Kerana Alahan Hamil Muka Jadi Hitam, Selepas 6 Bulan Inilah Wajah Asalnya

Alahan ibu hamil ini macam-macam, ada yang jadi cantik, tak kurang yang mengubah wajah asal ibu. Samalah halnya dengan Amma Malik ini. Dua kali hamil, dua kali jugalah wajahnya berubah rupa. Dari secomel-comel isteri, muka jadi hitam, kembang malah bersuara garau.

Kongsinya, dia mengambil masa 6 bulan selepas melahirkan untuk dapatkan kembali bentuk asal. Tapi tidaklah sepenuhnya. Katanya masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan.

Begitulah hebatnya seorang ibu, walau diuji dengan perubahan hormon semasa hamil hingga mengubah wajah asal, kadangkala alami morning sickness yang teruk, ibu tetap lalui fasa kehamilan dengan cekal.

Ini cerita alahan Amma,

Orang Yang Sama, Tudung Yang Sama

Bukan rosak sebab produk mercury.
Dan bukan kembali ke wajah azali.
Bukan sebab tak makeup.

Bila lagi nak rasa jadi hodoh
Hidung buh silicon

Ni alahan time pregnant!

Yang komen hina-hina Amma, Amma maafkan dan harap hampa, bini hampa tak jadi lah macam Amma.

IKLAN

Kenapa lama menghilang jarang muncul di fb ig? sebab down sangat. Yang alami ja memahami. Sekarabg pun tak berubah habis lagi. Tapi alhamdulillah la bentuk hidung dah kembali ke bentuk asal.

Kulit ja tak berapa nak ok lagi dan masih “berisi” 49kg. Dan dengan bantuan makeup jugak la buat rasa diri ada keyakinan sikit nak selfie up kat fb.

Kerana Alahan Hamil Muka Jadi Hitam, Selepas 6 Bulan Inilah Wajah Asalnya
Baca sini, cara Amma jaga kulit wajah selepas bersalin.

Ibu Alami Alahan Muka Berubah Hitam Saja Faham..

Akuinya, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi baik positif mahupun negatif daripada netizen. Niatnya yang cuma mahu berkongsi gambar alahan semasa hamil rupanya mendapat pelbagai tafsiran daripada masyarakat.

Ramai ja orang di luar sana senasib macam Amma. Tapi tak update buat posting macam Amma, malu nak tonjol wajah ‘berubah’ depa.

Sebab rata-rata komen yang Amma baca, semua pakat share balik previous pregnancy depa. Cuma cakap takda gambar sebab rasa malu, rasa sedih nak ambil gambar waktu muka ‘berubah dan macam Amma cakap, yang mengalami sahaja faham macam mana perasaan kami waktu perubahan, penerimaan suami dan orang sekeliling.

Paling penting, cara nak kawal emosi kami ibu-ibu yang senasib ni. Memang sedih dan sangat down. Malu nak tampil depan orang ramai dengan wajah macam tu.”

Kerana Alahan Hamil Muka Jadi Hitam, Selepas 6 Bulan Inilah Wajah Asalnya

Dua Kali Hamil, Dua Kali Alahan Muka Jadi Hitam

Amma akur yang perubahan wajah disebabkan alahan itu tak kekal lama. Macam dirinya, cuma sepanjang kehamilan saja. Malah, dia ambil masa paling kurang 6 bulan untuk dapatkan bentuk wajah asal.

Macam Amma, dah dua kali ‘berubah’. Memang tak dinafikan susah untuk berubah ke bentuk dan warna kulit asal kalau tanpa sebarang supplemen atau produk skincare.

Sekarang memang kulit Amma belum pulih elok macam sebelum. Muka masih ada saki baki breakout. Dan berat badan asal (masih belum turun sepenuhnya).”

Kerana Alahan Hamil Muka Jadi Hitam, Selepas 6 Bulan Inilah Wajah Asalnya

Suami Tetap Puji Cantik

Pemilik nama sebenar, Nurul Asma Abd Malik, 25 ini juga mengakui sepanjang melalui fasa alahan kehamilan penuh menduga itu suaminya selalu memujinya cantik. Terutama ketika hatinya sedih dan mengadu kulit muka berubah hitam, tumbuh biji-biji dan mulut serta hidung mengembang

Kata perangsang suami itulah yang menguatkan semangat saya untuk melalui fasa alahan.”

MW : Isteri hamil yang alami alahan mahupun morning sickness yang teruk akan jadi lebih tenang jika suami sentiasa ada di sisi dan terus memberi sokongan.

Sumber/Foto : Amma Malik, Harian Metro *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis, Amma Malik.