
Penting sebenarnya panggilan sayang pada pasangan dalam hubungan suami isteri. Panggilan sayang ni merupakan salah satu panggilan manja buat pasangan selain baby, honey, abang, hubby dan sebagainya.Percaya atau tidak dengan membiasakan diri menyebut panggilan manja ini, ia mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri agar rasa lebih disayangi dan dihargai.
Janganlah masa zaman bercinta je, bersayang-sayang bila dah kahwin ada anak, panggilan sayang pun hilang.Digantikan dengan abahnya, maknya.. langsung tak sweet.
Menurut Elite Daily dalam penelitian yang dilakukan oleh Harvard Law School, panggilan yang punya unsur romantik dan lucu dikategorikan sebagai kata-kata yang positif yang memberi kesan terhadap perilaku dan keputusan yang dibuat oleh seseorang.Ia mewujudkan sebuah perasaan yang menyenangkan dan menenangkan dalam fikiran seseorang.
Walaupun nama panggilan yang diberikan kepada pasangan terdengar ganjil atau aneh, ia menunjukkan satu aras yang baik terhadap hubungan yang dimiliki oleh seseorang.
Satu penelitian yang dilakukan oleh Elizabeth Landau menunjukkan bahawa nama panggilan sayang terhadap pasangan merupakan tanda sihatnya sebuah perhubungan itu.
Hasil yang positif mengenai panggilan sayang ini turut disokong oleh Pepper Schwartz dari University of Washington di Seattle. Dalam kajian yang dilakukannya terhadap 100 ribu pasangan, 76 peratus pasangan berpendapat mereka bahagia dengan gelaran dan panggilan sayang yang diberikan oleh pasangan mereka.
Panggilan tersebut digunakan sebagai pengingat tentang kedekatan dan betapa pentingnya hubungan yang mereka miliki. Hasilnya, mereka selalu bersama untuk saling melindungi dan mencintai.

Kesimpulannya, rajin-rajinkanlah diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang.Lagipun kata-kata tu kan satu doa. Semoga berkekalan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan nanti.
Sumber: Elite Daily
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Cara Suami Isteri Cipta Privasi Bila Ipar Tinggal Sebumbung

Isi Kandungan
TogglePKP dah dua minggu dan bersambung lagi. Dalam masa inilah, 24 jam kita dok kat rumah. Kalau dengan suami dan anak-anak tiada masalah kot. Tapi, bila ada keluarga yang tinggal dengan ipar duai.
Kalau sebelum ini, malam baru jumpa tapi sepanjang PKP, pagi petang siang malam dok depan mata. Tudung pun memang tak lepas daripada kepala. Kadang-kadang hilang privasi untuk bersama suami dan anak-anak.
Jangan begitu, tidak salah untuk memberi ipar tinggal bersama dan tidak juga hilang privasi mahupun kasih sayang anda dengan pasangan. Ada cara lain yang boleh anda cipta privasi walaupun ada ipar-duai yang tinggal bersama. Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) ada tipnya.
Tip:
- Mungkin masa anda bersama pasangan berada di luar akan lebih berharga dan waktu bersama di dalam bilik akan lebih dihargai dan dinikmati keindahannya.
- Cubalah untuk anda memberi layanan secara mesra agar hubungan baik itu dapat memudahkan anda menasihati ipar dan memberi semangat untuk dia berdikari.
- Tetapi, apabila melalui waktu bersama adik beradik atau ipar, anggaplah seperti anda berkumpul bersama. Lebihkan kreativiti dengan mencipta waktu privasi dan aturkan jadual harian dengan betul untuk mengelakkan daripada rasa stres, terbeban atau terganggu.
- Hubungan ini boleh menjadi, jika kita mampu menjadikan adik beradik atau ipar sebagai sebahagian ahli keluarga kita. Namun, ia tetap mempunyai batasan hubungan dan hukum yang perlu diperhalusi dan dipelihara.
- Elakkan memberi komen tentang ipar, sebaliknya berbincang dan minta pasangan anda untuk memberi teguran dan nasihat kepada adik beradik sendiri. Ini lebih efektif dan positif.
NASIHAT UNTUK IPAR..
- Walau bagaimana baik sekalipun kita dilayan oleh ipar, kita perlu faham betapa pentingnya privasi dan waktu bersama untuk dihayati oleh pasangan suami isteri mahupun sebuah keluarga bersama. Jika tiada pilihan selain tinggal bersama mereka, minimakan masa kita yang mengganggu waktu mereka di rumah dan maksimakan waktu privasi untuk mereka.
- Elakkan daripada kita menumpang terlalu lama di rumah adik beradik yang telah berkeluarga. Jika perlu, tetapkan sasaran tempoh masa dan berusaha untuk berdikari.
- Sekiranya tidak mempunyai waris keluarga lain selain abang atau kakak yang telah berkeluarga, jadilah orang yang banyak menyumbang membantu meringankan kerja-kerja di rumah. Ini dapat merawat ras terbeban dan terganggu dengan kewujudan kita dalam hidup mereka.
- Perlu bijak membawa diri dengan menghormati mereka dan elakkan daripada timbul fitnah dengan ipar duai.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Ulang Silap Saya, Anak Pandai Tapi…”

Isi Kandungan
ToggleKebanyakan mak-mak nak anak pandai dan teruja kalau anak banyak cakap. Lagi-lagi kalau anak jenis tanya macam-macam. Tetapi jangan lupa semak balik takut anak tak pandai nak bermain.
Haaa… itu apa pulak puncanya? Jawapannya ada dalam perkongsian Puan Wawa Shauqi, ini pengalaman dia membesarkan anaknya sendiri ya. Mohon mak ayah baca dulu, masih belum terlambat untuk betulkan.
Anak Pandai Tapi Rupanya Kurang Sudut Ini
Ini Ammar, anak sulung saya. Dia seorang yang cepat berjalan dan cepat bercakap. Pada usia dia 2 tahun, dia telah mengenal huruf dan dapat memadankan kesemua huruf kecil dan huruf besar.
Pada usia 3.5 tahun, dia mula membaca dan menghafal lebih dari 20 surah. Sekarang usianya 4 tahun, telah masuk separuh buku Iqra’ kedua.
Nampak macam perkembangannya cepat, tetapi ada perkara yang dia tidak mahir kalau nak dibanding dengan teman seusianya yang lain.
Ada Masalah Sensori Sentuhan
Pada usia 3 tahun, dia masih belum boleh menangkap bola pada paras dada. Malah tangannya tak cukup kuat untuk menyepit objek menggunakan forcep mainan. Tangannya juga tak mampu bergayut walau 2 saat di ‘monkey bar’.
Saya sangka, mungkin kekurangannya itu kecil dan biasa. Mungkin pencapaian motor kasarnya tak mengikut carta milestone kerana dia bukan kategori ‘body intelligence’.
Yalah, sangka saya setiap budak ada kelebihan dan kekurangannya.
Tapi bukan itu sahaja. Ammar seorang penggeli. Dia geli memijak pasir, geli duduk pada kerusi kulit (atau pvc) dan menjerit bila memegang ais.
Gelinya kadang-kadang keterlaluan. Pernah dia menjerit waktu kami lalu di sebuat kedai mainan. Ingatkan apa yang ditakutnya, rupanya ‘Magic Stretch Ball’. Seronok betul kami menyakat dia dengan bola tu.
Saya tak pernah sangka kesemua masalah ini mempunyai perkaitan yang sama. Malah masalah dia meraung bila mencuba kasut baru di mall dulu juga, ada kaitannya.
Dia mempunyai tanda-tanda yang kebiasaan ada pada anak-anak yang ada kecelaruan neurologi. Tanda-tanda yang disebut OT Maryam itu mengesahkan yang Ammar mempunyai masalah sensori sentuhan, atau dalam istilahnya Sensori Processing Disorder (SPD) terhadap deria Tactile (Hypersensitif).
Ammar mungkin membaca awal dan cepat tangkap dalam pembelajaran, tapi masalah ini jika saya tak sedar dari awal, akan mengganggu pembelajarannya bila dia mula bersekolah nanti.
Nasib baik saya cepat sedar. Mujur Allah cepat temukan saya dengan pakar.
Alhamdulillah setelah saya lakukan pelbagai aktiviti ransangan, sekarang ‘sensitiviti’ Ammar dah banyak berkurangan. Cuma dengan Magic Ball tu masih takut-takut. Fobia kesan dari kena sakat masa kecik agaknya.
Kadang-kadang kita terlalu mahukan anak pandai, lalu kita hulur anak buku, pensil & kertas dan kita nafikan fitrah anak bermain.
Sedangkan dari bermain itulah anak-anak membina asas akademik mereka. Dari bermainlah anak akan belajar komunikasi dan membina keyakinan diri. Dan dari bermainlah daya tumpuan anak dipertingkat
Dari bermain jugalah kesemua deria mereka berstimulasi dan berintegrasi bersama dengan baik.
Kaitan Deria Dengan Akademik
Apa kaitan DERIA ini semua dengan akademik?
Eh penting sangat. Deria sentuhan yang baik adalah asas untuk anak kuasai kemahiran motor halus seperti menulis dan mengguna tangan dengan baik.
Deria rasa pula membantu memberi stimulasi awal untuk anak menggunakan mulut untuk bercakap, selain mengelakkan masalah ‘picky eater’ pada anak.

Deria visual dan auditori pula penting untuk memberi tumpuan yang baik semasa dalam kelas dan mengenal huruf, nombor, bentuk serta simbol.
Deria sendi dan kestabilan akan bantu anak-anak menguasai hampir kesemua kemahiran dalam hidup.
Semak Permainan Anak
TAPI.
Tapi bermain pun perlu ada tujuan. Setiap permainan perlu betul caranya supaya merangsang perkembangan anak-anak.
Seperti yang diajar OT AisyahRozalli kelmarin, main pun perlu ada 5 target. Antara targetnya adalah supaya anak mahir berkomunikasi, mahir berdikari dan mahir guna tubuh.
Haa kau! Ajar anak main pon kena ada ilmu tau.
Ya, memang tak dapat dinafikan setiap ibu bapa ada cara didikan yang tersendiri. Tetapi ilmu masih perlu kita cari. Tempoh tumbesaran anak singkat untuk kita cuba-cuba dan buat silap.
Ikut rapat-rapat ikon-ikon keibubapaan ustaz ustazah dan para terapis, supaya kita tak silap mendidik anak.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Duduk Serumah Dengan Ipar Duai Selepas Kahwin, Suami Jangan Buat Isteri Terjebak Dengan Dosa

Isi Kandungan
ToggleElak duduk serumah dengan ipar duai selepas kahwin, suami jangan buat isteri terjebak dengan dosa. Mungkin niat nak tolong ipar duai, akhirnya isteri jadi mangsa, terpaksa duduk serumah dengan ipar duai yang berlainan jantina.
Elak Duduk Serumah Dengan Ipar Duai Selepas Kahwin
Nak jaga aurat ini bukan mudah ya, tambah pula kalau masing-masing sudah besar panjang. Kalau terkena nasib macam ini, nak ditelan mati emak, diluah mati bapa. Jadi apa hak kaum isteri nak mengelakkan daripada situasi terus berlaku?
Untuk mudahkan anda buat keputusan, jemput renungkan perkongsian daripada cikgu Abd Ghani Haron ini, in shaa Allah semoga dipermudahkan segala urusan.
Bila Serumah Dengan Ipar Duai
Seorang wanita baru berkahwin yang saya kenali bercerita mengadu hal dan bertanya kepada saya. “Dalam kegembiraan mengharungi perkahwinan, saya tidak terfikir satu perkara, bila sudah duduk dirumah mentua baru berjumpa masalah ini. Masalah aurat dengan ipar duai. Benarkah ada hadis ipar itu maut?. “Saya cuba jawab untuk jadi peringatan juga kepada yang lain.
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ . قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ
“BERHATI-HATILAH KAMU KETIKA MASUK MENEMUI WANITA.” LALU SEORANG LAKI-LAKI ANSHAR BERKATA, “WAHAI RASULULLAH, BAGAIMANA HALNYA MENGENAI IPAR?” BELIAU MENJAWAB, “HAMWU (IPAR) ADALAH MAUT.” (HR. BUKHARI NO. 5232 DAN MUSLIM NO. 2172)
Perkahwinan akan mewujud hubungan ipar. Perhubungan ipar duai adalah mahram sementara sahaja iaitu selagi masih berstatus ipar. Apabila suaminya (abang kita) meninggal contohnya atau menceraikannya maka bekas kakak ipar ini boleh berkahwin dengan kita selepas tamat idahnya.
Suami Jangan Buat Isteri Terjebak Dengan Dosa
Hukum-hakam mahram sementara ini tidak sama dengan hukum-hakam mahram yang kekal selama-lamanya iaitu dari aspek aurat, auratnya sama seperti ajnabi (bukan mahram) iaitu wajib ditutup, tidak boleh didedahkan serta tidak boleh dilihat.
Wajib Berlapik
Apabila bersentuh kulit tanpa lapik di antara seseorang lelaki dan kakak iparnya, maka batal wuduk sebagaimana dalam Mazhab Syafie. Begitu juga dari aspek bersalam, ia tidak diharuskan. Juga tidak dibenarkan untuk bersekedudukan atau berdua-duaan tanpa ditemani mahram yang lain. Maka nabi menyebut maut disini merujuk kepada perlunya berhati-hati dalam hubungan ipar yang boleh membawa dosa dan kemaksiatan.
Jadi tinggal serumah dengan ipar duai berbeza jantina ibarat meniti titian yang rapuh mudah terjebak dosa, aurat kena dijaga, berkelubunglah, berstokinlah 24 jam, hingga ke dapur, ruang bebas hanya seluas bilik tidur sahaja. Dan ingat pesan nabi…
لاَ يَخْلُوَنَّ أَحَدُكُمْ بِامْرَأَةٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ ثَالِثُهُمَا
“JANGANLAH SALAH SEORANG DI ANTARA KALIAN BERDUA-DUAAN DENGAN SEORANG WANITA (YANG BUKAN MAHRAMNYA) KARENA SETAN ADALAH ORANG KETIGANYA.” (HR. AHMAD-SAHIH)
Ada ketikanya akan terjadi hanya ipar yang ada di rumah, maka hadis ini ada kaitannya.
Anda boleh bayangkan bagaimana payahnya situasi memelihara aurat bagi seorang isteri yg tinggal bersamanya mentua dan adik abang ipar lelaki. Maka jangan seronok merancang untuk kahwin, buat kenduri hebat, lepas tu si isteri bebas dunia hanya dalam bilik 12×10 kaki.
Keluar bilik, ipar melepak di ruang tamu tanpa baju, menyelongkar periok di ruang dapur dengan pelekat, terjerembab berkain tuala keluar bilik mandi, terbongkang tidur di sofa dengan seluar pendek. Fikirlah juga masalah yang akan tempuh oleh isteri. Ambillah ingatan yang nabi pesan ini, ipar itu maut. Jangan pandang ringan.
Jalan Penyelesaian Terbaik
Jalan keluarnya ialah rancanglah untuk tinggal berasingan. Meletakkan isteri dalam situasi ‘maut’ yang disebut dalam hadis ini cukup menggerunkan. Bagi wanita yang nak berkahwin, kajilah keluarga mentua, supaya perancangan boleh dibuat sebelum akad berlaku supaya lepas berkahwin kita kita berpindah ke situasi dunia bebas hanya dalam bilik yang sempit.
Wallahua’lam.

Sumber: Abd Ghani Haron
Baca artikel lain juga: Ipar Duai Bila Berkumpul, Elak Jatuhkan Air Muka Sesama Sendiri
Rumah Tangga Boleh Jadi Goyang Angkara Ipar Duai, Waspadalah Wahai Suami Isteri
Bila IPAR DUAI Berkumpul, ‘Seronok Membawang’ Jangan Sampai Jatuhkan Air Muka Tunjuk Kekayaan
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI