Jika selalu mee segera kita masak berkuah mahupun bergoreng, ia juga boleh dibuat kerabu yang sangat sedap.Namun pastikan guna mee segera dari Siam baru jadi. Nak buat pun mudah sangat, tapi kalau nak rasanya lebih ummph letak perahan limau nipis dan hirisan daun ketumbar.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini sebagai panduan;
Kerabu Mee Segera Tom Yam Siam.Mak mertua beri saya mee segera jenama dari Siam. Saya tak boleh makan disebabkan gastrik, jadi saya masak terus jadikan kerabu buat minum petang untuk staf di tempat kerja suami.
Bahan-Bahan:
4 bungkus mee segera Siam, perisa Tom Yam. Halal cop Thailand.
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula putih/gula perang
1 sudu kecil pes asam jawa
Jus perahan limau nipis
Cili padi, tomato, bawang besar (dihiris)
Filamen ketam (direbus)
daun salad
Lobak merah (dihiris)
Cara Membuat:
1. Mee direbus dalam air mendidih selama 3 minit. Angkat dan toskan. Saya rebus mee segera ni selepas bahan sos nya sudah sedia ya.
2.Campurkan kesemua serbuk perasa dan minyak yang disediakan ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan sos ikan (jangan campur garam dah ya).
4. Masukkan gula putih atau boleh gunakan gula perang.
Ads
5. Masukkan pula pes asam jawa.
6.Disebabkan saya terlupa beli limau nipis, saya cuma guna jus pati limau nipis di dalam botol. Untuk rasa yang lebih umpph, saya cadangkan guna perahan jus limau yang betul.
7. Boleh masukkan hirisan bawang merah, lada kecik hijau dan tomato yang dipotong kecil.
Ads
8. Gaul sebati.
9. Masukkan mee segera yang direbus.
10. Gaul sebati.
Ads
11. Kemudian masukkan filamen ketam (direbus), daun salad, dan hirisan lobak merah. Untuk tambahan lagi sedap, boleh campur hirisan daun ketumbar.
MW: Menarik resipi KERABU Mee Segera Tomyam Siam ni. Nak rasa lebih umpph rupanya letakkan sedikit perahan limau nipis dan hirisan daun ketumbar. Boleh cuba nanti!
Bila teringin sangat nak makan roti canai, kalau boleh time tu juga nak makan. Tapi risau pula musim sekarang ni. Ha..jangan risau. Boleh buat sendiri di rumah. Tak susah pun sebenarnya. Boleh cuba resipi roti canai homemade ini. Buat sendiri di rumah. Kebersihan dan kesedapan terjamin! Resipi ini ada dikongsikan di Facebook https://www.facebook.com/mohdalafiz.
Ha..Anak-anak pun mesti suka. Lagi pun, tak rumit sangat bahan-bahannya, semua dah sedia ada kat dapur rumah kita kan? Tak reti nak tebar? Jangan risau, kalau nanti rupanya tak cantik sangat..yang penting rasanya kebabom! Selamat mencuba!
Bila Teringin Buat, Semak resipi di bawah ni ye…
Bahan-bahan:
Tepung gandum (agak-agak nak buat banyak mana)
1 biji telur
2 sudu makan susu pekat/cair
2 sudu makan marjerin
Sedikit garam
Air suam
Minyak masak
Cara Membuat:
Satukan tepung, majerin dan susu (gaul sehingga ia jadi macam serbuk roti).
Masukkan air garam dan telur. Uli menjadi doh.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat pada tangan.
Lumur tangan dengan sedikit marjerin dan bulat-bulatkan doh hingga membentuk bebola. Kemudian rendam dalam minyak masak (2 jam atau lebih).
6. Kemudian bolehlah digoreng hingga masak sepenuhnya. Sekiranya hendak dijadikan frozen, goreng sekadar separuh masak dan bolehlah disejuk beku. Keluarkan dan goreng bila hendak makan.
7. Sedia dimakan bersama kuah kari, sambal sardin, dhal dan sebagainya.
Mesti pening nak masak apa hari-hari. Bagi mak-mak yang buntu, boleh cuba resipi Ayam Ala Tiga Budak Gemok yang dikongsikan oleh Puan Yuhasnida ini. Bahan-bahan senang sangat dan nak masak pun mudah.
Resipi ini sesuai untuk berbuka puasa dan bersahur. Satu family boleh makan, cuma bagi anak-anak yang tak makan pedas kurangkan jumlah cili padi dalam bahan masakan. Ayam Ala Tiga Budak Gemok ni memang ‘berhantu’, makan nasi mesti bertambah. Walaupun resipi simple tapi memang sedap sampai menjilat jari.
Cara Masak Ayam Ala Tiga Budak Gemok Simple
Bukan je untuk mak-mak, suami pun boleh juga memasak resipi ni. Sesuai juga dimasak oleh orang bujang baik lelaki atau perempuan, tak payah nak skill memasak sangat sebab caranya simple. Yang baru berjinak ke dapur tu, eloklah cuba. Ikut je cara yang dikongsi oleh Puan Yuhasnida ni. Insya-Allah menjadi.
1-Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng, jangan sampai garing ye. Ketepikan.
2-Panaskan minyak, masukkan serai bersama bahan yang ditumbuk sampai naik bau (bawang merah, bawang putih, halia & cili padi). Serai tu pilihan, kalau tak nak letak pun boleh je. Serai fungsi nak bagi bau wangi.
Masukkan serbuk kari diikuti daun kari. Perlahankan api. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis, tak kisah jenama apa. Masukkan asam keping. Tak perlu tambah garam ye, sebab kicap tu dah cukup rasa.
Gaul sebati, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, tutup kuali supaya ayam lembut. Perlahankan api ye.
5- Kalau suka boleh tabur hirusan bawang besar. Bila bawang dah layu, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila masak sotong selalunya masalah yang kerap berlaku ialah sotong jadi liat dan keras. Makan pun rasa tak best sebab lenguh mulut mengunyah.
Ini ada satu petua untuk menjadikan sotong kekal lembut dan tidak keras bila dimasak. Mudah sahaja caranya.
Tip Masak Sotong, Elak Liat Macam ‘Getah Sekerap’
TIP SUPAYA SOTONG LEMBUT & TIDAK LIAT
Gaul sotong bersama garam dan biarkan selama 10-15 minit. Bila nak masak, basuh semula sotong untuk buang lebihan garam. Toskan dan sotong sedia dimasak.
Petua sudah dapat. Jadi bolehlah cuba resipi kerabu sotong ala Thai ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong
Serai – dimayang
Tomato
Mangga muda
Bawang holland
Jus limau nipis secukupnya
BAHAN SOS:
5 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap sotong/sos ikan nampla secukupnya
Daun ketumbar
2 sudu makan gula thai
Sedikit cuka
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
Sedikit air
Barulah Tak Lenguh Mulut Kunyah
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan kukus bersama serai yang telah dimayang. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan sis. Kisar halus. Sukatan bahan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak seketika untuk mengeringkan sedikit airnya. Padam api.
4. Hiris tomato, mangga mudah dan bawang holland secukupnya.
5. Gaulkan dengan sotong yang telah dikukus dengan serai tadi. Masukkan juga sos.
6. Perah jus limau nipis dan gaul rata.
7. Sotong kukus limau ala Thai sedia untuk dinikmati.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...