Berbelas kenderaan dan sebuah food truck di belakang perkarangan masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand tak lagi bertuan.
Melihat kenderaan yang ditinggalkan ini saja membuatkan emosi dipagut pilu.
Siapa pun yang mengikuti jalan cerita tembakan rambang yang menyasarkan jemaah solat Jumaat ini berhak mengecam sekeras-kerasnya keganasan melampau ini.
Jumaat penuh barakah itu, dicemarkan oleh tangan kotor lagi jijik pengganas kejam warganegara Australia, Brenton Harrison Tarrant, 28.
Membunuh sejumlah 50 para syuhada, mencederakan 20 lagi mangsa yang masih dalam rawatan.
Suasana parking ini gambaran yang menghantui penghuni yang mendiami kejiranan berdekatan masjid Al Noor. Meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati mereka.
Kerana mereka tahu, pemilik kenderaan ini tak kan lagi dapat kembali untuk mengambilnya.
Malah kejiranan ini, turut mengakui muslim yang mendiami kejiranan mereka ini orang yang ‘hebat’. Ini yang orang luar perlu tahu.
Hiba sungguh rasa hati setiap kali mengenangkan tragedi solat Jumaat ini. Mereka insan mulia yang dipilih untuk syahid. Malah pengasas Masjid Al Noor, As Syahid Muhammad Ato berbakti untuk anak-anak setempat.
Beliau membuka Pusat Asuhan Kanak-kanak dan An-Nur yang tak jauh dari masjid. Kira-kira 7 kilometer jaraknya.
Jika tidak ke masjid, masa lapangnya, dihabiskan membantu isterinya Dr. Maysoon Salama menjaga anak-anak di pusat asuhan itu.
Santunnya beliau melayani anak-anak. Namun, Allah lebih menyayanginya.
Seorang lagi syahid yang terbunuh Daoud Nabi, 71 menyapa ‘Hello, brother’ di pintu masjid. Sebelum penyerang kejam itu membunuhnya.
Daoud yang berasal dari Afghanistan ini merupakan mangsa pertama yang dibunuh ketika cuma menyelamatkan para jemaah yang lain.
Ketika hayatnya, as syahid banyak berjasa membantu ramai pelarian. Bertemu mereka di lapangan terbang dan bantu mereka bina kehidupan baru.
Kata-katanya tenang dan penuh kasih sayang.
Tragedi pilu ini turut mencederakan 3 orang rakyat Malaysia, Mohd Tarmizi Shuib, 46 dari Kedah, Rahimi Ahmad, 39 dari Pulau Pinang dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46 dari Kelantan. Seorang lagi mangsa, Mohd Haziq Mohd Shuib masih hilang.
MW : Mendoakan agar mangsa yang tercedera ini kembali sembuh dan Mohd Haziq dapat ditemui semula.
Sumber/Foto : dailymail.co.uk, mstar.com.my, utusan.com.my