
Antara kehebatan seorang wanita yang tetap mampu tenang walaupun sedang menghadapi kesakitan. Biarpun menderita sakit, seorang wanita masih kelihatan tenang apabila dia selamba menaiki bas ke hospital dalam keadaan kepala yang tercucuk gunting sedalam kira-kira 3.8 sentimeter sehingga ke bahagian otak.
Kejadian malang itu berlaku ketika Shen Xiaoying, 57, memetik daun mahogani di rumahnya di Xiangyang, wilayah Hubei dengan menggunakan gunting terbabit.
Media melaporkan, gunting itu disangkut pada batang buluh sebelum patah dan menusuk kepalanya. Memandangkan ketika itu tiada ahli keluarga di rumah, Shen terpaksa ke hospital bersendirian untuk rawatan.
Tusukan Sedalam 3.8 Sentimeter
Menurut Pear Video, gunting itu tertusuk kira-kira 3.8 sentimeter hingga ke bahagian otak menyebabkan dia terpaksa menjalani dua pembedahan kecil untuk mengeluarkannya.
Kecederaan ngeri itu dapat dilihat dengan jelas berdasarkan imbasan x-ray kepala wanita terbabit.
South China Morning Post melaporkan, doktor berjaya mengeluarkan gunting itu dan Shen kini semakin pulih serta dijangka keluar hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Selepas pembedahan itu, dia kini mula sedarkan diri, namun masih berasa kebas dalam tempoh terdekat ini kesan daripada ubat bius yang diberi,” kata doktor.
Memang hebat wanita ini. Jika kita hadapi situasi sebegini pasti panik dan buntu nak buat apa.
Sumber: Hmetro & daily mail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umur Bukan Penghalang, Siapa Sangka Lelaki Warga Emas Usia 84 Tahun Bertemu Jodoh Buat Kali Ketiga!

Isi Kandungan
ToggleAjal, maut, jodoh semuanya adalah ketentuan daripadaNya. Tak kiralah apa juga peringkat usia baik muda atau tua, ia bukanlah penghalang seseorang bertemu jodoh dan disatukan bersama insan tersayang. Usia yang sudah menjangkau 80-an tidak menjadi penghalang kepada Hussain Abdul Rahman, 84, untuk sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hatinya, Kamsiah Adam, 66. Kedua-dua mempelai yang juga pelajar Pusat Pendidikan Al Barakah di sini itu selamat dinikahkan di surau di pusat berkenaan semalam.
Sekali Lafaz
Hussain ketika ditemubual berkata, dia baharu sahaja mengikuti pengajian di pusat pendidikan itu tiga bulan lalu dan bertuah dapat dipertemukan pasangan hidupnya itu.
“Saya berterima kasih dengan cadangan yang dimulakan oleh Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim yang melihat saya keseorangan, jadi dia mencarikan jodoh.
“Perkahwinan ini kerana mahu menambah ibadah dan diharap dengan doa semua, kami akan lebih aman dan tenang untuk beribadah di sini (Pusat Pendidikan Al Barakah),” katanya yang sah menjadi suami Kamsiah dengan hanya sekali lafaz.
Hussain yang berasal daripada Pontian, Johor berkata, perkahwinan itu adalah kali ketiga dan kini mempunyai tujuh orang anak, 17 cucu dan seorang cicit.
Katanya, dia pernah belajar di Makkah selama lapan tahun dan menjadi Penyelia Sekolah-Sekolah Agama Negeri Johor serta berpengalaman menjadi imam di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selama 12 tahun.
“Mudah-mudahan saya dipanjangkan umur, dapat mencari ketenangan dalam beribadah dan dapat mengikuti lebih banyak ilmu pengajian berkaitan agama yang ada di sini,” katanya.
Niat Untuk Menjaga Suami
Pasangannya, Kamsiah pula berkata, tempoh perkenalannya tidak lama dan menerima pasangannya itu kerana Allah kerana melihat Hussain mempunyai keistimewaan tersendiri.
“Saya pernah belajar berkenaan Fisioterapi di Australia, saya jadi tergerak hati untuk menerima apabila melihat keadaan dia yang sakit lutut, saya berniat mahu menjaganya,” katanya yang mempunyai tiga anak dan empat cucu.
Berasal daripada Taiping, dekat sini, Kamsiah sebelum ini menetap di Kuala Lumpur namun kini sudah menjadi penghuni Pusat Pendidikan Al Barakah sejak tiga tahun lalu.
Sementara itu, Ustaz Kazim berkata, perkahwinan itu adalah yang keenam membabitkan pelajar dan penghuni di institusi berkenaan.

“Alhamdulillah hari ini kita dapat satukan mereka berdua, saya bersyukur Al Barakah bukan setakat tempat pengajian tetapi juga tempat menjalinkan hubungan silaturahim.
“Perkahwinan ini mencatat rekod di sini, kerana Hussain adalah pelajar yang paling ‘senior’ di Al Barakah,” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan warga emas ini. Semoga saling menjaga diantara satu sama lain, serta saling mempertingkatkan amal ibadah bersama-sama.
Sumber: Bharian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Suluh, Rasa Kaki Tak Pijak Lantai.” Mak Ayah Tolong Alert Kalau Suka Belikan Mainan Kecil Kat Anak

Isi Kandungan
ToggleNgeri! Tapi itulah pengalaman ibu muda, Puan Erna Zuriena apabila anaknya masukkan mainan kecil ke dalam lubang hidungnya tanpa diduga. Mungkin ada mak-mak yang rasa pelik macam mana boleh berlaku situasi seperti ini tetapi beringatlah, jangan sesekali marah anak dan kalut sebab si kecil itu masih tak kenal erti bahaya.
Untuk mengelakkan kejadian ini berulang pada anak, mak-mak boleh berjaga-jaga kalau biasa belikan anak mainan kecil dan ikuti perkongsian penuh ibu ini.
Anak Masukkan Mainan Dalam Hidung
Since ramai yang tanya ibu kenapa aariz warded kelmarin so ibu nak buat kronologi pasal apa yg terjadi. Ibu bapa jadikan ni satu iktibar untuk kita semua lebih alert apa yang anak cakap dan apa yang anak kita pegang. MALANG TAK BERBAU tau.
Hari selasa pukul 3 petang , ibu sakit kepala sangat. Jadi lepas makan ibu pun rest atas katil sambil cium minyak angin, aariz macam biasa main dengan kakak. Tiba-tiba dia datang dan cakap ‘dalam hidung adik ada mainan’ sambil senyum-senyum kambing. Ibu macam blur dan tengok biasa dalam hidung, tapi tak nampak, so ibu just buat tak tahu. Tapi hati mula tak sedap, ibu panggil aariz dan baring atas katil. Ibu bukak flashlight hp dan suluh. Terus, allahuakhbar !! gigil lutut terasa tak pijak lantai kaki, terus call ayah tapi terberjawab. Nak drive sendiri rasa tak terpijak pedal minyak sebab habis menggigil, mintak tolong kak Rohana Mat Ramli hantar pergi klinik, sampai KK sendayan cerita kat nurse dan nurse mintak jangan panik, just pergi emergency HTJ. So balik dulu mandi-mandi sementara tunggu ayah aariz balik kerja, so lepas ayah aariz balik terus pergi emergency.
Sampai emergency, ambik no. pukul 5 daftar, pukul 7 baru number naik. Jadi cerita dengan doc, doc mintak MA cuba ‘keluarkan’ tapi MA tu dah tertolak benda tu ke dalam dan terus xtray. Tapi tak nampak, so dorang mintak refer kt Pakar ENT. So pergi tingkat 4, doc pakar ENT sampai.
Tak Mudah Nak Keluarkan Benda Asing
Doktor suluh memang benda tu tak nampak dari luar, dengan aariz langsung tak bagi kerjasama, meronta-ronta. Ayah sampai surender pegang dia terlalu kuat meronta sebab dia meronta-ronta hidung sampai berdarah. Pakar still tak nampak dari luar, so dorang masuk camera kecik untuk makesure benda tu ada atau tidak dan YES! benda tu ada tapi terlalu dalam. So warded untuk keluarkan benda tu esok hari, doktor minta warded sebab doktor nak pantau takut benda tu masuk kesaluran pernafasan, so doc cakap esok kena masuk dewan bedah dan kena bius sepenuhnya sebab aariz tak bagi kerjasama, start pukul 2 pagi aariz dah mula puasa.
Pagi tu tunggu punya tunggu sampai pukul 12 tak dapat masuk dewan bedah lagi sebab doc ada kes emergency, masa tu kesian kat aariz sebab dia dah lapar sangat, dia mintak susu mintak biskut. Sedih sangat kesian, tunggu punya tunggu pukul 2 petang nurse suruh tukar baju untuk ke dewan bedah. Nerves, sungguh!
Sepanjang Bilik Bedah
Sampai dewan bedah, ibu masuk dalam untuk teman aariz sampai dia betul tidur, macam-macam rasa dan perasaan. Doktor nyanyi lagu didi and friends untuk tenangkan aariz, masa prepare tu macam-macam wayar kat aariz, aariz meronta-ronta nangis. Panggil ibuuu ayah adik nak balik doktor masuk ubat bius, tengah dia meronta tetiba sunyi dan dia tidur. Allahuu… sedih sangat. Nurse mintak ibu keluar, nurse suruh cium aariz. Masa tu tak kuat rasa, berjurai-jurai air mata keluar dewan bedah.
Ibu ayah tunggu kat luar sementara mata tak lepas tengok lcd yang terang-terang nama aariz pembedahan sedang dijalankan, menunggu semuanya selesai. Sementara tu, ibu balik ward mandi semua tetiba ayah aariz mesej bagitau aariz dah keluar tepat jam 4 petang. Ibu pun cepat-cepat dapat kan aariz. Ibu tanya benda apa yang keluar? Dan nurse pun tunjuk, allahuu mengucap ibu tengok. Macam mana boleh masuk lubang hidung benda besar tu.

Balik ward, terus bagi dia minum susu dan makan, bersungguh aariz makan. Kesian sangat. So lepas tu aariz kena stay 1 malam lagi sebab dia kena bius penuh tadi. Bagi dia betul-betul stabil dulu dan tengahari khamis aariz discharge.
Terima Kasih Buat Semua
Thanks kawan-kawan yang tak benti ws saya tanya keadaan aariz, saya tak dapat nak jawab sesatu mana yang sempat je. Thanks jugak yang doakn aariz . So lepas ni kena lebih alert apa yang anak-anak cakap atau kena lebih alert pasal mainan apa yang kita beli untuk anak. Macam saya cakap, malang tak berbau. Budak kecik tu dia sentiasa ada perasaan ingin mencuba. Alhamdulilah semua selesai dengan mudah.
Terima kasih juga pada doc pakar ENT, nurse bahagian ENT, nurse ward 8D atas layanan yang baik.
Harap apa yang terjadi kat anak saya boleh dijadikn iktibar para ibu supaya alert apa yang anak cakap, bila yang kita buat tak tahu tu la benda akan jadi parah akan ada jangkitan. So please alert ya, mainan kecik-kecil sila buang. Budak-budak sifat selalu ingin mencuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Nurhaliza Hulur Bantuan “Ya Allah, Tak Terkata. Semoga Allah Permudahkan & Lindungi Mangsa Banjir Ini”

Isi Kandungan
ToggleSiti Nurhaliza hulur bantuan “Ya Allah, saya tak terkata. Semoga Allah SWT permudahkan dan lindungi mangsa-mangsa banjir ini, Ya Allah” begitulah luahan daripada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza seperti mana yang dikongsi di akaun rasmi Instagramnya.
Hujan yang tak henti henti menyebabkan banjir yang teruk melanda Selangor. Sehinggakan beberapa kawasan lumpuh ekoran banjir yang melanda sekitar ibu negeri itu.
Siti Nurhaliza Hulur Bantuan
Dek kerana prihatin dengan nasib mangsa banjir, Siti Nurhaliza telah turun padang dan bagi menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir.
“Kemaskini tabung Bantuan Khas Palestin, Covid-19 dan Bencana Alam. Sudah dilancarkan untuk bencana alam hari ini.
“Menerusi platform Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid 19 yang dilancarkan sebelum ini, kami juga mengalu-alukan jika ada yang ingin turut serta memberikan sumbangan bagi mangsa banjir.
“Kita usaha apa yang terbaik dan termampu, saya juga akan meminta pihak Kita Fund untuk membuat tambahan objektif tabung tersebut kepada bantuan bencana alam.
Terima Kasih Yang Menyiapkan Bungkusan
“Terima kasih kepada pihak Mydin USJ kerana telah berusaha bertungkus lumus menyiapkan bungkusan makanan untuk diagihkan seberapa segera.
“Yayasan Nurjiwa berusaha untuk bantuan ini sampai kepada mangsa banjir di kawasan berdekatan seperti Shah Alam.
“Orang ramai boleh menyumbang untuk bantuan banjir ke Tabung Bantuan Khas Palestin dan Covid-19 yang dilancarkan oleh Yayasan Nurjiwa dan CTDK bersama Kita Fund sebelum ini. Untuk menyumbang, sila klik link ini https://kita.fund/YNJCTDKHoldings atau terus ke laman web Kita Fund,” tulis Siti.

Sumber Foto: Instagram CTDK
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI