Angka kes pesakit yang terus bertambah sejak hari pertama virus Covid-19 melanda negara, malah naik mendadak memberi kebimbangan kepada sesiapa pun.
Namun, di sebalik kebimbangan itu, pernahkah cuba menyelami apa yang sedang dilalui oleh barisan hadapan yang berdepan secara terus dengan wabal Covid-19 ini. Mereka terdiri daripada para doktor, jururawat mahupun petugas kesihatan.
Kata pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun, mereka ini; doktor, nurse dan petugas kesihatan sedang berada di jalan jihad. Dan rakyat Malaysia, jangan lupa untuk mendoakan mereka. Agar diberikan perlindungan, ketenangan dan kesabaran yang tinggi.
Baca sini : Allah ciptakan virus Covid-19 sebagai peringatan, hanya taubat jadi penawar virus.
COVID-19, DOKTOR, NURSE & PETUGAS KESIHATAN, Kalian sedang di jalan JIHAD.
Allahu Akbar,
Saya hubungi beberapa orang Doktor perempuan yang boleh bercakap tentang isu COVID-19, untuk buat live session bagi tingkatkan kesedaran masyarakat dan menyebarkan maklumat yang sahih.
Jawapan Doktor : “Mohon maaf ustazah.. Kita cuba waktu yang terdekat ya, namun saat ini kami terlalu sibuk, untuk ke tandas pun kami tak cukup masa, doakan kami.”
Saya fikir, jika ke tandas pun mereka cuba skip, bagaimana waktu makan minum dan rehat. Moga keluarga dan orang sekeliling juga memahami, adik saya juga seorang Doktor.
Peningkatan mendadak pesakit begitu tinggi, ramai yang panik apabila mengalami demam, batuk, selsema, sesak nafas dan lain-lain. Pesakit tertekan selagi tidak tahu status kesihatannya, namun lagi tinggi tekanan yang dihadapi oleh pihak hospital.
Allahu Allah.. para Doktor, Nurse, Petugas kesihatan dan semua yang terlibat secara langsung, anda adalah pejuang yang sedang melalui jalan JIHAD menyelamatkan nyawa manusia. Buat saat ini kerja kalian yang telah sedia berat bertambah berkali ganda. Hanya Allah SWT sebaik-baik memberikan ganjaran, kami semua mengharapkan SyurgaMu ya Allah.
Sahabat sekalian, sempena Jumaat yang Barakah, berdoalah buat mereka, semoga Allah berikan kekuatan, perlindungan, keselamatan, ketenangan dan kesabaran yang tertinggi. Solat, al Quran, doa dan Zikrullah adalah medium pertolongan Allah SWT
.#UAHSahabatDuniaAkhirat
#BersamaMembendungWabakCovid19
MW : Tentunya tak mudah bagi petugas barisan hadapan kesihatan ini. Sedihnya, waktu luang bersama keluarga, anak, isteri pun entah-entah tiada.. kerana sibuknya bekerja demi negara. Jadi, marilah sama-sama mendoakan mereka sebagaimana yang disarankan ustazah.
Baca sini :Bukan kes Sporadic Covid-19, sebenarnya pesakit pernah sertai ijtimak tabligh
Sumber/Foto : Asma’ Binti Harun