Alahan ibu hamil ini macam-macam, ada yang jadi cantik, tak kurang yang mengubah wajah asal ibu. Samalah halnya dengan Amma Malik ini. Dua kali hamil, dua kali jugalah wajahnya berubah rupa. Dari secomel-comel isteri, muka jadi hitam, kembang malah bersuara garau.
Kongsinya, dia mengambil masa 6 bulan selepas melahirkan untuk dapatkan kembali bentuk asal. Tapi tidaklah sepenuhnya. Katanya masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan.
Begitulah hebatnya seorang ibu, walau diuji dengan perubahan hormon semasa hamil hingga mengubah wajah asal, kadangkala alami morning sickness yang teruk, ibu tetap lalui fasa kehamilan dengan cekal.
Ini cerita alahan Amma,
Orang Yang Sama, Tudung Yang Sama
Bukan rosak sebab produk mercury. Dan bukan kembali ke wajah azali. Bukan sebab tak makeup.
“Bila lagi nak rasa jadi hodoh”
“Hidung buh silicon”
Ni alahan time pregnant!
Ads
Yang komen hina-hina Amma, Amma maafkan dan harap hampa, bini hampa tak jadi lah macam Amma.
Kenapa lama menghilang jarang muncul di fb ig? sebab down sangat. Yang alami ja memahami. Sekarabg pun tak berubah habis lagi. Tapi alhamdulillah la bentuk hidung dah kembali ke bentuk asal.
Kulit ja tak berapa nak ok lagi dan masih “berisi” 49kg. Dan dengan bantuan makeup jugak la buat rasa diri ada keyakinan sikit nak selfie up kat fb.
Akuinya, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi baik positif mahupun negatif daripada netizen. Niatnya yang cuma mahu berkongsi gambar alahan semasa hamil rupanya mendapat pelbagai tafsiran daripada masyarakat.
“Ramai ja orang di luar sana senasib macam Amma. Tapi tak update buat posting macam Amma, malu nak tonjol wajah ‘berubah’ depa.
Ads
Sebab rata-rata komen yang Amma baca, semua pakat share balik previous pregnancy depa. Cuma cakap takda gambar sebab rasa malu, rasa sedih nak ambil gambar waktu muka ‘berubah dan macam Amma cakap, yang mengalami sahaja faham macam mana perasaan kami waktu perubahan, penerimaan suami dan orang sekeliling.
Paling penting, cara nak kawal emosi kami ibu-ibu yang senasib ni. Memang sedih dan sangat down. Malu nak tampil depan orang ramai dengan wajah macam tu.”
Dua Kali Hamil, Dua Kali Alahan Muka Jadi Hitam
Amma akur yang perubahan wajah disebabkan alahan itu tak kekal lama. Macam dirinya, cuma sepanjang kehamilan saja. Malah, dia ambil masa paling kurang 6 bulan untuk dapatkan bentuk wajah asal.
Ads
“Macam Amma, dah dua kali ‘berubah’. Memang tak dinafikan susah untuk berubah ke bentuk dan warna kulit asal kalau tanpa sebarang supplemen atau produk skincare.
Sekarang memang kulit Amma belum pulih elok macam sebelum. Muka masih ada saki baki breakout. Dan berat badan asal (masih belum turun sepenuhnya).”
Suami Tetap Puji Cantik
Pemilik nama sebenar, Nurul Asma Abd Malik, 25 ini juga mengakui sepanjang melalui fasa alahan kehamilan penuh menduga itu suaminya selalu memujinya cantik. Terutama ketika hatinya sedih dan mengadu kulit muka berubah hitam, tumbuh biji-biji dan mulut serta hidung mengembang
“Kata perangsang suami itulah yang menguatkan semangat saya untuk melalui fasa alahan.”
MW :Isteri hamil yang alami alahan mahupun morning sickness yang teruk akan jadi lebih tenang jika suami sentiasa ada di sisi dan terus memberi sokongan.
Sumber/Foto : Amma Malik, Harian Metro*Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis, Amma Malik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Salah satu pemanis mulut untuk penggemar cheese, resepi ini adalah perkongsian dari Puan Florence Jonathan, percubaan pertama beliau membuat Souffle Cheesecake dengan hanya menggunakan 3 bahan. Sedap atau tak, anda kenalah cuba buat sendiri!
Bahan-bahan:
3 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
120 gram cream cheese
120 gram coklat putih
Cara Membuat:
1. Pukul putih telur sampai menjadi meringue (bila terbalikkan bekas, ia tak jatuh) ketepikan.
2. Cairkan coklat putih dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah coklat cair sepenuhnya, bolehlah tutup api dan ketepikan.
3. Masukkan cream cheese ke dalam coklat putih yang telah dicairkan tadi, kacau-kacau sampai sebati.
4. Setelah itu, masukkan pula kuning telur ke dalam adunan cheese coklat putih tadi. Gaul sampai sebati.
5. Masukkan satu pertiga meringue ke dalam adunan cheese, kaup balikkan. Ulangi smpai habis.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digaris dengan oil atau butter dan dilapik dengan baking paper.
7. Panaskan oven selama lebih kurang 6-7 minit.
8. Bakar adunan kek dengan kaedah bain marie menggunakan suhu 170 °C selama 20 minit dan 40 minit yang berikutnya menggunakan suhu 160°C. Tempoh membakar bergantung oven masing-masing.(oven saya dah lebih 10 tahun, sebab tu ia ambil masa nak masak). Guna api atas dan bawah.
9. Bila kek sudah masak, bolehlah dihias dengan powdered sugar atau filling kegemaran masing-masing.
10. Adunan agak sedikit, better guna loyang kecik supaya kek nampak montel. Boleh doublekan bahan-bahan kalau menggunakan loyang besar.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sudah sampai masanya, sembilan beranak meninggal dunia selepas makan mi yang disimpan lama dalam peti sejuk. Kejadian yang berlaku di China ini meragut nyawa setelah beberapa hari mereka menikmati hidangan mi ini.
Sebuah keluarga di Jixi, China, meninggal dunia selepas makan sejenis mi tempatan yang terkenal. Di China, mi merupakan menu yang popular dan sering dimakan ketika majlis-majlis keraian.
Namun, di Jixi, China, satu keluarga yang terdiri daripada sembilan anak beranak telah meninggal dunia pada 10 Oktober yang lepas setelah makan mi jenama Suantangzi.
Memetik laporan Mirror UK, sembilan ahli keluarga itu disahkan meninggal dunia setelah makan mi jenis Suantangzi, sejenis mi yang terkenal di China. Ketika kejadian, mereka sekeluarga dipercayai memakan mi tersebut yang telah lama ditinggalkan di peti sejuk.
Foto: Mirror UK
Mi tersebut dikatakan sudah tercemar dengan Bongkrek Acid kerana telah lama disimpan. Tujuh mangsa meninggal dunia terlebih dahulu, iaitu lima hari selepas memakan mi tersebut.
Kemudian, diikuti dua ahli keluarga yang lain. Hasil siasatan, pihak berkuasa tempatan mendapati, mi tersebut dibuat daripada tepung jagung yang diperam yang menyebabkan wujudnya Bongkrek Acid yang meracuni mereka sekeluarga.
Tiga kanak-kanak yang turut merupakan ahli keluarga ini bernasib baik kerana tidak memakan mi tersebut ketika kejadian.
Foto: Mirror UK
Bongkrek Acid Boleh Sebabkan Kematian
Sementara itu, Pengarah Keselamatan Makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei, berkata Bongkrek Acid boleh menyebabkan seseorang itu maut.
Katanya, kematian boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dan mangsa akan mengalami beberapa simptom seperti sakit perut, berpeluh dan seterusnya koma.
Tambahnya lagi, Bongkrek Acid ini juga boleh memberi kesan yang serius terhadap organ manusia seperti hati, ginjal, jantung dan otak.- Mirror UK
MW: Kadang-kadang dek kerana tidak mahu berlakunya pembaziran, ada segelitir mak, ayah sanggup menelan makanan yang telah disimpan lama dalam peti sejuk. Berhati-hati iya selepas ini, tak semua makanan mampu bertahan lama walaupun di simpan dalam peti sejuk.
Sumber: sinarplus
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Puteri Sarah Fail Tuntutan Balas Nusyuz. Pergolakan rumahtangga pasangan sensasi Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof masih belum berakhir.
Terbaru Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan balas nusyuz terhadap Syamsul Yusofdi Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur,.
Puteri Sarah Fail Tuntutan Balas Nusyuz
Ibu kepada dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 itu jugaturut memfailkan pembelaan terhadap tuntutan nusyuz Syamsul terhadap dirinya.
Seperti mana dipetik menerusi portal Berita Harian, Peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir menerangkan Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din telah menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dengan kedua-dua pihak perlu hadir ke mahkamah.
“Kedua-dua pihak tidak hadir hari ini kerana sudah menerima pengecualian dan kami juga sudah diberikan kebenaran.
“Jadi, kami sudah memfailkan pembelaan kepada tuntutan nusyuz dan dalam masa sama, kami juga sudah memasukkan tindakan balas.
“Jadi, mahkamah sudah memberi tarikh baharu untuk memasukkan pembelaan. Seperti Syamsul, Puteri Sarah juga alasannya berkenaan sikap tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
“Kami kena akui masing-masing ada pembelaan dan anak guam kami menafikan terhadap tuduhan dilemparkan oleh Syamsul terhadapnya,” ungkap Datuk Akberdin.
Syamsul Akan Meneliti Tuntutan Balas – Peguam Syamsul
Manakala Peguam Syarie yang mewakili Syamsul Azmi Mohd Rais juga turut mengesahkan perkara berkenaan.
“Syamsul akan meneliti tuntutan balas dan akan memasukkan jawapan serta pembelaan. Dan tarikh seterusnya adalah pada 14 Jun depan. Pada tarikh akan datang mereka perlu hadir.
“Dan untuk pengetahuan, sekiranya tiada penyelesaian global kes ini masih diteruskan,” kongsinya.
Azmi turut menerangkan Puteri Sarah terbabit dalam beberapa tuntutan nusyuz atas beberapa alasan.
“Syamsul sudah memfailkan kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan kami berusaha mendapatkan kebenaran untuk menyerahkan saman memandangkan Puteri Sarah tinggal di Wilayah Persekutuan.
“Jadi, kami akan serahkan saman kepadanya dalam masa terdekat ini.
“Nusyuz adalah isteri tidak taat dan derhaka, jadi Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz ini kepada Puteri Sarah kerana beberapa alasan yang dinyatakan dalam tuntutan tadi.
“Antaranya, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, keduanya masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah,” jelasnya.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...