Salah satu janji yang sering menjadi perhatian dalam manifesto PRU14 pilihan raya lepas adalah kerajaan mengambil alih konsensi lebuhraya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, menurut terma perjanjian konsensi.
Buat pengguna lebuhraya yang sering menggunakan Lebuhraya Damansara Puchong LDP, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART, terdapat mekanisme baru dalam kutipan tol yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Memetik laporan Sinar Harian,Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan berkata, sebagai langkah pertama, kerajaan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsensi lebuhraya di mana syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.
“Lebuhraya yang terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong LDP, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.
“Dengan kejayaan pengambil alihan tersebut, kerajaan bercadang untuk menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Justeru, sebagai ganti ‘congestion charge’ (caj kesesakan) akan diperkenalkan di mana pengguna lebuhraya akan hanya dikenakan bayaran ‘congestion charge’ yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.
“Kadar tol dihapuskan sam sekali pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi, dimana penggunaan lebuhraya adalah percuma.
“Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa,” jelasnya.
Pejabat Perdana Menteri turut menyatakan, hasil kutipan ‘caj kesesakan’ akan digunapakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaran lebuhraya serta bayaran pinjaman.
“Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam, diguna untuk meningkat kualiti pengankutan awam seluruh negara.
“Lain-lain perincian berkenaan cadangan ini akan di umumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa sesuai,” ujarnya.
Dalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, PH telah berjanji di dalam manifesto pilihan raya lepas untuk mengambil alih konsensi lebuhraya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, menurut terma perjanjian konsensi.
“Ini sebagai langkah pertama kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuhraya,” katanya.
MW: Semoga ia permulaan langkah yang bijak, dalam penghapusan tol secara berperingkat demi mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Sumber: Sinar Harian