Kentang Goreng Rangup, Kudap-kudap Buat Anak Yang Jenis Suka Makan Kerepek

Share

Penggemar kentang goreng rangup, anda patut cuba! Ini kali pertama kali buat dan hasilnya menjadi, malah anak-anak cukup suka. Rasanya lebih kurang kerepek kentang Mister Potato yang dijual di kedai tu…

Nak cuba tak? Ok boleh godek bahan dan cara buat yang betul guna resepi Puan Nurafyfah Yacob

ini.

Bahan-bahan:

3 biji kentang
2 sudu makan cuka
500ML air
Sedikit perencah manggi kari
Sedikit perencah pasti sedap KNORR
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara nak buat kentang goreng:

1. Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisau buah.

2. Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api, biarkan selama 3 minit.

3. Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng.

4. Panaskan minyak. Goeng dengan api sederhana besar. Bila nampak kekuningan, angkat dan toskan.

5. Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah pasti sedap KNORR atau apa-apa perencah yang anda suka.

Selamat mencuba!

 

Published by
Nadia