Minum air gula ni salah satu perkara wajib dilakukan ketika pemeriksaan terutamanya diawal dan penghujung trimester kehamilan. Ramai wanita hamil yang mengeluh bila terpaksa minum air gula yang terlampau manis dengan perut kosong setelah berpuasa dari malam hari.Ramai juga gagal juga dalam ujian ini, apabila muntah sebelum keputusan ujian diambil.Sebenarnya, ada sebab tersendiri kenapa wanita hamil kena minum air gula ni.Jangan ambil mudah iya, demi kesihatan diri dan bayi yang dikandung.
“Apa ni? Kene minum air gula pulak? Dah la tak sedap. Better bagi minum air Coke ke Pepsi terus. Sama gak manis, jauhhhh lebeh sedapp ! – Keluh ibu muda, Maisarah sambil mengusap-ngusap perut nya yang kini mececah 28 minggu”
Meh kita belajar sikit, mengapa perlu minum air gula ketika hamil. Fungsi minum air gula ini adalah untuk memeriksa sama ada puan-puan ada kencing manis ataupun tak. Macam mana boleh ‘check’ kencing manis dengan minum air gula?
Pernah dengar mengenai insulin? Apakah insulin dan fungsinya? Insulin ini merupakan hormon yang berfungsi menukarkan glukosa pada glikogen untuk disimpan dalam hati dan sel-sel otot apabila didapati glukosa berlebihan.
Insulin juga berfungsi membawa glukosa ke dalam sel badan untuk dimetabolismekan menjadi tenaga. Dalam kencing manis, insulin menjadi kurang reaktif (insulin resistant) ataupun kurang dihasilkan. Jadi insulin tidak dapat mengawal paras atur gula dalam darah. Maka apabila puan-puan minum air gula tu, sebenarnya nak ‘test’ insulin tu boleh berfungsi atau tidak.
Jika insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah masih akan normal. Sebaliknya jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan anda mungkin mempunyai kencing manis (diabetes) ketika hamil.
Puan-puan berisiko tinggi menghidapi Diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:
• Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
• Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
• Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
• Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes.
1.Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (minum air gula ) ketika mengandung yang dilakukan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.
2.Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali minum air kosong/air mineral sahaja.
3.Pada awal pagi nya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang disediakan.
4.Kemudian, ujian darah akan diulang sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini.Air gula yg diberikan oleh klinik kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam. Ada juga yang berperisa oren.
1. Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel.
2.Tetapi terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika Diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum.
3.Kebolehan untuk mengesan awal Diabetes ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.
4. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim.
5. Seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction).
6. Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.
7.Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.
8.Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.
Selamat Mencuba.Semoga bermanfaat!
Kongsikan ilmu ini juga buat wanita hamil yang lain.
Sumber: Twitter Dr Izzat