Kenduri akikah jadi kenduri arwah, ibu dalam pantang meninggal bersama suami & bayi 2 bulan. Perjalanan seorang suami menjemput isteri pulang dari Parit Buntar, Perak pulang ke rumah mereka di Kuala Ketil, Kedah berakhir dengan tragedi apabila empat sekeluarga meninggal dunia selepas Perodua Bezza dinaiki bertembung dengan sebuah treler.
Dalam kejadian menyayat hati semalam, empat sekeluarga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara dua lagi ahli keluarga mengalami kecederaan parah.
Kenduri Akikah Jadi Kenduri Arwah
Memetik laporan Berita Harian yang menemuramah keluarga mangsa, perjalanan pulang dan mahu mengadakan kenduri akikah akhirnya bertukar menjadi kenduri arwah.
“Kami menunggu kepulangan abang sekeluarga untuk menyambut Aidiladha bersama esok, tetapi akhirnya kami menerima jenazah mereka selepas terbabit kemalangan maut,” kata Ilda Iman Che Johar, 26.
Ilda Iman adalah adik kepada Muhammad Izham Che Johar, 32; yang maut bersama isterinya, Kamilah Ali, 30; dan bayi mereka, Arwaa Ulyaa yang berusia dua bulan, serta ibu Kamilah, Rosnah Mokhtar, 59, dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, Kulim, semalam.
Ibu Dalam Pantang Meninggal Bersama Suami & Bayi 2 Bulan
Dalam kejadian pada jam 4 petang itu, keempat-empat mereka yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Seorang lagi anak pasangan itu, Aisyah Rumaisa Muhammad Izham, 2, dan sepupunya yang dikenali sebagai Izzudin, 14, parah serta dirawat di Zon Merah Hospital Kulim.
Ilda Iman berkata, arwah abang dan kakak iparnya juga sepatutnya mengadakan kenduri akikah untuk Arwaa Ulyaa pada hari raya kedua Aidiladha, tetapi hasrat itu tidak kesampaian apabila mereka semua pergi buat selamanya,
Ads
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika abangnya pulang menjemput isterinya yang bekerja sebagai peguam syariah di Parit Buntar, Perak, untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Kembai, Kuala Ketil.
Perodua Bezza ini bertembung dari arah depan sehingga mengakibatkan empat sekeluarga meninggal di lokasi kejadian sementara dua lagi parah.Begilah situasi kemalangan petang semalam yang mengorbankan nyawa seorang ibu yang masih di dalam pantang bersama bayinya berusia 2 bulan
Katanya, ibu mentua abangnya dan dua anak mereka turut mengikut bersama dalam kereta PERODUA Bezza yang dinaiki mereka.
“Kebiasaannya abang sekeluarga akan pulang ke kampung kami di Kampung Paya Keladi, Kepala Batas di Pulau Pinang pada hari raya pertama dan kemudian pulang ke rumah mereka di Kampung Kembai.
“Ibu mentua abang tinggal bersama mereka dan abang pula mengusahakan ternakan lembu di sana sejak empat tahun lalu.
“Sepatutnya esok abang menyembelih tempahan lembu korban, tetapi tak sangka semua ini berlaku,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, di sini, hari ini.
Ilda Iman berkata, abangnya juga sempat mencium tangan bapa mereka, Che Johar Jaafar, 63, malam kelmarin ketika pulang ke rumah di Kepala Batas dan kali terakhir mereka bertemu.
Katanya, abangnya yang juga anak kedua daripada empat beradik dan anak tunggal lelaki dalam keluarga adalah seorang yang baik dan rajin bekerja.
Ads
“Kami terkejut terima panggilan telefon daripada polis memaklumkan abang, kakak ipar, anak saudara dan ibu mentua abang maut dalam kemalangan.
Ilda Iman berkata, kali terakhir dia bertemu abangnya pada Aidilfitri lalu ketika menziarahi anak kedua pasangan itu yang baru lahir ketika itu.
Jenazah empat beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Panjang, Baling dalam satu liang lahad selepas urusan bedah siasat dilakukan.
Media semalam melaporkan, empat sekeluarga maut manakala dua parah dalam kemalangan membabitkan kereta PERODUA Bezza yang dinaiki mereka dengan sebuah treler di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, di Kulim, petang semalam.
Pelakon cantik, Rozita Che Wan yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta alami cedera terseliuh kaki. Katanya, ‘betullah malang tak berbau. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya.’
Kerana seorang pelakon tambahan yang terpijak kain Che Ta, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini terjatuh sampai terseliuh kaki kirinya di set pengambaran drama Dayang Senandung, yang dijalankan di sebuah hotel dekat Puchong.
Katanya, waktu itu dia melakonkan babak dikerumuni peminat. “Depa rempuh betui-betui macam main rugbi. Lutut dah berbalut.” Itulah yang buatkan Che Ta jatuh. Ia juga memberi kecederaan kepada bahagian lututnya.
Bukan saja berbalut lutut, malah Che Ta terpaksa menggunakan tongkat dan diberi cuti selama seminggu untuk berehat.
“Huru-haralah jadual saya selepas ini.”
Rozita Che Wan di set pengambaran drama Dayang Senandung bersama pelakon Hun Haqeem.
Redha Dengan Ujian
Walaupun, kaki terseliuh Che Ta tetap redha dengan ujian yang menimpa dirinya. Malah, kongsinya di instagramnya, sakit itu penghapus dosa.
“Orang yang sakit juga selayaknya semakin bergembira mendengar berita ini karena kesusahan, kesedihan dan rasa sakit karena penyakit yang ia rasakan akan menghapus dosa-dosanya.”
Dan biar pun dalam keadaan sakit-sakit itu, Che Ta tetap kelihatan cantik menawan. Memang tak de sapalah boleh lawan. Anggun jelita gitu.
Sehinggakan bila Che Ta kongsi gambar bertongkat di instagram, ramai yang memuji gaya ‘letoopan’ Che Ta tu. Artis lain pun tak mengagumi kecantikan ibu anak tiga yang kekal anggun sentiasa.
Masih dalam keadaan tak sihat ini, Che Ta tetap bersedia untuk berlakon drama Dayang Senandung. Katanya, jika pengarah benarkan dia menjayakan babak dalam keadaan duduk, dia sedia melakukannya.
“Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini. Saya juga tak mahu menyusahkan produksi dan tak selesa bertongkat di set.”
Raya hanya berbaki sekitar seminggu lagi. Dengan kelonggaran PKP, pastinya ada yang memasang niat untuk menziarahi keluarga (bagi yang tinggal berdekatan). Tetapi bila berpeluang untuk ziarah tu, jagalah adab dan tutur kata. Raya musim PKP ni, pastikan anda kekal menjaga penjarakan sosial, tak perlu adegan salam laga-laga pipi,bersentuhan tangan, pastikan anda memakai topeng muka serta sentiasa memastikan tangan dalam keadaan bersih. Bagi yang tak sihat, dinasihatkan batalkan saja keinginan nak berziarah atau menerima tetamu. Begitu juga menziarahi mereka yang baru menyambut kelahiran bayi. Jika tak ada keperluan, tak ziarah pun tak ada siapa yang berkecil hati. Sebab masing-masing aware dengan pandemik ini. Berziarah tetapi patuhi lah SOP PKP dan sentiasalah berjaga-jaga. Selain menjaga diri, diingatkan jaga juga perilaku dan tutur kata. Pesanan Dr Redza Zainol ni ada benarnya juga dan boleh dijadikan panduan.
Setiap hari, hidup saya dipenuhi dengan bayi. Maklumlah, jaga wad bayi. Hehe. Sehari boleh pegang, belek-belek sampai 30-40 bayi. Ada beberapa perkara ni, tak perlu buat kalau pergi melawat bayi.
Kalau nampak bayi yang baru lahir, tak payah nak main cak cak dengan bayi tu. Dia belum pandai lagi nak main cak cak. Mata bayi tu baru boleh tengok bayang-bayang je.
Jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Bayi ni sistem imun dia belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman.
Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejala tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.
Jangan tegur bayi tu mata dia juling. Kebanyakan bayi ni, kedudukan mata dia akan jadi normal semula selepas umur 4 bulan. Kalau masih juling selepas umur 4 bulan, boleh dirujuk pada doktor mata.
Kurangkan bagi tips itu dan ini pada ibu muda. Kalau dia tanya, bolehlah kita kongsi tips dan pengalaman. Yang lebih penting ialah sokongan moral dan mental. Kita ada di situ, dah cukup untuk buat dia rasa selesa.
Perokok ada risiko bawa third hand smoke pada bayi. Maksudnya partikel asap rokok pada badan perokok tu boleh melekat pada kain bedung dan baju bayi.
Bayi yang terdedah pada third hand smoke, berisiko untuk dapat jangkitan paru-paru, jangkitan telinga dan kematian secara tiba-tiba ketika tidur (SIDS).
Jadi, perokok sila jauhkan diri anda dari bayi.
Ni paling selalu pelawat buat. Mak tu berjam-jam susukan anak sebab nak bagi anak dia tidur. Kita pula datang terus kejutkan bayi. Memang boleh bikin mak tu naik gila dan stress.
Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Kadang-kadang kita tak sengaja sebab excited sangat nampak baby kan.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai yang lebih prihatin masa pergi melawat rumah keluarga terdekat semasa Raya ni.
Yang nak jalan jauh balik ke kampung halaman musim-musim cuti perayaan ini, eloklah semak siap-siap baki Touch n Go mak ayah tu. Tak perlu lagi ke kaunter, boleh semak secara online saja. Mana tahukan, rupanya dalam kad Touch n Go kita tu ada lebihan rebate.
Bro Ohsem Akhtar Syamirini berkongsi langkah-langkah mudah untuk semak dan cetak terus transaksi Touch n Go mak ayah. Ada 6 kelebihan yang mungkin mak ayah tak perasan bila kita semak transaksi kita secara online ini.
6 Kelebihan Semak Touch N Go Online
1. Amat berguna untuk proses tuntutan tol.
2. Tiada lagi resit fizikal diperlukan.
3. Berguna untuk semak di mana kad Touch n GO telah digunakan.
4. Juga berguna untuk semak “rebate”.
5. Boleh semak baki terkini.
6. Mudah untuk uruskan banyak kad.
Manfaat Ini Pun Anda Akan Dapat
√ Nanti tak perlu lagi nak simpan resit banyak – banyak atau resit hilang dan lain – lain.
√ Kalau kad hilang pun boleh lagi tengok kat mana kad tu digunakan.
√ Kalau kenderaan hilang pun sedikit sebanyak dapat membantu. Tak perlu nak pergi kaunter Touch n GO untuk urusan macam ni.
Panduan Semakan Online Transaksi Touch N Go
Masuk ke laman web Touch n Go. www.touchngo.com.my dan daftar.
Masukkan data yang diperlukan. No. siri ada pada setiap kad. Masukkan infonya.
Kalau masih tak jumpa. tengok dekat belakang kad. Cari Serial No. haa.. itulah data yang diperlukan.
Bila dah selesai isi butiran yang diminta tu. Klik yes. Jangan pula lupa tekan butang proceed. Tergantung-gantung karang permohonan tu..
Bacalah terma yang dia beri tu. Klik ‘Agree; tanda setuju dan ‘proceed’.
Username wajib ada huruf dan nombor. Jangan kata menyusahkan pula. Ini tujuan untuk jaga keselamatan kad anda itu.
Ini pun sama, letak password yang ada nombor, hururf besar dan huruf kecil.
Yeay! Selesai sudah urusan pendaftaran kad tu.
Log in lah akaun tu ikut username dan password yang anda tuliskan sebelum ini. Simpan siap-siap username dan password dalam buku khas. Nanti taklah terlupa bila nak buka lain kali.
Bila dah masuk, anda akan nampak data transaksi tu macam gini.
Klik ‘History’ kalau anda nak buat semakan baki terdahulu. Klik ‘find’ untuk meneruskan carian. Kalau nak semak rebate, boleh klik dekat ‘Rebate’. Manalah tahu ada lebihan. Dapatlah berjimat.
Nampak tak segala data detail diberikan. Dekat tol mana anda touch kad tu.. semua ada. Jadi kalau kad anda kena curi tahulah lokasi penyangak tu dekat mana.
Kalau anda nak cetak resit itu, boleh export dalam bentuk pdf.
Nanti dia akan jadi bentuk macam gini. Lebih mudahkan untuk anda semak satu-persatu.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...