Kerana Habiskan Makanan, Bapa Lapar Tergamak Simbah Anak 8 Tahun Dengan Air Panas

Share

Tergamaknya seorang bapa menyimbah anak perempuan seusia 8 tahun dengan air panas. Hanya kerana anak itu menghabiskan makanan yang disediakan isteri untuknya.

Kisahnya, bapa ini, 41 yang bekerja sebagai ejen jualan kad prabayar di sebuah pasaraya di Bayan Baru, pulang ke rumah. Dari tempat kerja dan dalam keadaan lapar.

Bila sampai saja rumah, dia dapati makanan yang disediakan isteri telah dihabiskan. Dalam keadaan marah, dia pun mengejutkan keempat-empat anaknya antara usia tiga ke sembilan tahun yang sedang tidur dan memukul mereka.

Tak cukup dengan memarahi dan memukul anak-anak, bapa tadi menyimbah pula semangkuk air panas dari mesin penapis air minuman ke arah anak perempuannya.

Anak itu yang baru berusia 8 tahun, melecur hingga tiga peratus di lengan, rusuk dan dada kanan.

Tak boleh bayang macam mana keadaan anak kecilnya itu. Kejadian itu dikatakan berlaku di Flat Kampung Melayu, Air Itam, George Town, Pulau Pinang.

Polis Minta Bapa Simbah Air Panas Serah Diri

Kira-kira 1 pagi itulah anak perempuannya terpaksa menanggung kesakitan bahang air panas. Waktu kejadian itu, ibunya ada tak pula menghalang.

Malah turut serta memarahi mangsa yang merupakan anak tunggal mereka.

Selepas tragedi pilu itu, bapa lapar itu dan isterinya, 38 melarikan diri dengan anak bongsu mereka. Dan terkini pihak polis minta suspek itu tampil serah diri.

Sekarang ini, anak sulung dan anak ketiga mereka dijaga neneknya yang juga ibu kepada isteri bapa lapar tadi. Nenek itu tinggal bersama-sama pasangan ini di rumah flat berkenaan.

Kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang, kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Ini Cara Kawal Marah

Meruntun hati bila baca kisah tragis ini. Sebab itulah rasulullah SAW pesan, ketika kita marah itu dalam keadaan berdiri, maka duduklah. Kalau duduk pun tak boleh hilangkan rasa marah, baringlah.

Katakan dah ubah posisi itu tapi masih juga rasa nak marah, maka ambillah air wuduk. Dan minumlah air agar dapat redakan rasa marah itu.

Perasaan marah itu sebenarnya datang dari bisikan syaitan, jangan sampai kita terpedaya dengan hasutan yang akan memudaratkan diri sendiri.

Bila nak masuk dalam rumah pun bacalah bismillah dan beri salam, agar makhluk halus yang sengaja nak membisikkan kejahatan dalam diri kita tak ikut serta.

Sumber : Sinar Harian, Mstar

Published by
Netty Ah Hiyer