Kerabu CEKUR Stail Kelantan, Banyak KHASIAT Ratah Macam Tu Pun Sedap!

Share

Pokok Cekur memang banyak khasiatnya, terutama buat wanita selepas bersalin. Dalam tempoh berpantang juga sangat digalakkan makan cekur ni.Kalau mak-mak ada tanam pokok cekur di rumah, rupanya selain isi, daun cekur juga boleh dimakan dan dibuat kerabu.

Puan Nur Aida Md Zainuddin ada kongsikan khasiat cekur dan resipi Kerabu CEKUR Stail Kelantan ini sebagai rujukan.

“Cekur memang banyak khasiatnya. Rugi besar kalau kaum wanita tak amalkan isi cekur dan daun cekur.”

Antara khasiat cekur:

1. Anti penuaan.
2. Memecahkan angin dalam urat saraf.
3. Mengucupkan dan memulihkan rahim ibu bersalin.
4. Memperbanyakkan susu.
5. Menguatkan rahim dan mencegah keguguran.
6. Mengelakkan sembelit.
7. Mempercepatkan sembuh luka.

Ramai yang ambil isi cekur je tapi daun cekur dilupakan. Sedap tauu daun cekur.Sape suka daun cekur? Biasa masak macam mana cekur ni boleh bagi idea?

Aida suka buat kerabu. Aida tak letak bunga kantan kalau kerabu cekur. Letak cekur pun dah sedap!

Serius sedap gila! Ratah macam tu pun sedap. Kerabu style kelantan kita bubuh BUDU, so rasa dia masam, masin manis ehh sedapla boleh addicted. Kalau tanam sendiri hari-hari boleh makan.

Resepi Kerabu Cekur Style Kelantan

Bahan-bahan:

Daun cekur secukup rasa
Ikan selayang bakar tanpa minyak
Kerisik
Bawang merah
Serai
Lada hitam
Budu, garam dan gula
Limau nipis

Boleh tambah cili api, hirisan bawang holand atau bawang merah.

Cara Membuat:

1. Buat sambal ikan dulu.Tumbuk lada hitam, serai, bawang merah, kerisik dan isi ikan. Masukkan garam dan gula. Garam tu jangan banyak sangat sebab nak tambah budu kan. Nanti masin pulak. Ketepikan.

2. Hiris daun cekur.

3. Masukkan dalam bekas hirisan daun cekur dan tambahkan sambal ikan tadi, budu dan limau nipis. Gaulkan.

4. Siappp kalau nak pedas lagi boleh letak hirisan cili potong dan bawang merah.

Memang sedappp!
Selamat mencuba.

Baca Lagi Di Sini:
Amalkan Jus Pegaga Sekali Seminggu, Kesannya Kulit lebih Anjal, Sihat & Cantik Secara Semulajadi

Bidan Ini Jelaskan Panduan Lengkap Jenis-Jenis Pemakanan Yang Betul Semasa Tempoh Berpantang

MW: Banyaknya khasiat cekur ni buat wanita.Malah sesuai sangat untuk mak-mak sedang dalam tempoh berpantang untuk memulihkan kesihatan dalaman. Kena cuba buat sendiri di rumah.

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

Published by
Suhaidah Abd Wahab