Kenapalah Doktor Kat Hospital Sibuk Nak Ambil Darah Darah Pesakit Ni

Sakitkan bila kena cucuk ambil darah. Kalau yang kena ‘injection’ tu anak kecil atau orang tua, lagilah rasa tak sampai hati tu makin menebal.

Kadang tanpa sedar, terluncur keluar ayat, “kejam doktor..” tak pun “tak ada perasaan misi tu ambil darah pesakit.”

Bukan soal kejam atau tak ada perasaan, tapi semua itu dilakukan bersebab. Inilah yang dikongsikan Doktor Nur Hanisah tentang kerja-kerja ambil darah pesakit.

Kenapa ‘tindakan’ ini penting untuk selamatkan nyawa pesakit.

 

Kenapalah Doktor Kat Hospital Sibuk Nak Ambil Darah Darah Pesakit Ni

Sakitnya Bila Pesakit Kata Doktor Saja Nak ‘Khianat’

Aduh! Weh la… Misi! Bakpo ngenak ko mokcik ni!” marah makcik tua itu.

Saya yang sedang berusaha gigih memasukkan jarum di tangannya, terasa ditusuk jarum ke hati sendiri pula.

Ouch! Sakitnya tuh di sini.’

Bukan kerana digelar misi. Tapi oleh kerana perkataan “khianat” yang disebutnya tadi.

Mujur ada anaknya di sisi. Dia yang tolong menarik semula jarum dari hati.

Eh mok… tu doktor, bukan misi. Doktor bukey ngenak mok. Dio nok wi masuk ubat tu. Mok nok kelik rumoh kea?”

Hati terasa sedikit lega. Mujur anaknya memahami tanggungjawab seorang doktor kecil ini.

IKLAN

Minta maaf ye makcik… saya bukan nak khianat ke makcik. Saya nak kena masukkan jarum. Supaya nanti boleh masuk ubat ni.”

Saya tunjuk ke arah botol berisi air kuning Multivitamin yang tergantung di sisi katil.

Mujur jarum masuk dengan sekali cuba. Kalau tidak, habislah saya disumpah seranah agaknya.

Baru habis yang itu, saya pergi ke pesakit lain pula.

Boh la cucuknya doktor weh… sakit doktor!”

Waduh! Rasa nak menangis di situ.
Nak nak pagi tu memang kalut nak ke klinik selepas tidak tidur semalaman.

 

Kenapalah Doktor Kat Hospital Sibuk Nak Ambil Darah Darah Pesakit Ni

IKLAN

Hati Lebih Bahagia Jika Tak Perlu Ambil Darah Seorang Manusia

Makcik pakcik sekalian, sesungguhnya hari kami pasti lebih bahagia sekiranya tidak perlu buat kerja ambil darah seorang manusia.

Makcik pakcik semua.

Kami mohon maaf.

Sebenarnya bukanlah kami suka-suka cucuk tangan seorang manusia.

Melainkan kerana itulah yang dinamakan kerja. Tanggungjawab seorang doktor.

Itulah cara untuk kami merawat makcik pakcik semua. Daripada darah, kami boleh rancang apa yang perlu. Dan daripada darah, kami boleh tahu kondisi semasa yang daripada luaran tidak mungkin dapat tahu. Daripada darah, banyak klu untuk kaedah rawatan tertentu.

Darah, itu Allah yang beri. Sebagai petunjuk bagi membantu kerja seorang doktor kepada manusia yang sedang memerlukan.

 

IKLAN

Kenapalah Doktor Kat Hospital Sibuk Nak Ambil Darah Darah Pesakit Ni

Darah Allah Cipta Bagi Membantu Urusan Hambanya

Doktor juga manusia.
Tidak hebat mana.
Tiada ilmu merawat dengan cara scan menggunakan mata.

Investigasi darah itulah pembantu kami semua.

Kerana itulah terhad seorang manusia.

Hebatkan darah?
Yang Allah cipta bagi membantu urusan hambanya.

Sama ada kepada si perawat, apatah lagi kepada si pesakit.

Terima kasih Allah!

Kerana darahmu begitu berharga. Hargailah darah kita. Dengan merelakannya untuk diambil oleh doktor buat investigasi berguna.

Make sense?

Sumber/Foto : Nur Hanisah, Penggemar Darah Manusia

*Kongsikan info berharga ini supaya lebih ramai tahu tugas seorang doktor secara azali. Supaya tahu kenapa doktor kat hospital sibuk nak ambil-ambil darah ni.

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI