Kerana cinta, seeorang lelaki yang berusia 90 tahun telah berkahwin dengan wanita berusia 28 tahun. Malah, sebelum ini isteri yang dikahwini itu pernah menjadi kakak iparnya.
Dikatakan lelaki berusia 90 tahun yang bernama Paduai berasal dari Kolak Utara, Sulawesi Tenggara viral di media sosial kerana berkahwin dengan wanita, Shintia, berusia 28 tahun yang mungkin boleh dianggap sebaya anaknya.
Rupa-rupanya, Shintia ini adalah kakak kandung pada bekas isterinya bernama Shinta, 25 tahun yang pernah dinikahi pada tahun 2018.
Menurut bekas isterinya, Shinta, perkahwinan dengan Paduai pada tahun 2018 hanya bertahan 3 bulan saja. Dia langsung tidak mengetahui bagaimana kakaknya berhubungan dengan Paduai dan agak terkejut bila mendapat perkhabaran perkahwinan itu.
Perkahwinan Paduai dengan Shintia berlangsung baru-baru ini dan pasangan ini tinggal bersama di Desa Puumbolo, Kecamatan Wawo, Kolaka Utara.
Shinta juga mengakui turut bahagia dengan pernikahan bekas suami bersama kakak nya. Dia turut mendoakan yang buat mereka berdua.
Ads
Alasan perkahwinan antara Paduai dan Shintia ini adalah atas dasar kerana cinta dan hubungan mereka juga turut direstui oleh anak-anak Paduai.
Mingguan Wanita : Jarak usia 62 tahun bukan penghalang cinta. Moga berbahagia.
Ilmu pertahanan diri sangat penting bagi seorang wanita. Terutamanya ketika berhadapan dengan detik cemas untuk keselamatan diri.Pelajarilah apa juga jenis ilmu pertahanan diri yang ada, muay thai, tinju, silat, taekwondo dan sebagainya sebagai ‘bekalan’ dalam diri.
Silap besarlah apabila cubaan seorang perompak untuk menyamun wanita yang juga merupakan seorang peninju antarabangsa, tidak kesampaian.
Ternyata tindakan perompak ini yang cuba menyamun mangsanya mengundang padah apabila dia dibelasah teruk dalam satu kejadian di Jacarepagua, Rio De Janeiro baru-baru ini.
Senjata Pistol Palsu
Suspek lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu menggunakan senjata pistol palsu yang diperbuat kadbod ketika cuba merompak Polyana Viana, 26. Mangsa pada ketika itu sedang menunggu ketibaan pemandu Uber di luar kediaman blok apartmennya ke satu lokasi yang tidak dinyatakan.
Berdasarkan laporan, Polyana Viana, 26, adalah salah seorang peserta wanita Ultimate Fighting Championship (UFC), membelasah suspek hingga berlumuran darah.
Tumbuk, Tendang & Cekik
Suspek dikatakan mengarahkan Viana untuk menyerahkan telefon bimbit, namun rompakan itu gagal selepas mangsa segera menumbuk dan menendang lelaki itu sebelum mencekiknya hingga polis tiba.
Viana meminta bantuan pejalan kaki di situ untuk menghubungi polis selepas menyedari suspek enggan melawan balik.Polis kemudiannya membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan siasatan mendapati, suspek baru sahaja dibebaskan bagi satu kesalahan jenayah lain.
MW: Barulah buku bertemu ruas. Jangan ingat wanita seorang insan yang lemah. Semoga lebih berhati-hati dan lengkapkan diri dengan ilmu pertahanan diri.
Beli kereta atau MPV untuk keselesaan atau kehendak semata-mata. Ada orang sanggup berhabisan demi sebuah kereta. Tak kurang juga ada yang beli kereta atas keperluan memandangkan ahli keluarga semakin bertambah.
Namun, pernah tak kita fikir tentang kos untuk servis, minyak, bayaran bulanan untuk sebuah kereta. Bagaimana pula kalau kereta besar hanya disewa untuk satu-satu perjalanan tertentu saja. Untung atau rugi?
Fairus Mohd Tabiee ada berkongsi pandangan dan pendapatan tentang kos untuk memiliki kereta MPV Vellfire atau hanya menyewa saja. Semua ini untuk keselesaan atau kehendak? Inilah jawapannya.
Bawa vellfire balik kampung dengan ahli keluarga tu memang best. Kereta besar, selesa, anak-anak seronok dan boleh punggah banyak barang. Ini adalah MPV terbaik kegilaan ramai orang. Siapa yang dah pakai vellfire, susah nak downgrade ke MPV lain.
Aku juga pemilik kenderaan ini. Jadi, matlamat utama memiliki sebuah vellfire adalah KESELESAAN.. ingat KESELESAAN..
Aku jumpa seorang sahabat. Umurnya sudah lebih 50 tahun.
Investment beliau merata tempat. Beliau adalah orang yang success namun hidup low profile.
Duduk rumah pun income beratus ribu sebulan. Jangan risau, beliau bukan trader forex.
Beliau telah kongsikan sesuatu yang menyebabkan aku berfikir panjang. Padahal benda itu aku dah sedar lama, cuma aku tak jumpa orang yang praktikkannya lagi. Bila sahabat aku yang jauh lebih success dari aku buat benda ni, menung juga aku sekejap.
Katanya,
“Matematik Tidak Pernah Menipu Kita. Ilmu matematik ada banyak dalam Al Quran. Cuma kau gunakan ilmu ini untuk hidup, atau kau gunakan ilmu ini untuk nafsu”.
Terkesima aku.
Ini Perbezaanya
Jom aku kongsikan,
1. Jika kita beli vellfire recond 2.5cc 2019 harganya sekitar RM250,000 waktu ini.
RM3000 sebulan pinjaman (RM36,000 setahun)
RM7000 setahun insuran
RM780 setahun cukai jalan
RM400 purata maintanance (RM4800 setahun)
Ini tidak termasuk upgrading, sportrim, sound system, ekzos dan sebagainya yang lazim dibuat oleh pemilik kenderaan ini.
Jumlah kos yang kita keluarkan setahun untuk memiliki sebuah kenderaan ini ialah RM48,580.
Jika kenderaan ini kita gunakan selama 9 tahun, kos keseluruhan adalah sebanyak RM437,220.
(+/- harga insuran mengikut nilai kenderaan)
2. Kenderaan ini akhirnya akan outdated juga nanti dan pasti ada keluaran baru yang lebih menawan. Waktu itu jiwa kita meronta-ronta untuk memiliki keluaran baru pula. Itulah sifat manusia.
3. Secara purata, aku sendiri balik ke kampung 6 kali dalam setahun. Setiap kali balik, aku akan spend maksimum 4 hari menjadikan setahun hanya selama 24 hari.
4. Dalam setahun, purata aku bawa anak-anak berjalan jauh dan bermalam 2 kali dan rata-ratanya hanya 2 hari. Jadi, aku gunakan vellfire ini untuk bercuti bersama keluarga hanya 4 hari sahaja.
5. Keseluruhan penggunaan kenderaan vellfire ini dalam lingkungan 28 hari dalam setahun. Selain dari itu, kenderaan ini hanya di parking dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Saiznya besar dan penggunaan petrol yang tidak ekonomi. underutilize.
6. Waktu ini, vellfire baru boleh disewa dengan kadar RM700 sehari. Untuk kegunaan selama 28 hari kita hanya perlu kos sewaan RM19,600 sahaja tanpa memikirkan keperluan baikpulih, roadtax, insurans, tayar dan sebagainya. Kita spend hanya 40% sahaja berbanding memilikinya secara total.
7. Bila aku argue hal ini, sahabat tadi ingatkan semula pada aku,
“Matlamat kau memandu vellfire untuk apa? Kau dapat tak KESELESAAN yang kau mahukan tadi?
Adakah perlu kau miliki?”.
Berfikir secara realistik itu sebenarnya mudah sahaja, tetapi berfikir dengan nafsu dan kehendak itu yang susah.
Banyak ilmu dan pengalaman yang aku belajar dari sahabat ini, kali ini aku mahu cuba praktikkannya sendiri.
Harap-harap aku tak tergoda dengan amoi seksi pakai skirt pendek di use car lagi. Nampak gayanya burn lah deposit aku kat usecar tu.
Nota : Abaikan posting ini jika kau mahu jadikan vellfire lambang kejayaan.
Mingguan Wanita : Kalau mampu boleh saja miliki MPV terbaik ini. Tapi ada juga yang sanggup bersaing untuk menampakkan diri mampu miliki. Ini bahaya!
Ini ujian hebat untuk keluarga doktor yang mana, tujuh sekeluarga disahkan positif Covid-19. Dan kisah mereka ini menyentuh hati rakyat Malaysia termasuklah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mantan Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.
Keluarga doktor yang diuji ini, Dr Samsu Ambia Ismail merupakan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan (HTI) yang disahkan positif Covid-19 bersama ahli keluarganya yang lain. Termasuk isteri, Mazrieni Mahd Zaki, 39, dan lima orang anak, Erika Syamim, 18, Elisya Syamim, 15, Edrieda Syamim, 13, Eryna Syamim, 11 dan Eiman Syamim, 8 tahun.
Yang mana kesemuanya ditempatkan bersama dalam sebuah wad di HTI.
Kata Dr Wan Azizah, “Alhamdulillah, keluarga Dr Samsu Ambia, isteri serta 5 anak begitu gagah dan tabah menjalani ujian ini. Diiringi doa agar semua sembuh dan pulih secepat mungkin! Syafakumullah.”
Rasa Sakit Itu Macam Hilang Nyawa
Kata Dr Samsu Ambia dengan akhbar mStar, ujian sakit ini diibaratkan sebagai pengalaman yang menginsafkan.
“Ada satu malam tu rasa macam dah nak hilang nyawa. Ingatkan kena serangan jantung.” Akuinya lagi, sakit Covid-19 ini membuatkan deria rasanya malah deria bau hilang. Loya dan cirit-birit turut dialami.
“BIla kena, baru tahu bagaimana yang pesakit rasa. Tak boleh nak digambarkan.” Sebelum ini, perasaan tak dapat dibendung waktu diberitahu dirinya positif 22 Mac lalu.
Bimbang siapa kelak yang akan menjaga anak-anak dan isteri. Takdir tuhan apabila kesemua ahli keluarganya positif.
Ahli Keluarga Doktor Tetap Ceria Walau Diuji Sakit
Biar pun ditempatkan di dalam wad yang sama, ahli keluarga ini tetap menunjukkan semangat yang kuat untuk melawan penyakit mereka. Malah, anak Dr Samsu Ambia turut berkongsi video yang untuk memberi semangat kepada kedua orang tuanya.
Kata ibunya, “Bismillah…bertuah anak-anak walaupun tengah fight dengan virus ni masih sempat buat videoclip untuk bagi mummy and baba happy.”
Kongsi bapa ini lagi, seandainya terbaring saja mungkin lambat untuk sembuh. Dengan bergerak dan buat aktiviti, mungkin boleh membantu melawan penyakit secara tidak langsung.
MW : Mendoakan agar seluruh ahli keluarga Dr Samsu Ambia terus kuat berjuang melawan virus Covid-19 dan pulih sepenuhnya. Malah, sesiapa saja yang disahkan positif, didoakan segera sembuh.
Marilah rakyat Malaysia putuskan rantaian Covid-19 dengan #DudukRumah
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.