Jika mak-mak sedang berdiet dan tercari-cari menu sihat yang sesuai bolehlah cuba resipi Kerabu Udang Sambal Belacan ni. Cara nak buatnya cukup senang dan cepat je siap, dalam masa 10 minit dah boleh makan.
“Kerabu adalah masakan yang paling mudah dan pantas. Rasanya yang unik dengan campuran bunga kantan dan ketumbar menambahkan aroma buat kita lalu makan hihihi.Mesti ramai kat sini peminat kerabu.Hari ni saya share resepi yang paling senang pantas di dapur, 10minit jer siap. Diet sangat la sesuai makan menu kerabu ni simple macam ni.”
Bahan-Bahan:
Udang Segar (dikupas kulit)
Kacang panjang
Tomato
Bunga kantan
Limau nipis
Bawang
Ketumbar
Cili padi
Belacan
Garam,gula & serbuk perasa
Ads
Cara Membuat:
1.Potong kacang panjang (jangan terlalu panjang agak-agak la yer) selepas itu rendam di dalam air panas mendidih dalam 2 minit. Ambil udang dan rebus dalam masa 3 minit ( jangan terlalu lama nanti tak sedap).
2.Kisar cili api dan belacan (buat sambal belacan) kisar kering yer biar sampai halus.
Ads
3.Hiris bahan-bahan yang lain secara halus ( tomato,ketumbar,bunga khantan,cili (sikit) dan perahan limau nipis.
Ads
4.Masukkan ke semua bahan-bahan yang telah dihiris ke dalam udang yang dah direbus. Masukkan sedikit garam,gula dan serbuk perasa. Gaul kesemuanya sampai rasa sekata.
Tukar jantina. Kisah sebelum ini, tular tentang seorang pemuda bernama Aprilio Perkasa Manganang tentang status jantinanya yang mengalamai kecacatan pada organ reproduksi.
Dikatakan pemuda ini dilahirkan semulajadi sebagai lelaki tetapi mengalami hipospadia. Setelah dikenalpasti memiliki alat kelamin perempuan berdasarkan kepada ciri fizikal.
Keadaan ini juga menyebabkan dia tukar jantina dan tercatatlah jantina perempuan pada sijil kelahiran dan kad pengenalan.
Dia yang sebelum ini adalah atlit sukan tampar Indonesia. Namun, selepas bersara daripada sukan tersebut, dia menyertai Tentera Nasional Indonesia (TNI).
.
Namun, ketika melakukan pemeriksaan kesihatan, kakitangan TNI mendapati ada sesuatu yang aneh pada fizikalnya.
Akibat daripada peristiwa susulan itu, pemunda ini telah menukar nama daripada Aprilia Santini Manganang kepada nama baru selepas menjalani pembedahan pembetulan jantina.
.
Dalam pada itu, Aprilio dikatakan telah bertunang dengan gadis pilihan hatinya iaitu Claudia pada awal tahun lalu. Dia turut berkongsi detik bahagia di media sosial dan cantik berpakaian tema sedondon.
Malah, pemuda ini turut mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada pasangan dan keluarga kerana sudi menerima segala ketidaksempurnaan dirinya.
“Tiada kata selain mengucapkan syukur atas perjalanan hidup yang Allah berikan dan akhirnya bertemu dengan orang yang tepat dan menerima semua ketidak sempurnaan untuk dijadikan sempurna dan indah.
Selamat Pengantin Baru!
Lebih menggembirakan, pemuda ini turut berkongsi perkahbaran gembira apabila dia selamat mendirikan rumahtangga bersama Claudia. Majlis yang pernuh bermakna itu turut dihadiri oleh ahli keluarga.
.
Mingguan Wanita : Selamat menempuh alam perkahwinan, moga bahagia selamanya.
Georgetown: Jumlah mangsa banjir di lima daerah di Pulau Pinang hingga awal pagi ini terus meningkat kepada 5,845 berbanding 3,779 mangsa malam tadi yang di tempatkan di 62 pusat pemindahan.
Seberang Perai Utara Paling Ramai
Daerah Seberang Perai Utara mencatat jumlah mangsa paling ramai dengan 3,371 orang di 30 pusat pemindahan diikuti daerah Seberang Perai Tengah dengan 2,119 mangsa di 27 pusat pemindahan.
Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata bilangan mangsa banjir yang dipindahkan meningkat malam tadi berikutan hujan dan air pasang besar sehingga beberapa kawasan lagi turut dinaiki air.
Kawasan yang terlibat di Seberang Perai Utara ialah Sungai Dua, Nyior Sebatang, Lahar Yooi dan Desa Murni manakala di Seberang Perai Tengah ialah Kampung Tanjung Putus dan Permatang Tinggi.
Sejumlah 33 mangsa pula ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Seberang Perai Selatan manakala di Barat Daya 130 mangsa di dua pusat pemindahan dan 192 mangsa di dua pusat di daerahTimur Laut.
Ragut 7 Nyawa
Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – Bernama
Tidak dapat bayangkan, baru kehilangan bapa, gagal hubungi ibu di ICU, kanak-kanak berusia 12 tahun ini tabah jalani kuarantin seorang diri di rumah.
Sepatutnya kanak-kanak sebayanya diberi perhatian kerana baru saja kehilangan ayah tercinta. Dalam masa yang sama runsing dengan keadaan ibu di ICU yang hilang khabar berita.
Malah diri sendiri juga berdepan dengan masalah kesihatan, namun apa yang dia mampu lakukan. Terpaksa kuarantin seorang tanpa sesiapa di sisi.
Kanak-Kanak Ini Tabah Jalani Kuarantin
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini bernama Arshad, kuarantin sendirian di rumahnya, selepas swab test kedua positif Covid-19.
Bapanya berusia 38 tahun baharu sahaja meninggal dunia kerana Covid-19. Tiga adiknya dibawa ke rumah saudara mereka kerana negatif Covid-19, manakala ibu Arshad dan adik bongsunya ditahan di hospital berikutan keadaan level oksigen yang sangat rendah.
Zalifah Ithnin, pengerusi Kluang Community Welfare Association (PETAK) datang memberi sumbangan makanan kepada Arshad selepas mengetahui perkara ini.
Setiap hari saudara-mara Arshad datang menghantar makanan buat kanak-kanak itu. Arshad tiada pilihan kecuali kuarantin sendirian di rumah.
Baru Kehilangan Bapa, Gagal Hubungi Ibu Di ICU
Yang menyedihkan kita, Arshad memaklumkan kepada Zalifah, Arshad gagal menghubungi ibunya yang berada di ICU sejak semalam kerana ibunya tidak lagi menjawab panggilan telefon dan Arshad nampak sedih serta keliru berikutan baharu sahaja kehilangan bapanya.
Keep strong Arshad. Hugs dari jauh.
Sesungguhnya Allah SWT memberikan ujian hebat ini kerana Allah SWT sayang kepada Arshad sekeluarga.
Terima kasih Zalifah Ithnin dan NGO PETAK kerana menyampaikan sumbangan buat adik Arshad.
Dicadangkan kepada kerajaan agar menyediakan tempat kuarantin khas yang selesa dan selamat untuk kanak-kanak positif Covid-19 yang ibu bapanya di ICU.
Supaya kanak-kanak dapat dijaga dengan baik dari segi mendapatkan rawatan, mendapat sokongan emosi dan sebagainya, memandangkan bilangan pesakit Covid-19 kritikal daripada dalam kalangan ibu, bapa muda semakin meningkat.
Kementerian Pendidikan juga kena dapatkan data terkini kanak-kanak yang kehilangan ibubapa di Malaysia. Pasca Covid-19 bakal melukakan hati ramai pihak kerana sudah pasti bilangan anak-anak yatim di sekolah-sekolah meningkat mendadak.
Berilah Sumbangan Kepada Anak Yatim
Andainya kita mahu memberi sumbangan, berilah sumbangan kepada anak-anak yatim kerana setiap sen yang kita belanjakan jika disampaikan kepada insan yang berhak akan menjadi bekalan pahala sedekah yang berpanjangan buat kita di Akhirat nanti.
Bersama-sama kita doakan kesembuhan segera buat Arshad, ibu Arshad dan adiknya, serta semua pesakit Covid19 yang berada di ICU.
This news really broke my heart..
Dr. Kayra,
Putrajaya.
Mingguan Wanita : Sedih kenangkan nasib anak-anak yang kehilangan mak dan ayah kerana Covid-19. Semoga anak-anak ini mendapat bantuan, perhatian dan pembelaan yang sewajarnya daripada pihak berwajib.
Sumber/ Foto : Dr Kayra/ NGO PETAK / New Strait Times
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...