Kenapa Sewa Rumah Walhal Mampu Beli, Biar Kecil Asal Milik Sendiri
Sumber gambar : unit akak yang bakal dapat kunci 23 Oktober ni.

Dilema betul bila cerita bab beli rumah ini. Lagi-lagi harga sekarang ini yang nampaknya macam ‘mampu tengok’ je. Cuma yang jadi kemusykilan Puan Marliya Ramli ini, apabila ada pembeli yang mampu, tapi memilih untuk menyewa.

Bukan sedikit bayaran sewa bulanan. Cecah ribuan juga. Puan Marliya berkongsi pandangan peribadinya, kenapa membeli rumah itu lebih baik daripada menyewa. (untuk mereka yang mampu membeli tapi memilih untuk menyewa)

UNTUK LIANA INDAH : Jawapan Untuk Menyewa Lebih Baik Daripada Membeli Rumah

Ada pembaca PM tanya pendapat. Sebab beliau terbaca penulisan seorang sahabat Liana Indah (bukan nama sebenar) menyatakan bahawa menyewa lebih baik daripada membeli rumah.

Antara perkara-perkara yang dibentangkan oleh Liana Indah adalah :

Anda Mahu Ikut Golongan Kaya Versi Mana

1 – Katanya, Owner Modvier, Bella Ammara, Carl Samsudin yang berpendapatan berjuta pun menyewa. Tak kan kita yang tidak berpendapatan berjuta nak beli rumah pulak?

Pandangan akak : Warren Buffet, Bill Gates dan Mark Elliot Zuckerberg antara yang terkaya di dunia dan mereka tidak menyewa. Jack Ma yang terkaya di Asia dan Syed Mokhtar Al-Bukhary antara yang terkaya di Malaysia beli rumah dan mereka tidak menyewa. Maka… anda nak ikut golongan kaya versi yang mana? Tepuk dada tanya selera.

Lagi satu, jika berpendapatan berjuta andai terdesak, boleh saja beli rumah secara cash RM500,000 pada bila-bila masa. Maka, tak terkejar-kejar pun tak apa.

Tetapi jika kita cuma marhaen yang berpendapatan bawah RM20,000 sahaja andai menyewa RM1,000 sebulan, hakikatnya kita mampu membeli rumah flat berkadar RM200,000 ya… Kenapa menyewa jika boleh memiliki?

Setidak-tidaknya jika kita meninggal, takaful bantu bayarkan rumah tersebut dan anak isteri dapat rumah percuma bukan?

Rumah Jadi Aset Jika Dibeli Dengan Ilmu

2 – Liana Indah menyatakan rumah bukan asset. Sebab itulah beliau pegi ke beberapa show unit, letak booking kemudian cancel semula. Ini kerana katanya sekarang bukanlah waktu yang baik untuk membuat pelaburan dalam hartanah.

Pandangan akak : Rumah adalah asset jika dibeli dengan ilmu dan plan B. Rumah adalah liabiliti jika beli dengan emosi. Kenapa akak tahu?

IKLAN

Sebab akak penah beli sebuah unit gred C dan ianya liabiliti. Hehe.. padan muka diri sendiri waktu tu usia muda dan bila gaji tinggi waktu darah tengah panas, kita jadi berani membuta tuli. Mujurlah jumlahnya masih akak mampu tangani, kalau tak jenuh masak kari! #apeni

T.E.T.A.P.I…

Jika beli dengan ilmu, insya’allah cabang pelaburan apa sekalipun baik-baik sahaja. Memiliki rumah sewa bukan setakat mengenai positive rental sahaja. Jika bleeding setakat 20% ke bawah masih okay kerana adanya capital appreciation andai lokasi dan strateginya betul. Bukan rumah sahaja, semua cabang pelaburan boleh menjadi asset atau menjadi liabiliti jika kita buat tanpa ilmu setakat mengikut emosi.

Setiap Rumah, Kena Ada Tabungannya

3 – Liana Indah menyatakan kalau sesuatu terjadi memanglah boleh jual rumah tetapi mengambil masa yang panjang.

Padangan akak : Ini betul. Menjual rumah mengambil masa minimum 3 bulan hingga bertahun-tahun. Sebab inilah pelabur hartanah kerap bercakap tentang holding power atau war chest. Jika nak miliki rumah pelaburan perlu ada plan B dan C.

Dan jika tak de penyewa, mampu bayar ansuran bulanan? Jika mampu, no hal. Atau jika tak laku nak sewakan pada family, boleh sewakan per room atau per head? Ada masa dan mampu uruskan? Jika mampu, pun no hal. Yang penting, holding power kita berapa bulan?

IKLAN

Bagi kes akak, setiap rumah yang dimiliki, akak sentiasa allocate tabung siap-siap. In case rumah tak ada penyewa, akak mampu bayar ansuran bulanan 6 hingga 12 bulan dengan senyuman. Ini cara akak lah.

Sebab akak tak banyak masa nak urus per room atau per head. Masa akak lebih diutamakan untuk mengembangkan kerjaya sebagai HR Manager dan membesarkan empayar perniagaan saudagar emas.

Robert Kiyosaki Pun Tak Menyewa Rumah

4 – Liana Indah memetik kata kata Robert Kiyosaki iaitu; “The reality is that many people desire to buy a home because they think of it as a good investment. In terms of a financial statement, they think of their house as an asset. Because of this, in many cases, homeowners expect their house to be a big part of their retirement plan. The problem with this thinking is that many people simply do not know the difference between an asset and a liability. Your property will become an asset when the money puts into your pocket and become an liability when it takes money out of your pocket.

Pandangan akak : Robert Kiyosaki memiliki kekayaan sebanyak $80 million dan sebahagian kekayaan beliau adalah dalam bentuk lebih daripada 1,000 unit apartment. Maka, akak menganggap Liana Indah memetik hanya sebahagian kata-kata Robert Kiyosaki tanpa menilai keseluruhan pendapat.

Jika Robert Kiyosaki menganggap semua rumah adalah liabiliti, beliau tidak akan memiliki lebih daripada 1,000 unit apartment bukan? Walaupun Robert Kiyosaki selalu terbang ke serata dunia, namun beliau tidak menyewa malah tinggal di rumah yang dibeli. Tepuk dada tanyalah minda.

Wang Tunai Di Tangan Lebih Mudah Cair

5 – Di akhir kata-kata Liana Indah menekankan bahawa sebagai “orang business” beliau menganggap loan rumah (sebut financing) selama 30 tahun adalah risiko. Ini kerana sebagai “orang business”, Liana Indah lebih memerlukan wang tunai sebagai back up perniagaan.

IKLAN

Pandangan akak : Akak setuju bahawa setiap “orang business” memerlukan 12 bulan dana cemas untuk menangani risiko turun naik perniagaan. 50% dalam bentuk wang tunai dan 50% lagi dalam bentuk emas 999. Ini kerana pada bila-bila masa kita perlukan sesuatu untuk dicairkan segera andai perniagaan terjejas atau mati modal.

Tetapi jika 100% dalam bentuk wang, orang business akan lebih cepat kebocoran kerana nak update di Instagram kereta mahal, nak tayang duit cash sedebuk, shopping mahal atau percutian mahal. Sebab itulah sebahagian dana cemas perlu dalam bentuk emas bagi memberatkan tangan dan melindungi kekayaan. Nak buka akaun emas patuh syariah whatapps akak okay?

Kata-kata akhir UNTUK LIANA INDAH… Akak sayangkan semua wanita. Dan akak bukan pakar hartanah atau pakar apa sekalipun. Akak cuma mak-mak, HR Manager, saudagar emas dan pelabur rojak. Dan akak setuju beberapa pandangan anda namun ada beberapa point akak tolak.

K.E.R.A.N.A..

Akak berpegang setiap arjuna dan wanita perlu memiliki minimum sebuah rumah sendiri. Selebihnya terpulanglah jika nak pecahkan kekayaan dalam cabang lain.

Kerana bila kita memiliki rumah walaupun berhutang 30 hingga 35 tahun, secara automatic kita telah menyediakan bumbung untuk waris kita. Jika kita meninggal dulu, MRTT/MLTT akan membantu menyelesaikan baki hutang dan anak-anak kita tak perlu terus meratap nasib mengira duit untuk membayar sewa dengan tuan rumah setiap bulan.

Salam sayang

sumber gambar : unit akak yang bakal dapat kunci 23 Oktober ni.

#kongsiilmu #learnfromobservation #kecik tak apa asal rumah sendiri #jangan menyewa selama-lama

Sumber/Foto : Marliya Ramli

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI