
Isi Kandungan
ToggleBagi orang utara, bahagian isi putih tembikai juga boleh dibuat kerabu yang sedap. Nak buat kerabu ni bahan-bahan yang digunakan tak banyak pun, tapi sangatlah mudah nak buatnya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Misbahul Munirah ini sebagai rujukan.
“Hampa oii yang beli tembikai lepas ambik isi jangan la jadi pepatah orang kata habis madu sepah dibuang.Serpihan isi tembikai yang ada lagi di bawah tu ada faedahnya.”
“Bagi pencinta kerabu macam sis ni memang pantang la jumpa lepas beli tembikai wajib kerjakan sampai kulitnya.”
“Ni kat bawah ni dah tunjuk gupe serpihan tembikai dan lepas dikikis isi dalam lebihan. Try la buat sedap baqhang. Kerabu tembikai nama dia.”
Simple ja bahan-bahan dia.
1. Serpihan isi tembikai lepas potong
2. Bawang merah
3. Cabai Melaka(cili padi)
4. Belacan
Cara Membuat:
1.Kikis isi tembikai lebihan tu pastu picit je belacan dengan cabai melaka pastu potong bawang merah.
2.Gaul semua sebatikan dengan garam sikit dah cukup.
3.Tak yah nak gatal tangan campur gula atau aji bagai dah sedap dah rasa dia. Tak perlu semua tu. Cukup sekadar garam secubit. Dah siap ❤
Menu rare orang utagha ni. Cenggini selera nasi.

Baca Lagi Di Sini:
Kerabu Terung Bakar Sedap, Santan Masak Sekejap Atas Dapur!
MW: Sedapnya kerabu tembikai ni, senang nak buat pulak tu. Memang kena cuba buat sendiri dekat rumah nanti.
Sumber: Misbahul Munirah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PAU GORENG INTI SAMBAL BILIS, Selain Juadah Berbuka Boleh Juga Cuba Jual, Mesti Laku

Isi Kandungan
TogglePejam celik pejam celik harini sudah 11 Ramadan, mak-mak mesti sudah pening memikirkan juadah berbuka puasa. Jangan risau, cubalah kuih mudah yang sedap ini iaitu Pau Goreng Inti Sambal Bilis.
Jangan Membazir, Pau Goreng Inti Sambal Bilis Boleh Disejukbeku
Selain mudah, memang gerenti sedap. Jangan risau jika kuih yang dibuat banyak berlebihan sebabnya pau ini juga boleh disejukbeku. Jadi goreng saja mana yang hendak dibuat berbuka selebihnya simpanlah dalam peti sejuk ya.
Apatah lagi hari ini ramai ibu-ibu yang sudah keluar bekerja, jadi bolehlah kuih ini disejukbeku bila-bila rasa nak makan waktu berbuka, keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Mudah kan!
Selain itu, jika ibu-ibu dirumah yang nak menolong suami menjana pendapatan boleh juga jadikan kuih ini sebagai bisnes. Kuih Frozen Pau Goreng Inti Sambal Bilis Ini tidak memerlukan modal yang besar. Semua barang masakan mesti ada di dapur anda!
Cari Rezeki Lebih Untuk Anak-Anak, Syura Buat Bisnes Tart Nanas Setiap Kali Ramadan
“Tak Dapat Nasi Lemak Tak Apa, Asalkan Dapat Pau Goreng Inti Sambal Bilis”
Resipi Pau Goreng Inti Sambal Bilis ini dikongsi oleh Mama Shida (sumber @Shida Yasin dan Blog Dapur Shida). Mama Shida menerangkan sememangnya kuih ini menjadi kesukaan turun terumun sejak dia kecil lagi.
“Bila ada sikit kelapangan teringin pulak nak kongsi Pau Goreng Inti Sambal Bilis. Pau ni zaman sis sekolah, ia memang kuih paling laris dan popular di kantin. Lambat beratur kempunanlah jawabnya. Nasib sis dah kawtim dengan akak kantin, simpankan tiga biji setiap hari. Tak dapat nasi lemak pun takpa asal dapat pau goreng ni.
“Bila dah ada anak-anak sis cubalah buat pau macam akak kantin tu punya, sekali dua tak berapa menjadi tapi bila dah kerap buat, ubah sana sini, akhirnya menjadi dan anak-anak suka. Biasanya, alang-alang buat tu sis akan buat lebih dan diforzenkan, bila teringin terus goreng je.
“Kalau korang nak tau, rasanya lebih kurang je dengan Burger Malaysia, bezanya bau ini inti di dalam dan lebih mudah dimakan berbanding Burger Malaysia tu dibelah tengah, dimasukkan sambal dan hirisan timun. Rasanya kalau korang nak buat kuih frozen atau jual, sis yakin ia mesti laku. Nak cuba ini resipinya, sis share:
Wanita Ini Kongsi Resipi Lengkap Kuih Seri Muka Daun Pandan Yang Sering Mendapat Tempahan
PAU GORENG INTI SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 paket yis kering
1 sudu pekat susu pekat manis
1 sudu makan gula
1 cawan air suam
BAHAN KERING:
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan minyak atau marjerin
BAHAN INTI SAMBAL BILIS:
1 cawan ikan bilis yang siap kopek | cuci bersih dan kisar kasar
1 biji bawang holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 kiub pati ikan bilis

Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng pau.
CARA MEMASAK:
- Campurkan yis, susu pekat manis, gula dan air suam dalam mangkuk adunan.
- Kacau dan biarkan yis kembang lebih kurang 15 minit.
- Sementara itu, semua bahan kering kekcuali minyak disatukan diayak dalam belas.
- Masukkan minyak atau marjerin adun hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Setelah campuran yis kembang, masukkan ke dalam adunan bahan kering.
- Uli sebati lebih kurang 7-10 minit atau hingga doh tidak melekat di tangan lagi.
- Tutup dan biarkan mengembang lebih kurang 45 minit.
- Sementara itu bolehlah buat inti sambal bilis.
- Panaskan minyak, tumis bawang holland hingga layu, kemudian masukkan bawang putih.
10 Apabila wangi, masukkan pes cili, kacau rata hingga timbul minyak.
- Masukkan ikan bilis dan air asam jawa. Tambah sedikit, dan biarkan ia mereneh.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tumis hingga sambal bilis garing dan timbul minyak.
- Angkat dan tapis minyaknya, Ketepikan dan sejukkan.
- Doh pau yang sudah siap dibulat-bulatkan sebesar bola pingpong,
- Leperkan kemudian masukkan inti dan bulatkan hingga menjadi kuih bom. Buat sampai habis.
- Rehatkan lebih kurang 10 minit dan goreng atas api kecil hingga pau berwarna keperangan.
- Pau sedia dihidangkan.
PETUA MAMA SHIDA:
Sambal boleh buat awal, selain sambal bilis, korang boleh juga guna sambal sardin, kentang atau rendang, terpulang pada cita rasa.
Hukum Jual Beli, Tak Boleh Makan Dulu Sebelum Tuan Kedai Lihat & Kira!
Sumber/Foto: Facebook @Shida Yasin dan Blog Dapur Shida
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kepok Lekor Ganu’ 3 Bahan, Specialnya Tak Guna Tepung Sagu Macam Orang Biasa Buat!

Isi Kandungan
ToggleSenang je rupanya nak buat Keropok Lekor atau Kepok lekor ni.Hanya guna tiga bahan je.Selalunya bagi mak-mak yang biasa buat Kepok lekor, akan menggunakan campuran Tepung Sagu sebagai bahan sampingan untuk diuli bersama ikan. Namun istimewanya perkongsian resipi oleh Nurul Azwani Wanie, dia menggunakan Tepung Jagung untuk menjadikan kepok lekor lebih garing diluar dan lembut didalam.
Berikut antara perkongsian tersebut;
KEPOK LEKOR GANU
Assalamualaikum.
Hari ni cikwani santai-santai bersama mak mertua.
“Mak mertua cikwani suka memasak dan suka mencuba masakan baru. kira macam “try and error” la.Dan memang keistimewaan mak-mak kita ni dia boleh tahu ingredient dalam satu makanan dengan sekali rasa sahaja, kan?”
“Lagi satu pesen mak, dia kreatif mereka resipi.So, hari ini terjadilah projek kepok lekor resipi mak.Yang special nya biasa orang buat guna Tepung Sagu, tapi kali ini mak TIDAK GUNA TEPUNG SAGU.”
Tapi, hasilnya perghhhhh lembut, garing diluar lembut didalam.
Bahan-Bahan:
10 ekor Ikan Selayang
½ cawan Tepung Jagung
Garam secukup rasa.
Cara Membuat:
1. Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja.(ikan tak perlu direbus)
2. Masukkan isi ikan tadi dan ‘blend’ sehingga lumat atau hancur.
3. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah diblend itu ke dalam besen dan campurkan garam serta tepung jagung.
4. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.(Cikwani uli guna breadmaker)
5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
6. Bahagi 2 untuk goreng terus tanpa rebus dan 1 lagi untuk rebus.
7. Dalam periuk, rebus air sehingga mendidih. Kemudian masukkan keropok yang telah digentel tadi. Bila keropok timbul menandakan bahawa ia telah masak dan bolehlah ditutup api.

8. Angkat keropok tadi dan toskan.
https://www.facebook.com/nurulazwani.ummualzinki/videos/1705786182773334/
Selamat Mencuba!
Sumber: Nurul Azwani Wanie
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Rendang AYAM PENCEN Cili Hijau Sedap, Sukatan Untuk 5 Ekor!

Isi Kandungan
ToggleResipi Rendang AYAM PENCEN Cili Hijau Sedap, Sukatan Untuk 5 Ekor!Musim raya ni kalau boleh macam-macam jenis rendang yang nak dicuba. Lagi-lagi untuk jamu tetamu bila buat rumah terbuka. Masak rendang guna ayam pencen lebih sedap, tak mudah hancur apatah lagi bila dimasak lama.
Boleh cuba resipi rendang ayam pencen cili hijau yang dikongsikan oleh Nazri Mat Zain ini.
Resepi Rendang Ayam Cili Hijau. Ni untuk Ayam Pencen 5 ekor
Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali.
Guna bahan-bahan dekat bawah ni:
(Bahan Kisar)
10 biji Bawang Besar
2 labu Bawang Putih
15 batang Serai
100g Lengkuas
150g Halia
6 biji Buah keras
2 Sudu Besar Jintan Manis
1 Sudu Besar Jintan putih
2 Sudu Besar Ketumbar
200g Kunyit hidup ( Nak lebihkan pun boleh)
300g Cili akar/Cili Padi
300g Cili Hijau
1 1/2kg Santan pekat
400g Kerisik
sebiji Gula Melaka
Garam, Aji dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan-bahan diatas terus masukkan ke dalam kuali yang berisi ayam tadi.
2. Buka api perlahan masak hingga mereneh sambil-sambil kacau dalam sejam.
3. Lepas tu masukkan santan pekat, kerisik, Gula Melaka, Garam, Ajinomoto dan gula secukup rasa.
4. Kalau tak keluar minyak masukkan lah minyak masak supaya rendang tu nampak berminyak sikit.Papa guna santan kotak memang tak keluar minyak, jadi Papa tambah minyak kemudian.
5. Bila ayam dah lembut masukkan daun kunyit yang telah diracik halus. Kacau-kacau dan tutup api.

Dah siap..
Papa masak dengan api perlahan selama 4 jam baru lembut.
Semoga bermanfaat pada semua.
Mesti Baca:Resepi RENDANG AYAM/DAGING Dibuat Jualan Untuk Sukatan Sikit & Banyak!
Baca Lagi Di Sini:RENDANG PUCUK UBI 2 Jam Kacau Sampai Betul-Betul Kering, Patutlah Orang Jual Mahal!
Artikel Menarik:CARA PANTAS Lembutkan Daging/Ayam Tua, Campak Dalam Periuk Nasi, Tak Perlu Tambah Air!
Mingguan Wanita: Menarik juga resipi rendang ayam pencen cili hijau ni. Boleh buat untuk rumah terbuka nanti untuk kelainan.
Sumber:Nazri Mat Zain
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI