Dilema betul bila cerita bab beli rumah ini. Lagi-lagi harga sekarang ini yang nampaknya macam ‘mampu tengok’ je. Cuma yang jadi kemusykilan Puan Marliya Ramli ini, apabila ada pembeli yang mampu, tapi memilih untuk menyewa.
Bukan sedikit bayaran sewa bulanan. Cecah ribuan juga. Puan Marliya berkongsi pandangan peribadinya, kenapa membeli rumah itu lebih baik daripada menyewa. (untuk mereka yang mampu membeli tapi memilih untuk menyewa)
UNTUK LIANA INDAH : Jawapan Untuk Menyewa Lebih Baik Daripada Membeli Rumah
Ada pembaca PM tanya pendapat. Sebab beliau terbaca penulisan seorang sahabat Liana Indah (bukan nama sebenar) menyatakan bahawa menyewa lebih baik daripada membeli rumah.
Antara perkara-perkara yang dibentangkan oleh Liana Indah adalah :
Anda Mahu Ikut Golongan Kaya Versi Mana
1 – Katanya, Owner Modvier, Bella Ammara, Carl Samsudin yang berpendapatan berjuta pun menyewa. Tak kan kita yang tidak berpendapatan berjuta nak beli rumah pulak?
Pandangan akak : Warren Buffet, Bill Gates dan Mark Elliot Zuckerberg antara yang terkaya di dunia dan mereka tidak menyewa. Jack Ma yang terkaya di Asia dan Syed Mokhtar Al-Bukhary antara yang terkaya di Malaysia beli rumah dan mereka tidak menyewa. Maka… anda nak ikut golongan kaya versi yang mana? Tepuk dada tanya selera.
Lagi satu, jika berpendapatan berjuta andai terdesak, boleh saja beli rumah secara cash RM500,000 pada bila-bila masa. Maka, tak terkejar-kejar pun tak apa.
Tetapi jika kita cuma marhaen yang berpendapatan bawah RM20,000 sahaja andai menyewa RM1,000 sebulan, hakikatnya kita mampu membeli rumah flat berkadar RM200,000 ya… Kenapa menyewa jika boleh memiliki?
Setidak-tidaknya jika kita meninggal, takaful bantu bayarkan rumah tersebut dan anak isteri dapat rumah percuma bukan?
Rumah Jadi Aset Jika Dibeli Dengan Ilmu
2 – Liana Indah menyatakan rumah bukan asset. Sebab itulah beliau pegi ke beberapa show unit, letak booking kemudian cancel semula. Ini kerana katanya sekarang bukanlah waktu yang baik untuk membuat pelaburan dalam hartanah.
Ads
Pandangan akak : Rumah adalah asset jika dibeli dengan ilmu dan plan B. Rumah adalah liabiliti jika beli dengan emosi. Kenapa akak tahu?
Sebab akak penah beli sebuah unit gred C dan ianya liabiliti. Hehe.. padan muka diri sendiri waktu tu usia muda dan bila gaji tinggi waktu darah tengah panas, kita jadi berani membuta tuli. Mujurlah jumlahnya masih akak mampu tangani, kalau tak jenuh masak kari! #apeni
T.E.T.A.P.I…
Jika beli dengan ilmu, insya’allah cabang pelaburan apa sekalipun baik-baik sahaja. Memiliki rumah sewa bukan setakat mengenai positive rental sahaja. Jika bleeding setakat 20% ke bawah masih okay kerana adanya capital appreciation andai lokasi dan strateginya betul. Bukan rumah sahaja, semua cabang pelaburan boleh menjadi asset atau menjadi liabiliti jika kita buat tanpa ilmu setakat mengikut emosi.
Setiap Rumah, Kena Ada Tabungannya
3 – Liana Indah menyatakan kalau sesuatu terjadi memanglah boleh jual rumah tetapi mengambil masa yang panjang.
Padangan akak : Ini betul. Menjual rumah mengambil masa minimum 3 bulan hingga bertahun-tahun. Sebab inilah pelabur hartanah kerap bercakap tentang holding power atau war chest. Jika nak miliki rumah pelaburan perlu ada plan B dan C.
Dan jika tak de penyewa, mampu bayar ansuran bulanan? Jika mampu, no hal. Atau jika tak laku nak sewakan pada family, boleh sewakan per room atau per head? Ada masa dan mampu uruskan? Jika mampu, pun no hal. Yang penting, holding power kita berapa bulan?
Ads
Bagi kes akak, setiap rumah yang dimiliki, akak sentiasa allocate tabung siap-siap. In case rumah tak ada penyewa, akak mampu bayar ansuran bulanan 6 hingga 12 bulan dengan senyuman. Ini cara akak lah.
Sebab akak tak banyak masa nak urus per room atau per head. Masa akak lebih diutamakan untuk mengembangkan kerjaya sebagai HR Manager dan membesarkan empayar perniagaan saudagar emas.
Robert Kiyosaki Pun Tak Menyewa Rumah
4 – Liana Indah memetik kata kata Robert Kiyosaki iaitu; “The reality is that many people desire to buy a home because they think of it as a good investment. In terms of a financial statement, they think of their house as an asset. Because of this, in many cases, homeowners expect their house to be a big part of their retirement plan. The problem with this thinking is that many people simply do not know the difference between an asset and a liability. Your property will become an asset when the money puts into your pocket and become an liability when it takes money out of your pocket.
Pandangan akak : Robert Kiyosaki memiliki kekayaan sebanyak $80 million dan sebahagian kekayaan beliau adalah dalam bentuk lebih daripada 1,000 unit apartment. Maka, akak menganggap Liana Indah memetik hanya sebahagian kata-kata Robert Kiyosaki tanpa menilai keseluruhan pendapat.
Jika Robert Kiyosaki menganggap semua rumah adalah liabiliti, beliau tidak akan memiliki lebih daripada 1,000 unit apartment bukan? Walaupun Robert Kiyosaki selalu terbang ke serata dunia, namun beliau tidak menyewa malah tinggal di rumah yang dibeli. Tepuk dada tanyalah minda.
Wang Tunai Di Tangan Lebih Mudah Cair
5 – Di akhir kata-kata Liana Indah menekankan bahawa sebagai “orang business” beliau menganggap loan rumah (sebut financing) selama 30 tahun adalah risiko. Ini kerana sebagai “orang business”, Liana Indah lebih memerlukan wang tunai sebagai back up perniagaan.
Ads
Pandangan akak : Akak setuju bahawa setiap “orang business” memerlukan 12 bulan dana cemas untuk menangani risiko turun naik perniagaan. 50% dalam bentuk wang tunai dan 50% lagi dalam bentuk emas 999. Ini kerana pada bila-bila masa kita perlukan sesuatu untuk dicairkan segera andai perniagaan terjejas atau mati modal.
Tetapi jika 100% dalam bentuk wang, orang business akan lebih cepat kebocoran kerana nak update di Instagram kereta mahal, nak tayang duit cash sedebuk, shopping mahal atau percutian mahal. Sebab itulah sebahagian dana cemas perlu dalam bentuk emas bagi memberatkan tangan dan melindungi kekayaan. Nak buka akaun emas patuh syariah whatapps akak okay?
Kata-kata akhir UNTUK LIANA INDAH… Akak sayangkan semua wanita. Dan akak bukan pakar hartanah atau pakar apa sekalipun. Akak cuma mak-mak, HR Manager, saudagar emas dan pelabur rojak. Dan akak setuju beberapa pandangan anda namun ada beberapa point akak tolak.
K.E.R.A.N.A..
Akak berpegang setiap arjuna dan wanita perlu memiliki minimum sebuah rumah sendiri. Selebihnya terpulanglah jika nak pecahkan kekayaan dalam cabang lain.
Kerana bila kita memiliki rumah walaupun berhutang 30 hingga 35 tahun, secara automatic kita telah menyediakan bumbung untuk waris kita. Jika kita meninggal dulu, MRTT/MLTT akan membantu menyelesaikan baki hutang dan anak-anak kita tak perlu terus meratap nasib mengira duit untuk membayar sewa dengan tuan rumah setiap bulan.
Salam sayang
sumber gambar : unit akak yang bakal dapat kunci 23 Oktober ni.
#kongsiilmu #learnfromobservation #kecik tak apa asal rumah sendiri #jangan menyewa selama-lama
Sumber/Foto : Marliya Ramli
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap hari rasa tak banyak masa untuk buat semua perkara, terkejar-kejar dan tahu-tahu sudah malam. Kerjanya tak juga siap, begitulah kehidupan harian mak-mak sekarang.
Tambah pula kalau jenis keluar masuk uruskan anak-anak sekolah atau mungkin keluar mencari rezeki. Rasa penat sangat nak kejar masa. Dan akhirnya nak buat ibadah pun tak sempat.
Nauzubillah… Moga kita mampu mengisi masa dengan amalan yang mendatangkan pahala untuk bahagia di akhirat sana.
Nak lebih mudah ikut tip Puan Nad Masrom ini perlahan-lahan, in shaa Allah mak-mak mampu berubah jadi isteri dan ibu yang lebih baik jadi contoh kepada anak-anak.
Tip Untuk Dapat Banyak Masa
Untuk ibu-ibu yang selalu kesuntukan masa, seorang guru pernah mengajarkan saya tentang beberapa tips yang boleh diamalkan supaya kita akan ada LEBIH BANYAK MASA.
Saya pernah amalkannya dan perbezaannya sangat ketara. Cuma saya sering khilaf untuk istiqamah melakukannya.
Mudah-mudahan kita boleh istiqamah melakukannya selepas ini.
1. Solat sunat taubat 2 rakaat sebelum tidur dan bacalah surah Al-Mulk (jika tidak sempat untuk baca, dengar audio sahaja dulu).
2. Jika terbangun di sepertiga malam, buat solat sunat tahajud 2 rakaat. Jika tak larat bangun, tadahlah tangan menghadap kiblat dan berdoalah yang baik-baik.
3. Solat sunat subuh 2 rakaat dan cubalah solat subuh berjemaah bersama suami. Jika anak-anak merengek, solatlah bersama mereka (dukung jika perlu dan pastikan pampers tiada najis).
4. Baca surah Al-Waqiah pada waktu pagi dan jika tak sempat, pasanglah audio. Mudah-mudahan bila selalu dengar, akan mudah untuk kita alunkannya nanti.
5. Solat sunat dhuha.
6. Bacalah al-qur’an walaupun sepotong ayat.
7. Solat awal waktu.
Kaitan Masa Dengan Bacaan Ayat Suci Al-Quran
Ramai yang bertanya, bagaimana masa akan jadi banyak bila kita banyak menggunakan masa untuk buat semua ini termasuk membaca al-qur’an?
Jawapannya: Kerana masa yang banyak itu adalah masa yang DIBERKATI. Keberkatan masa akan menjadikan kita mempunyai banyak ruang dan peluang untuk melakukan banyak perkara.
Semoga tips ringkas ini bermanfaat. Sekiranya ada khilaf dari perkongsian ini, mohon ditambah baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada tak ubat mujarab yang boleh hilangkan penat emosi kaum wanita? Sangat perlu kejap selesaikan kerja rumah kemudian berlari ke dapur sediakan makanan untuk anak-anak.
Allah, inilah realitinya yang mungkin suami langsung tak penah nampak. Manalah kaum mak-mak tak stress kalau setiap hari buat benda yang sama?
Namun semua hal yang ada di dunia ini cuma ujian hidup. Nak tak nak, kita tetap wajib lakukan tanggung jawab harian. Cumanya, baik lelaki atau wanita, anda tetap patut berpegang pada Al-Quran. Kena baca hari-hari sampai dapat auranya. Inilah yang Ustazah Sharifah Zahidah cuba sampaikan, nak hilangkan penat dan rasa tertekan itu bukan payah. Renungkan…
Hilangkan Penat Dengan Baca Al-Quran
Kalau terlalu sibuk sehingga tak sempat baca Al Quran, otak akan jadi tepu, stress rasa nak termuntah, hilang fokus, badan lesu dan kepala mula terasa pening. Semua jadi tak kena. Paling tak tahan, rasa mual nak muntah itulah! Petanda badan dan otak sudah dalam mode stress!
Tetapi, bila baca Al Quran, sedikit demi sedikit simptom tersebut akan hilang!
Soalnya, bukan kita ini baik sangat sehingga tak baca Al Quran konon jadi tak keruan, bajet sufi, bajet alim.
Tidak.
Tidak, bukan begitu.
Tetapi soalnya ialah, KEBERKATAN AL QURAN itu sendiri.
Di saat kita resah dan gundah, penat dan lelah, sakit dan lemah, dunia menjadi rumit buat kita, bebanan kerja tak pernah kurang bahkan sentiasa bertambah – di saat itu Al Quran kian menunjukkan keajaibannya.
Ya, fokus dan intipati saya adalah pada KEAJAIBAN AL QURAN. Betapa Al Quran itu MIRACLE, sehingga ianya benar-benar berfungsi menjadi PENAWAR UNTUK ZAHIR DAN BATIN kita.
Ini bukan saya kata, ini ALLAH dan Nabi Muhammad SAW yang kata.
Dulu-dulu zaman mula-mula berjinak dengan Al Quran, saya juga rasa tiada apa perubahan. Ada sebabnya, kenapa mula-mula kita berenak dengan Al Quran, enaknya itu seakan tidak terasa.
Tapi, lama kelamaan bila kita tetap juga MEMBINA HUBUNGAN DENGAN AL QURAN, jika tidak baca Al Quran, nah!
Rasakan himpitan jiwa yang menggila! Rasakan kemelut kehidupan yang merenggut ketenangan!
Sehingga tidak mampu lagi berjauh dari Al Quran, kerana kita manusia lemah amat memerlukan keberkatan dari kalam ALLAH ini. Inilah apa yang dikatakan, Al Quran itu turun sebagai RAHMAT dari Allah, sebagai pembuktian kasih sayangNYA kepada kita.
Baiklah, mohon diri. Sebab makin pening kepala ini.
Perlu segera dapatkan ubatnya!
Anda? Dah ambil ‘ubat’ anda hari ini?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya anak suka merajuk bukan lembik, tapi itu bukti dia sayang mak, ayah sangat kuat.
Kalau tak sayang, mana mungkin seorang anak sangat terasa bila ditegur atau dimarahi.
Selama ini salah tafsir dan sering berfikiran negatif bila anak-anak kuat merajuk kerana mak ayah bimbang anak yang kuat merajuk sukar bawa diri bila besar nanti.
Anak Suka MERAJUK Bukan LEMBIK
Rupa-rupanya ada kelebihan anak kuat merajuk. Kongsi Mohd Fhais Salim, anak kuat merajuk itu bagus!
Kena marah sikit saja, dia merajuk. Silap sikit saja terus lari menyorok belakang kerusi. Berbalah sikit dengan kawan, terus lari tak mahu main sudah.
Itu tandanya hati dia kuat.
Anak yang hati lembut ni penuh dengan kasih sayang dan kuat rasa cinta pada ibu ayahnya.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...