Dulu masa kita kecik-kecik, memang akan ada gelaran manja untuk abang, adik ataupun kakak. Mula-mula tu memang saja panggil sebab geram-geram manja. Lama-lama nama itu melekat terus. Lucu cerita pelakon Ummi Nazeera ini yang memberikan panggilan manja ‘Gemok’ dekat abangnya, Nazreem Musa.
“I think abang Nazreem started calling me ‘gemok’ first” tulisnya dalam instagram miliknya. Tapi jangan anda salah faham pula ya.
Panggilan ‘Gemok’ yang bermain-main di bibir Ummi mahupun abangnya adalah panggilan manja untuk kedua-dua beradik ini.
Setelah sekian lama akhirnya gelaran itu ditukar kepada Mokkie. Kata Ummi lagi dalam keluarga mereka, Abang Nazreemnya itu lebih dikenali sebagai Mokkie.
Ibu mereka, Datuk Maziah Musa pula memanggil ‘Abang’. Dan memanggil Ummi sebagai Adik. Ummi dan abangnya masing-masing menggunakan panggilan manja ‘Mokkie/Mochie’ antara satu sama lain. Yang mana panggilan itu berasal dari perkataan ‘Gemok’
Ads
Ini Kisah Gelaran Manja ‘Gemok’
Kata Ummi sebelum dia mencecah usia 11 tahun, tubuhnya memang montel ‘chubby’. Masa itu, nasi memang jadi makanan kegemarannya (lauk pauk Melayu terutamanya). Yang lucunya, sekarang ini seleranya dah bertukar kepada roti pula.
Mungkin itulah sebabnya abang Nazreem nya itu mula memanggilnya ‘Gemok’. Sebagai balasan, dia pun memanggil abang dengan panggilan yang sama ‘Gemok’.
Bertahun-tahun nama ‘Gemok’ melekat dekat dua beradik ini. Sampailah satu hari, ibu mereka bertanya, “Kenapa panggil ‘Gemok’? Itu doa tau.”
Ads
Dan teguran ibu benar-benar menyentak kedua-duanya. Apa yang ibu beritahu buat Ummi terfikirkan akan dirinya. Patutlah susah nak kurus.
“Is that why it’s so hard for me to stay in shape?’
Dari situlah abang Nazreem cadangkan tukar nama panggilan masing-masing kepada ‘Mokkie/Mochie’.
Ads
Lagipun, nama itu sedikit memalukan dan mungkin kedengaran buruk apabila orang luar dengar panggilan ‘Gemok’ untuk adik-beradik.
“Here , seen.. the male mokkie double checking I look presentable on my big day . He was the executor of everything . My life made easier every time when he is around . Thanks to mama for raising you to be the best brother / friend anybody could ever ask for.”
Sememangnya bertuah sungguh Ummi kerana mempunyai abang yang arif tenting penampilan diri. Bak kata Ummi, itu memudahkan dirinya dan betapa bersyukurnya dia kerana ibunya telah membesarkan seorang abang malah kawan yang baik untuknya.
PS : “This is my something sweet for you .. if I ever forget to thank you.” akhiri Ummi Nazeera.
Emak kita waima orang rumah kita, takkan kongsi penatnya dia uruskan hal rumah tangga dengan suami selagi kudrat mereka terdaya. Sebab dia tahu susahnya macam mana suami cari rezeki untuknya dan anak-anak. Dua-dua wanita ini lebih rela pendam perasaan.
Lagipun tahu dan sedar diri, soal mengurus rumah adalah tanggungjawabnya. Dan hal-hal remeh sebegitu cuma akan dikongsi apabila ditanya.
Jika tidak, lebih baiklah diam dan redha saja terima apa yang suami dah sediakan. Beruntunglah pada anak lelaki mahupun suami yang berusaha nak ambil tahu penat orang perempuan.
Begitulah kisah harian yang berlaku pada Dr Taufiq Razif ketika bertanyakan tentang perihal kepenatan ibunya yang menyidai pakaian setiap hari.
Keluhan Mak Di Kampung
“Mak letih tak sidai kain tiap hari?”
Bila saja saya tanya soalan ini dekat mak, masa call mak kelmarin. Terus keluar segala keluhan mak di kampung.
Baju bertimbun.
Kena sidai setiap hari.
Buat kerja berat tak berhenti.
Rutin yang nampak simple tapi memeras kudrat dan keringat.
Semua keluhan tu mak saya pendam di lubuk hati paling dalam rupanya. Bila saya tanya, baru la mak mula cerita. Kenapa? Sebab sebolehnya mak kita tu tak nak susahkan kita.
Ya Allah. Berdosanya saya. Kenapa dah hampir umur 30 tahun ni saya baru sedar?
“Mak, saya belikan Mak dryer ye?”
“Apa tu dryer?”
“Alah, yang macam kat dobi tu. Mesin pengering baju. Dah spin baju terus je masukkan dalam dryer ni mak. Kejap je dah kering. Mak tak perlu fikir dah nak sidai baju lepas ni.”
Daripada nada suara mak di handphone. Saya dapat rasakan mak saya tengah sebak. Rupanya ini la ‘most painful point’ mak saya.
Saya lupa, kalau kita nak bahagiakan orang lain tak semestinya kena tabur kemewahan. Cukup cari kat mana titik yang mana membuatkan si dia paling menderita dan kita angkat derita si dia tu.
Derita isteri dan mak saya sama. Mereka tak larat nak sidai baju yang bertambun. Kedua masalah mereka ni saya angkat dan selesaikan dengan DRYER ni. Punya la sebak dan terharu mak dan isteri saya dapat benda ni. Dah macam dapat banglo sebijik dah!
Betullah Kata Kajian Ini..
Ikut kajian wanita lebih bahagia dengan komitmen kita yang kecil tetapi berterusan daripada kita bagi dia hadiah mahal-mahal dan mewah tapi tapi kadang-kadang je.
P/S : Harga dryer ni RM1k lebih je.
Dr. Taufiq juga banyak berkongsi ilmu keibubapaan Di Sini
Meriah ‘Parti Tupperware’ Dulu-Dulu, Ini Rupanya Sejarah Asal & Tujuan Dianjurkan.Jika dahulu, apabila mendapat jemputan untuk hadiri parti tupperware ini memang cukup seronok dan meriah. Macam-macam koleksi baru dan eksklusif diperkenalkan daripada jenama yang berasal dari Amerika ini.
Setelah beberapa dekad berada di pasaran, jenama bekas makanan kedap udara ‘Tupperware’ ini cukup terkenal di seluruh dunia kerana kualitinya dan merupakan antara ‘harta kesayangan’ buat mak-mak.
Rupanya ada kisah tersendiri mengenai tupperware dan tujuan asal parti tupperware diadakan.Baca perkongsian santai daripada Puan Anis Ayuniini sebagai rujukan.
Tupperware, siapa tak kenal kan dengan jenama yang boleh menyebabkan seseorang kena marah teruk kalau tertinggal atau hilang. Tupperware ni merupakan sebuah syarikat yang berasal dari negara Amerika.
Dicipta oleh seorang lelaki yang bernama Earl Tupper pada tahun 1938 di Leomister Massachusetts apabila dia bekerja di sebuah syarikat plastik, dari situ dia mula membeli mesin acuan plastik dan terciptanya Tupperware.
Earl Tupper, Pengasas Jenama Tupperware
Setiap bekas Tupperware memiliki penutup kedap udara untuk memastikan makanan yang diletakkan dalam Tupperware kekal segar. Penutup ni dikenali dengan nama jolokan ‘Burp seal’ disebabkan oleh bunyi yang dihasilkan seakan sendawa.
Parti Tupperware
Tapi pengguna ketika itu tak faham cara nak guna produk ni, jadi seorang wanita yang bernama Brownie Wise telah bertemu dengan Tupper dan memberi cadangan yang kreatif untuk mengadakan ‘Parti Tupperware’, matlamat sebenar ialah menerangkan kepada bakal pengguna bagaimana cara untuk menggunakan produk ini.
Maka dari situ bermulalah parti Tupperware yang pertama pada 1949 di Detroit, Amerika. Dengan adanya parti tersebut, produk Tupperware telah diterima ramai oleh pengguna dan dijual secara eksklusif pada parti tersebut.
Parti tersebut dibuat dalam komuniti perumahan, pejabat atau tempat kerja untuk menjual produk jenama Tupperware. Dari sini lah orang kita kenal parti Tupperware yang sememangnya mendapat perhatian ramai terutamanya kaum wanita.
Tupper yang terpegun dengan parti yang dianjurkan oleh Brown wise tadi telah mengambil keputusan untuk menjadikan brown wise sebagai timbalan pengarah syarikat Tupperware.
Huruf Braille Pada Produk
Bekas makanan kedap udara ini juga merupakan pengeluar bekas makanan yang pertama meletakkan huruf Braille pada bahagian bawah produk mereka.
Buku Guinness world record meletakkan Tupperware sebagai antara inovasi terbaik pada abad ke 20. Sehingga kini jenama Tupperware terkenal dengan kualiti yang dihasilkan.
Mingguan Wanita: Memang meriah dan popular parti tupperware ni dulu-dulu dan eksklusif sangat bila mak-mak dapat jemputan untuk lihat dan kumpul koleksi terbaru.
Ketika ini pelakon terkenal, Emma Maembong sedang jalani tempoh berpantang di rumahnya. Selepas melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu jam 2.38 pagi, di pusat perubatan di Shah Alam.
Emma bersalin kan bayi lelakinya itu secara normal dengan berat 3.2 kilogram. “Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan dengan selamat dan lancar.”
Cerita Emma, “saya dimasukkan ke hospital sehari sebelum bersalin selepas beberapa kali mengalami kontraksi dan tak dapat menahan kesakitan.
Ketika membuat pemeriksaan doktor maklumkan ‘jalan untuk bersalin’ dah terbuka satu sentimeter pada jam 4 petang. Akhirnya putera sulung saya selamat dilahirkan secara normal keesokan harinya.
Alhamdulillah, suami saya banyak memberi semangat dan ada di sisi saya sepanjang waktu.”
Kata Emma, yang bersyukur suaminya, Muhammad Shazli Azhar sentiasa ada di sebelahnya sepanjang dia melalui tempoh paling mendebarkan bagi seorang ibu yang bakal melahirkan.
Malah, suami emma turut berkongsikan berita gembira kelahiran putera sulung mereka di instagramnya. Dengan caption,
“Alhamdulillah.. 8.11.20 Allah is the greatest. Baby boy.” Beserta video yang memaparkan wajah anak lelaki mereka.
Emma Maembong Jalani Tempoh Berpantang Di Rumah
Menurut Emma lagi ketika ini dia sedang menjalani tempoh berpantang di rumah dengan bantuan seorang pekerja dari pusat penjagaan yang menawarkan perkhidmatan berpantang.
“Khidmat mereka membantu saya yang baru bersalin serta merawat bayi.
Setakat ini semua berada dalam keadaan baik. Saya dan anak dijaga dengan rapi. Jadi, saya tak perlu risau soal makan, urutan atau apa saja perkara yang boleh dan tak selepas bersalin.”
Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu.
MW : Tahniah! Emma dan Shazli, buat Emma selamat menempuhi tempoh berpantang tenang dan membahagiakan. Semoga baby membesar sihat. Tak sabar nak tahu nama baby boy Emma ni.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...