebanyak 15 kali. Beliau percaya, apa pun yang berlaku dalam perjalanan hidupnya, istilah menyesal itu tak pernah terdetik dalam diri.

Saya meyakini setiap perancangan dari Allah. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Selagi dikurniakan kesihatan, selagi hayat dikandung badan akan saya teruskan perjuangan dalam bidang langsir. Berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini. Moga ianya memberi manfaat pada orang di luar sana.”

Akhiri Maria yang juga Guru Langsir dalam nota pendek yang dikirimkan kepada Mingguan Wanita

Sumber/Foto : Sifu Aya Maria Fathil

Published by
Netty Ah Hiyer