Banyaknya kebaikan manjakani untuk kecantikan dalaman wanita.

Manjakani elok dijadikan ulam. Ini petua orang lama untuk kecantikan dalaman.  Rokiah Bahari berkongsi petua yang diperoleh daripada arwah neneknya yang merupakan bidan kampung. Hadam perkongsian ini, semuanya ikhtiar menggunakan bahan alami, tiada paksaan sekadar berkongsi ilmu. Bagi yang nak cuba, amalkan dengan bersunguh-sunguh, insya-Allah berhasil.

Caranya mudah sahaja. Ambil sebiji buah manjakani, masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih. Apabila nasi kering, ambil buah tersebut dan potong kecil semasa ia masih lembut. Makan bersama nasi panas, amalkan selalu anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Buah manjakani sangat pahit, cara yang paling digalakkan adalah kepalkan nasi bersamanya dan kunyah perlahan-lahan.

Menurut nenek Rokiah, herba ini juga digunakan secara meluas untuk menjaga kecantikan dan kesihatan wanita. Dia turut berkongsi manfaat manjakani untuk digunakan oleh wanita menjaga bahagian sulit.

Air Rebusan  Manjakani Hilangkan Bau

Tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk membeli pencuci wanita. Lebih baik, menggunakan ramuan semulajadi untuk mencuci bahagian sulit. Caranya mudah, rebus 10 biji buah manjakani. Apabila air sudah mendidih, biarkan ia suam kemudian tuang ke dalam botol atau bekas khas.

IKLAN

Gunakan air rebusan ini setiap kali mencuci bahagian sulit,manfaatnya sangat banyak. Selain dikatakan dapat merawat masalah keputihan, ia juga dapat membantu menghilangkan bau yang kurang enak. Hasilnya, bahagian sulit anda bersih dan sihat. Sebaik-baiknya, gunakan air rebusan ini paling lama dua hari. Kemudian buat air rebusan baru agar kesegaran dan khasiatnya terjamin.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/tempek-kacang-hijau-suam-rahsia-aset-mantap/

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Awet Muda

Jika mahu kelihatan awet muda, amalkan minum air rebusan manjakani setiap hari. Rebus dua hingga tiga biji buah manjakani, biarkan sehingga mendidih. Apabila sudah suam, minum setiap pagi. Tubuh akan menjadi bertenaga dan  air rebusan ini membantu menguatkan otot vagina. Paling istimewa, ramuan ini juga dapat membantu melangsingkan badan dan awet muda. Cukup sekadar minum ½ cawan air rebusan setiap hari.

IKLAN

Sapuan Istimewa

Ia juga boleh digunakan untuk membantu menyembuhkan luka jahitan terutama selepas melahirkan cahaya mata. Ambil sebiji buah manjakani, kemudian asah dengan menggunakan belakang pasu. Sapu pada bahagian yang luka, insya-Allah dengan izin Yang Maha Esa, kesihatan anda akan bertambah baik. Bahagian yang luka akan cepat sembuh dan vagina kembali mantap.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI