Kepak Ayam Goreng Sos Ikan Guna Tiga Bahan. Ringkas Tapi Gerenti Sedap

Share

Kepak ayam goreng pasti jadi kesukaan ramai terutama anak-anak. Tapi pernah tak anda semua makan Pik Gai Tod Nam Phla (Kepak Ayam So Ikan) yang merupakan antara makanan asli orang Thai. Ia biasanya dimakan dengan nasi atau makan begitu saja. Sesuai dimasak untuk seisi keluarga kerana tidak pdas. Anak kecil pun boleh makan.

Nak cuba? Jangan risau. Sangat senang cara membuatnya bahkan ia hanya menggunakan tiga bahan saja. Jom Tengok cara membuatnya.

Baca artikel lain di sini:

Ayam Goreng Serai Thai, Rangup & Garing, Tak Jemu Makan!\

Resipi Asli Thai, Ayam Goreng Hat Yai Lembut Dan Moist!

BAHAN-BAHAN KEPAK AYAM SOS IKAN:

Kepak Ayam
Nam Phla (sos ikan dah tentunya brand Tiparos)
Tepung Beras

CARA MEMASAK:

Kepak ayam dibersihkan dulu dan dipotong dua. Buang bahagian hujung.

Perapkan dengan nam phla (sis ikan Tiparos).

Lapik tisu atas pinggan. Letakkan ayam tadi. Tekapkan dengan selapis lagi tisu dapur bagi menghilangkan lebihan sos ikan. Ayam tak boleh terlalu basah bagi menjamin kerangupannya. Aturkan ayam yang telah dipekap ke dalam pinggan.

Setelah itu ayak tepung beras di atas kepak ayam. Pastikan semua bahagian ayam kena dan balik-balikkan agar serata

.

Panaskan kuali dan tuang minyak, tak perlu banyak. Cukup sekadar untuk menggoreng dan balikkan semula ayam apabila masak bahagian bawahGoreng hingga masak, angkat dan toskan.

Tada..siap! Sedia dinikmati begitu saja atau dimakan dengan nasi. Ringkas Tapi sedap!

Sumber: FB Muhammad Sofiyullah 

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Published by
webadmin