Setiap ibu bapa mengharapkan anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari mampu menjadi insan yang berjaya. Dimanja dan dibelai dengan penuh kasih sayang.
Sesetengah ibu bapa meletakkan harapan yang terlalu sehinggakan anak-anak tidak mampu mengikut kemahuan ibu bapa. Akhirnya, timbul kata-kata kasar oleh anak atau melawan yang boleh jatuh hukum ‘berdosa’ kerana derhaka pada ibu bapa.
Semua ini kerana ibu terlalu mengongkong anak-anak. Apa ibu bapa merasakan apa yang dilakukan oleh anak tidak betul dan segala kehendak ibu bapa harus diikuti dan tidak boleh melawan. Sebab itulah, ada ibu bapa sanggup menakutkan anak-anak dengan mempergunakan ‘tidak masuk syurga’ hanya kerana anak-anak tidak mengikut kehendaknya.
Tidak dinafikan, ibu bapa yang terlalu mengongkong dan memperbesarkan perkara kecil membuat kan anak-anak rasa tersekat. Malah, dengan cara ini belum tentu anak yang dididiknya itu mampu menjadi anak yang berjaya atau sebaliknya. Tepuk dada tanya selera.
Ikuti kupasan lebih lanjut Kerana Ibu Ku turutkan dalam Mingguan Wanita Talkshow esok bersama hos, Siti Elizad dan Amin Idris serta tetamu jemputan, Ustazah Asni, Mark Adam, Elfira Loy dan ibunya, Puan Filzah.
#mingguanwanitatalkshow
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
#AstroPrima105
#AstroPrimahd121
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI