Angka kes pesakit yang terus bertambah sejak hari pertama virus Covid-19 melanda negara, malah naik mendadak memberi kebimbangan kepada sesiapa pun.
Namun, di sebalik kebimbangan itu, pernahkah cuba menyelami apa yang sedang dilalui oleh barisan hadapan yang berdepan secara terus dengan wabal Covid-19 ini. Mereka terdiri daripada para doktor, jururawat mahupun petugas kesihatan.
Kata pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun, mereka ini; doktor, nurse dan petugas kesihatan sedang berada di jalan jihad. Dan rakyat Malaysia, jangan lupa untuk mendoakan mereka. Agar diberikan perlindungan, ketenangan dan kesabaran yang tinggi.
Realiti Doktor, Nurse Dan Petugas Kesihatan Tangani Covid-19
COVID-19, DOKTOR, NURSE & PETUGAS KESIHATAN, Kalian sedang di jalan JIHAD.
Allahu Akbar,
Saya hubungi beberapa orang Doktor perempuan yang boleh bercakap tentang isu COVID-19, untuk buat live session bagi tingkatkan kesedaran masyarakat dan menyebarkan maklumat yang sahih.
Jawapan Doktor : “Mohon maaf ustazah.. Kita cuba waktu yang terdekat ya, namun saat ini kami terlalu sibuk, untuk ke tandas pun kami tak cukup masa, doakan kami.”
Ads
Saya fikir, jika ke tandas pun mereka cuba skip, bagaimana waktu makan minum dan rehat. Moga keluarga dan orang sekeliling juga memahami, adik saya juga seorang Doktor.
Peningkatan mendadak pesakit begitu tinggi, ramai yang panik apabila mengalami demam, batuk, selsema, sesak nafas dan lain-lain. Pesakit tertekan selagi tidak tahu status kesihatannya, namun lagi tinggi tekanan yang dihadapi oleh pihak hospital.
Doakan Para Doktor, Nurse, Petugas Kesihatan Ini
Allahu Allah.. para Doktor, Nurse, Petugas kesihatan dan semua yang terlibat secara langsung, anda adalah pejuang yang sedang melalui jalan JIHAD menyelamatkan nyawa manusia. Buat saat ini kerja kalian yang telah sedia berat bertambah berkali ganda. Hanya Allah SWT sebaik-baik memberikan ganjaran, kami semua mengharapkan SyurgaMu ya Allah.
Sahabat sekalian, sempena Jumaat yang Barakah, berdoalah buat mereka, semoga Allah berikan kekuatan, perlindungan, keselamatan, ketenangan dan kesabaran yang tertinggi. Solat, al Quran, doa dan Zikrullah adalah medium pertolongan Allah SWT.
MW : Tentunya tak mudah bagi petugas barisan hadapan kesihatan ini. Sedihnya, waktu luang bersama keluarga, anak, isteri pun entah-entah tiada.. kerana sibuknya bekerja demi negara. Jadi, marilah sama-sama mendoakan mereka sebagaimana yang disarankan ustazah.
Siapa sangka, dalam keseronokan bermain atas tanah lapang sekumpulan kanak-kanak berdepan situasi panik apabila salah seorang daripada mereka “terbang”.
Dikatakan anak-anak ini sedang bermain, kerana layang-layang gergasi, kanak-kanak diterbangkan berbelas meter dari tanah.
Bermain Layang-layang Gergasi
Akibat bermain dengan layang-layang gergasi, seorang kanak-kanak di Sumatera, Indonesia patah tulang tangan selepas diterbangkan alat permainan itu.
Dalam kejadian tengah hari 1 Disember lalu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu diterbangkan layang-layang ketika bermain di padang sekolah berdekatan wilayah Pringsewu, Lampung.
Menurut Ketua daerah Ambarawa, kanak-kanak itu tersangkut pada tali layang-layang itu sebelum diterbangkan berbelas meter dari tanah.
Kanak-Kanak Diterbangkan Berbelas Meter Dari Tanah
Abang sulungnya, Acil, 28, berkata, sebelum kejadian, layang-layang itu diterbangkan seorang adiknya yang lain manakala mangsa memegang talinya. “Dia memegang terus tali layang-layang itu menyebabkan insiden itu berlaku,” katanya dalam portal Coconuts.co.
Katanya, dia menemani adik-beradiknya itu ke padang berkenaan namun hanya menunggu dalam kenderaan.
Jatuh Atas Tanah Lepas Terbang
Agensi Perlindungan Kanak-kanak (LPA) Pringsewu mengesahkan mangsa mengalami enam keretakan di kedua-dua tangannya.
Ia selepas kanak-kanak itu terjatuh ke atas tanah dan kini dilaporkan semakin sembuh selepas menjalani dua prosedur pembedahan.
Susulan kejadian itu, LPA memberi amaran kanak-kanak harus bermain layang-layang yang sesuai dengan saiz badan mereka
Menurut agensi berkenaan, kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku.
Sebelum ini, remaja berusia 14 tahun di wilayah Bantul, Yogyakarta turut diterbangkan layang-layang setinggi 3.35 meter dari tanah, mengakibatkan pahanya patah.
MW: Mak, ayah sebaiknya memantau anak-anak yang bermain, bimbang sekiranya kejadian sebigini berlaku tanpa kita sedar. Maklumlah anak-anak hanya tahu mengejar keseronokan tanpa memikirkan kesan ke atas diri mereka.
Ramai yang mengetahui pelakon dan penyanyi Dr Soo Wincci,33 antara selebriti bukan Islam yang turut berpuasa pada setiap kali tibanya bulannya Ramadan.So Wincci telah berpuasa secara konsisten dan telah memasuki tahun yang ke-7 pada tahun ini.
Wincci kini berada di Sepanyol untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik dengan pengkhususan produksi, teknologi dan inovasi di kampus cawangan Berklee College of Music di Valencia sejak sembilan bulan lalu.
Apa yang menariknya, tahun ini memberi kelainan buat wincci kerana berpuasa jauh di perantauan, bumi Sepanyol kerana menyambung pelajaran. Namun ia tidak mematahkan semangat wincci untuk turut berpuasa pada bulan Ramadan baru-baru ini, malah meneruskannya dengan berpuasa 6 yang kini telah selesai hari keempat!
Bagi umat Islam Puasa 6 bermaksud berpuasa 6 hari dibulan Syawal sama ada boleh dilakukan secara berturut mahupun berselang seli. Ia amatlah digalakkan dan dijanjikan ganjaran pahala yang besar iaitu ibarat berpuasa sepanjang tahun.
Didalam posting terbaru di instagram, Dr. Soo Wincci ada berkongsi rutinnya dan juadah berbuka puasa ketika berpuasa enam di bumi Sepanyol.
“Selamat Berbuka, habis hari ke4, 2 hari lagi! ” tulis Wincci.
Perkongsian itu mendapat pujian dan sokongan penuh daripada para peminatnya. Tidak lupa juga ada antara peminatnya yang mendoakan pelakon dan penyanyi itu mendapat hidayah.
eswtyySo proud of you!!
nur__qasihMoga terus diberikan kesihatan yea…yeyyy ! you can do it!
idmanz86Alhamdulillah tinggal dua hari lagi puasa 6 selesai.Moga dipermudahkan semuanya Dr.
zal.zalikhaOMG you even puasa 6 @dr.soowincci. Excellent!
sofiamykaelMerantau jauh kerana menuntut ilmu, berpuasa ramadhan cukup, puasa 6 lagi.Semoga dimudahkan urusan Dr. dalam menuntut ilmu dan menjalani puasa dan kehidupan.bittaufiiq wan najah..
harryjalilRajinnya wincci. I belum start lagi puasa 6. #respect @dr.soowincci
aziroyaniTahniah @dr.soowincci moga hidayah Allah diberi milikmu.
norashyikinsallehud_din Saya pun belum lagi puasa enam. Doc sudah masuk hari ke-4 dah. Semoga dpmudahkan puasa Doc.
atiqah_gTahniah @dr.soowincci Semoga terus istiqamah dan diberikan hidayah.
Tahniah Dr Soo Wincci! Berjaya puasa di bulan ramadan dan meneruskan dengan puasa 6 pula.Berpuasa bukan sahaja untuk mendidik kerohanian malah memang baik untuk kesihatan jika diamalkan selalu.
Jika bukan Islam pun boleh berpuasa, segan sungguh dengan diri ini rasanya jika kita masih tak memulakan lagi berpuasa enam, malah lebih malu jika sekali pun tak pernah terfikir untuk berpuasa enam pada bulan Syawal ni.
Diana & Farid Rujuk Semula? Doakan Yang Baik-Baik. Benarlah ajal jodoh merupakan ketentuan tuhan.
Pada 10 Ogos lalu, Diana Danielle, 32, dan Farid Kamil, 42 sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor setelah 11 tahun melalui usia perkahwinan.
Terbaru khabarnya pasangan tersebut dilihat kembali bersama dek kerana sebuah rakaman video tular di media sosial. Jika benar, Diana dan Farid sudah berbaik baguslah.
Dan ramai yang mendoakan agar pasangan yang juga ibu bapa kepada dua cahaya mata Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun kembali menjalin hubungan dan meneruskan kehidupan berkeluarga dengan baik.
Diana & Farid Rujuk Semula? Doakan Yang Baik-Baik
Diana yang menjadi tetamu menerusi sebuah program podcast di Tik Tok turut memberitahu sebarang keputusan tentang hubungan mereka akan diumumkan oleh Farid tidak lama lagi.
“Tapi kami akan buat keputusan dalam masa terdekat, tapi nak bagi apa-apa update pada ketika ini saya rasa biarkan Farid yang buat.
“Sebab dia lelaki,” kongsi Diana.
Sedang Memperbaiki Hubungan Ke Arah Lebih Baik
Diana juga menerangkan dia dan bekas suaminya, Farid sedang memperbaiki hubungan mereka ke arah lebih baik.
Bekas pasangan selebriti ini juga berfikir panjang tentang kesan yang bakal dihadapi sekiranya ditakdirkan mereka bersama.
“Bukan saya nak selindung tapi kami pun mahu ambil langkah perlahan… tapi taklah perlahan sangat.
“Kami pun sedang memikirkan bagaimana ingin memperbetulkan kehidupan kami antara satu sama lain lagi.
“Apakah kebaikan dan risiko yang kami akan hadapi di masa hadapan,” ungkapnya.
Mingguan Wanita: Semoga yang Diana Danielle dan Farid kembali rujuk dan membesarkan anak-anak bersama.