Bayam Brazil banyak khasiatnya. Boleh dibuat ulam makan begitu saja, ditumis, masak lemak dan sebagainya. Kalau dekat rumah mak-mak ada tanam bayam brazil, rupanya boleh juga dibuat kerabu juga, campur mangga muda.Memang sedap sangat. Nak buat kerabu ni pun mudah je. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nabila Humaira ini.
“Pergi rumah kakak, kakak buat Kerabu Bayam Brazil.Ya ampun sedap ya amattt. Disebabkan ramai tanya resepi, ni kakak saya buat.Resepi dia bagi ni ye”
Bayam Brazil
Mangga Muda
Cili Padi
Bawang Merah
Gula (ikut rasa)
Air Limau Nipis
Asam Boi dihiris atau disagat (jangan ambil bijinya, risau lekat kat kerongkong)
Kerisik (paling penting)
Lebihkan sikit ikan bilis digoreng garing (ditabur lepas gaul).
Bunga Kantan sebagai penyedap dan nak bau wangi.
Kuantiti bahan ikut sesedap rasa.
Gaul rata semua bahan-bahan. Siap!
Baca Lagi Di Sini:
Bukan Sahaja Sedap Punyalah Banyak Khasiat Bayam Brazil, Patutlah Ramai Cari!
Petua Campuran Air Bunga Cengkih ATASI ‘Serangan’ Ulat Pada Bayam Brazil
MW: Memang sedap dan mudah sangat nak buat Kerabu Bayam Brazil ni. Apatah lagi dicampur dengan hirisan mangga muda. Memang membuka selera. Kena cuba resipi yang dikongsikan ini.
Sumber: Nabila Humaira