Dek kerana hilang kerja, lelaki ini terpaksa jadikan kereta sebagai “rumah” sejak tahun lepas lagi.
Sudah berbulan lamanya dia hanya tidur dalam kereta, kemudian menumpang mandi di pasar raya dan hospital berdekatan. Ternyata Covod-19 sangat menguji.
Lelaki Ini Terpaksa Jadikan Kereta Sebagai “Rumah”
Ketika orang lain menjalani tempoh pandemik Covid-19 di rumah, lain pula kisahnya dengan Muhammad Aizat Mohd Zaini, 26, yang tinggal dalam kereta dekat parkir sebuah hospital di Seksyen 7 di sini, sejak November tahun lalu selepas kehilangan kerja.
Dia bermalam dan berteduh daripada hujan mahupun panas dalam kenderaan itu, manakala pasar raya serta hospital berdekatan pula menjadi tempatnya menumpang mandi.
Berat ujian ditanggung Muhammad Aizat kerana ada ketikanya, dia juga tidak berpeluang menjamah makanan selama tiga hari.
Jika ada wang sekalipun hanya digunakan untuk membeli roti berharga 90 sen sebungkus dan minuman isian semula bagi mengalas perut serta menghilangkan dahaga.
Kerana Hilang Kerja
Pemuda berasal dari Pantai Cahaya Bulan, Kelantan itu berkata, dia mengalami nasib seperti itu selepas diberhentikan kerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan pada November tahun lalu dan kesempitan hidup menyebabkannya tidak mampu menyewa tempat tinggal.
“Saya nekad tinggal di dalam kereta ini selepas duit simpanan habis dan tidak mampu lagi untuk menyewa bilik atau rumah.
“Bukan tidak mahu pulang ke kampung halaman tetapi niat saya berhijrah ke sini adalah untuk mencari rezeki untuk bantu emak dan ayah, saya enggan pulang ke sana (kampung) seterusnya jadi beban buat mereka yang masih menanggung persekolahan adik bongsu berusia lapan tahun.
“Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan sehingga kini dan tidak pernah dihalau atau diganggu oleh sesiapa sepanjang tinggal dalam kereta di parkir hospital ini,” katanya.
Berhijrah Sejak 8 Tahun Lalu
Bercerita lanjut, Muhammad Aizat berkata, dia berhijrah ke Shah Alam kira-kira lapan tahun lalu dengan niat mahu mencari rezeki selepas menerima keputusan kurang memuaskan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
“Bulan ketiga berada di Shah Alam, saya diterima bekerja di sebuah restoran makanan segera di Seksyen 7 dan bernasib baik kerana majikan menyediakan asrama cuma pendapatan sebagai pekerja sambilan hanya RM400, tidak cukup untuk menampung kos sara hidup.
“Lagipun, ada adik masih bersekolah dan niat saya merantau adalah untuk bantu keluarga di kampung dan saya terpaksa berhenti untuk cari kerja lebih baik,” katanya.
Bertukar-tukar Kerja
Muhammad Aizat berkata, dengan pertolongan rakan, dia diterima bekerja sebagai juruwang di sebuah pusat beli-belah dan sebahagian pendapatan bulanan yang diterima digunakan untuk menyewa bilik serta dikirimkan kepada keluarga di kampung.
Menurutnya, dua tahun dia bekerja di situ sebelum berhenti kerana diajak seorang rakan untuk bekerja di sebuah syarikat pakaian Muslimah.
Baca Juga Di Sini:
Pernah Berjanji Sehidup Semati, Selepas DiJangkiti Covid-19, Allah Jemput Ibu Ayah Selang 24Jam
Tidak Mampu Menyewa, Tujuh Beranak Terpaksa Berhimpit Tidur Dalam Kereta
Katanya, dia ditawarkan status kerja tetap dan baginya ia satu peluang yang tidak boleh dilepaskan memandangkan sudah dua tahun dia bekerja secara sambilan sebagai juruwang.
“Pada awalnya tiada masalah dan saya sempat dinaikkan pangkat menjadi ketua pasukan pemasaran tetapi kemudiannya syarikat ambil keputusan untuk hentikan perniagaan kerana jualan merosot.
“Saya dan pekerja lain diberhentikan pada November 2019 dengan diberi notis sebulan. Buntu juga ketika itu memikirkan nasib diri kerana sudah ada komitmen bulanan untuk kereta yang dibeli dua bulan sebelum itu, jadi saya ambil saja peluang kerja yang ada iaitu sebagai tukang cuci kereta demi kelangsungan hidup,” katanya.
Pelaksanaan PKP
Muhammad Aizat berkata, dia sempat bekerja di situ selama dua bulan sebelum menjadi pembantu di kedai makan dan terakhir tukang cuci dengan sebuah syarikat pembersihan.
“Kerja sebagai tukang cuci itu memerlukan saya ke rumah pelanggan dan mulanya tiada masalah walaupun pendapatan bulanan hanya RM1,100.
“Namun larangan merentas daerah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan syarikat terkesan lalu memberhentikan saya pada November tahun lalu.
“Sejak itu saya menganggur dan baru sebulan mengambil upah menjual mangga asam boi, namun pendapatannya tidak menentu kerana bergantung kepada bilangan bekas terjual, ada masanya hanya dapat RM15 ke RM20 sehari,” katanya.
Enggan Menyusahkan Sesiapa
Sepanjang tinggal dalam kereta, Muhammad Aizat berkata, dia sebolehnya enggan menyusahkan sesiapa tetapi ada juga dalam kalangan pelawat hospital tahu keadaannya kerana sering melihat kereta dan kelibatnya di parkir.
Katanya, perkongsian mengenai masalahnya di aplikasi ‘Kita Jaga’ juga baru dimuat naik pada pagi Khamis lalu dan dia tidak sangka ia akan tular di Twitter.
“Saya baru tahu adanya aplikasi itu dan lihat ada yang kongsikan masalah mereka jadi saya sekadar cuba ceritakan secara ringkas kisah saya pada pagi Khamis lalu.
“Pada malamnya, ramai yang mula hubungi dan terharu dengan nasib saya, malah ada yang bersungguh-sunguh mahu membantu termasuk mencarikan kerja dan tempat tinggal.
“Jualan asam boi juga semakin laris dan saya bersyukur cuma risau memandangkan keluarga tidak tahu saya tinggal dalam kereta serta berasa bersalah untuk mengambil sumbangan kerana tahu ramai lagi di luar sana lebih susah hingga ada yang tinggal bawah jambatan.
“Sedangkan, saya masih muda dan ada kudrat jadi selagi terdaya, saya akan usaha mencari rezeki. Terima kasih juga kepada semua yang membantu, hanya Allah dapat membalasnya,” katanya.
Mingguan Wanita : Sesungguhnya ramai yang terkesan sejak pandemic Covid-19, ini yang tahu… Malah lebih ramai yang susah dan perlukan bantuan.
Sumber : myMetro
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial